Wanita Ketagih Seks Ini Sanggup Rogol Kawan Anak Yang Berusia 11 Tahun Berulang Kali!

Wanita Ketagih Seks Ini Sanggup Rogol Kawan Anak Yang Berusia 11 Tahun Berulang Kali!

Akibat ketagih seks yang melampau, wanita ini sanggup merogol kawan anaknya sendiri setiap kali anak itu datang ke rumahnya!

Kalau sudah terlibat dengan ketagih seks, memang apa saja boleh terjadi. Hingga kadang-kadang, sampai terjadinya kes yang tak masuk dek akal. Conthnya kes ini – seorang wanita yang berpangkat ‘ibu’ didapati bersalah merogol kawan anak lelakinya sendiri yang datang ke rumahnya!

Seperti yang kita tahu, biasanya kes rogol ini melibatkan lelaki dewasa dengan wanita atau kanak-kanak perempuan. Tapi, lain pula dengan kes ini apabila seorang ibu yang ketagih seks merogol budak lelaki yang baru berumur 11 tahun. Malah budak lelaki itu juga adalah anak didik suaminya sendiri.

Ketagih seks dengan budak lelaki

ketagihan seks

Wanita yang bernama Su Hyon Dillon 44 tahun, itu dikatakan memulakan hubungan dengan kanak-kanak lelaki ini apabila kanak-kanak itu sering tidur di rumahnya.

Semasa kejadian, Dillon telah masuk ke dalam bilik tidur budak lelaki ini bagi memuaskan ketagihan seks yang dialami.

Setelah masuk ke dalam bilik, dia berbaring di sebelah budak lelaki ini lalu memasukkan tangannya ke dalam seluar kanak-kanak itu bagi memulakan kehangatan untuk hubungan intim.

Tak cukup dengan itu, Dillon juga memaksa budak ini memanjat ke atas badannya bagi melakukan seks! Namun budak itu bimbang jika dia hamil, tapi dia beritahu sudah mengikat tiubnya dan tidak mungkin untuk mengandung lagi.

Hubungan seks kerap berlaku di rumah atau hotel

Hubungan seksual di antara mereka selalunya berlaku di rumahnya sendiri atau di hotel. Malah kanak-kanak itu turut memberitahu polis, Dillon mula mencium bibirnya sejak dia berumur 10 tahun lagi.

Malah Dillon juga mengugut agar hubungan dan perbuatan tersebut dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.

Namun begitu, perbuatan terkutuk perempuan ini akhirnya terbongkar apabila kanak-kanak tersebut mula mencederakan diri sendiri dan ponteng sekolah.

Semasa mengikuti program kaunseling di sekolahnya, di situlah dia menceritakan segala-galanya .

Tak mengaku kesalahan diri

hubungan seks

Walau bagaimanapun, Dillon berkeras dan menafikan dakwaan tersebut malah mengatakan budak itu yang menggodanya dahulu. Akan tetapi, dia turut mengaku mempunyai masalah hubungan dengan suaminya dan kanak-kanak itu membuatkan dirinya rasa disayangi.

Tambahnya lagi, tiada perasaan romantik yang timbul tapi dia suka perhatian dari budak tersebut.

Meskipun bebas dengan ikat jamin, namun Dillon tidak dibenarkan pulang ke rumah atau mendekati mana-mana kanak-kanak lain termasuk anak kandungnya sendiri.

Semoga kes sebegini jauh dari kita semua.

Kesan buruk dari ketagihan seks

  • Berputus asa dengan hidup
  • Hilang peluang pekerjaan
  • Jangkitan kelamin seperti sifilis, AIDS, Chancroid, Gonorea, Hepatitis A, Herpes
  • Kehamilan yang tak diingini
  • Kemurungan atau cubaan bunuh diri

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Amazing Nara

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

Suami saya adalah seorang penagih seks dan saya baru sahaja ketahuinya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner