Ketam Masak Lemak Cili Api Untuk Berbuka, Makan Nasi Bertambah-Tambah Nanti!

Resepi ketam masak lemak cili api sebenarnya sangat mudah. Rasa terliur meluap-luap, pasti seisi keluarga makan nasi bertambah-tambah!

Ketam antara makanan laut kegemaran ramai kerana isinya yang manis dan lazat. Malah memasak menggunakan ketam juga sangat mudah kerana ia tidak makan masa yang lama untuk disediakan! Bagi yang teringin untuk makan ketam hari ini, ayuh cuba resepi ketam masak lemak cili api kami.

Resepi ini bukan sahaja tidak menggunakan bahan yang banyak, malah ia rasa sedap dan pedas yang cukup-cukup! Anak-anak pun suka, jadi ibu jangan terkejut kalau mereka meminta untuk menambah nasi. Jadi apa tunggu lagi, ayuh belajar cara-cara memasak ketam masak lemak cili api.

Resepi ketam masak lemak cili api

Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlu sediakan sebelum memasak ketam masak lemak cili api. Caranya amat mudah, anda boleh ajak anak-anak sekali untuk membantu.

Bahan-bahan:

  • 250g ketam (dibersihkan terlebih dahulu)
  • 1½ cawan santan kelapa yang diparut
  • 1 keping asam gelugur
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • ½ sudu besar garam secukup rasa
  • ½ sudu kecil perasa
  • 1 batang serai 
  • 1 helai daun kunyit

Bahan untuk dikisar halus:

  • 7 biji cili hijau
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Masakan

  1. Bersihkan ketam terlebih dahulu supaya senang untuk dimakan nanti.
  2. Masukkan ketam dengan bahan kisar halus ke dalam periuk dan masak selama 5 minit.
  3. Kemudian masukkan serai dan santan. Kacau supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan asam gelugur, garam secukup rasa, perasa dan daun kunyit.
  5. Masak selama 5-7 minit atau sehingga mendidih dan ketam bertukar warna.
  6. Siap, angkat dan hidangkan.

Petua pilih ketam segar dan banyak isi

Resepi ketam masak lemak cili api sebenarnya sangat mudah. Rasa terliur meluap-luap, pasti seisi keluarga makan nasi bertambah-tambah!

Memilih ketam segar penting untuk memastikan ia selamat dimakan. Malah, makanan laut yang segar juga rasa lebih enak dan memuaskan! Berikut ialah beberapa petua tentang cara memilih ketam segar:

  • Semak tanda-tanda hidup: Ketam hidup sentiasa yang paling segar, jadi cari ketam yang masih hidup dan bergerak. Mereka harus aktif dan responsif apabila anda menyentuhnya.
  • Periksa bau: Ketam segar harus mempunyai bau yang lembut dan masin. Jika mereka berbau hanyir atau masam, mereka mungkin tidak segar.
  • Cari cangkerang yang keras: Ketam dengan cangkerang keras biasanya lebih segar daripada cangkerang yang lembut atau retak.
  • Semak warna: Ketam segar harus mempunyai warna yang cerah dan seragam. Elakkan ketam dengan perubahan warna, seperti bintik gelap atau pewarna tidak sekata.
  • Semak berat: Ketam yang lebih berat biasanya lebih berisi dan mempunyai rasa yang lebih daripada ketam yang lebih ringan.
  • Cari tanda-tanda kerosakan: Elakkan ketam dengan anggota badan yang hilang, cengkerang retak atau tanda-tanda kerosakan yang lain. Ketam ini mungkin tidak segar dan mungkin mempunyai risiko pencemaran yang lebih tinggi.
  • Beli daripada sumber yang bereputasi: Beli ketam daripada pasaran atau pembekal makanan laut yang terkenal dengan reputasi yang baik untuk menjual makanan laut yang segar dan berkualiti tinggi.

Cara siang ketam sebelum memasak

Ramai tidak gemar untuk memasak ketam kerana tidak tahu cara siang ketam dengan betul. Jangan risau, kami ada petua yang anda boleh cuba. Berikut adalah cara siang ketam yang betul sebelum dimasak:

  1. Terbalikkan badan ketam dan pisahkan bahagian berbentuk tiga segi dibawahnya. Tarik dan pisahkan daripada badan ketam.
  2. Buang insang yang lembut seperti plastik di kiri dan kanan badan ketam, dan cuci bersih segala kotoran yang melekat. Bersihkan juga lendir di bawah tengah ketam.
  3. Potong semua bahagian hujung yang tajam pada kaki ketam
  4. Buang cengkerang dan potong kepada dua bahagian
  5. Potong bahagian mulut dan buang insang ketam
  6. Cuci dan bersihkan semua kotoran pada najis ketam. 

Begitu sahaja, mudah kan?

Jenis ketam yang boleh dimakan setiap ibu perlu tahu

Resepi ketam masak lemak cili api sebenarnya sangat mudah. Rasa terliur meluap-luap, pasti seisi keluarga makan nasi bertambah-tambah!

Tidak semua jenis ketam boleh dimakan, jadi jika ini kali pertama anda ingin membeli, kenali jenis jenis ketam terlebih dahulu.

1# Ketam bunga

Ini adalah ketam yang biasa dijual di pasar. Ketam bunga hidup di dalam laut dan ditangkap dengan bot besar. Ia berwarna kebiruan dan mempunyai corak bunga pada cengkerang. Untuk pengetahuan anda, ketam bunga sangat manis, sedap dimakan dan mempunyai isi yang banyak dan pejal.

2# Ketam nipah

Berbanding ketam bunga, ketam nipah lebih kecil malah ia juga warna coklat terang dan sering dijumpai di kawasan pokok nipah. Jangan risau, ketam nipah halal untuk dimakan kerana ia bukan haiwan dua alam. Isinya tidak semanis ketam bunga namun ia sangat berkhasiat kerana mampu mengubati demam denggi. Ramai orang yang kena demam denggi biasanya akan buat sup ketam nipah untuk cepat sembuh.

3# Ketam batu

Ia sejenis ketam yang biasa dijumpai di celah-celah batu di sepanjang pesisiran pantai. Ia juga adalah sejenis ketam yang haram dimakan oleh orang Islam memandangkan ia adalah sejenis binatang dua alam.

Ketam batu berwarna coklat sama seperti ketam nipah namun warnanya lebih pekat. Yang membezakan ketam batu dan ketam nipah ialah bentuk kaki kecik dihujung badannya. Bagi ketam nipah, kakinya yang terakhir  leper dan digunakan untuk berenang semasa berada di dalam air. Sementara bagi ketam batu, semua kakinya adalah sama. Jika ragu-ragu, lihat sahaja kakinya!

4# Ketam biru

Ia sejenis ketam laut dalam seperti ketam bunga. Namun, ketam biru berwarna biru dan tidak mempunya corak bunga pada cengkerangnya. Ketam biru mempunyai isi yang sangat manis, lembut dan padat. Orang barat suka jenis ketam biru ini kerana ia isinya dan ia sesuai digunakan dalam hidangan seperti kek ketam dan sup ketam.

5# Ketam lumpur

Ketam lumpur boleh dijumpai di kawasan berlumpur seperti muara sungai. Ia biasanya dikutip semasa air sedang surut. Ketam ini mempunyai isi yang manis dan padat dan seringkali digunakan dalam hidangan seperti chili crab.

6# Ketam salji

Ia sejenis ketam yang ditemui di utara Lautan Pasifik dan utara Lautan Atlantik. Rasa isinya manis dan halus dan sering digunakan dalam hidangan seperti crab legs.

Manfaat makan ketam

Ketam adalah makanan laut yang lazat yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan apabila dimakan secara sederhana. Berikut adalah beberapa faedah memakan ketam:

  • Sumber protein yang baik: Ketam adalah sumber protein yang kaya, yang penting untuk membina dan membaiki tisu dalam badan.
  • Rendah lemak: Ketam agak rendah lemak, menjadikannya alternatif yang lebih sihat kepada banyak jenis daging lain.
  • Kaya dengan asid lemak omega-3: Ketam adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik, yang boleh membantu mengurangkan keradangan dalam badan dan meningkatkan kesihatan jantung.
  • Mengandungi vitamin dan mineral penting: Ketam adalah sumber yang baik untuk beberapa vitamin dan mineral penting, termasuk vitamin B12, selenium dan zink.
  • Boleh meningkatkan fungsi kognitif: Sesetengah kajian mencadangkan bahawa asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ketam boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif dan mengurangkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer.
  • Boleh meningkatkan fungsi imun: Zink yang terdapat dalam ketam adalah penting untuk sistem imun yang sihat, yang boleh membantu melindungi daripada jangkitan dan penyakit.

Bolehkah wanita hamil makan ketam?

Resepi ketam masak lemak cili api sebenarnya sangat mudah. Rasa terliur meluap-luap, pasti seisi keluarga makan nasi bertambah-tambah!

Wanita hamil boleh makan ketam, tetapi penting untuk makan secara sederhana dan mematuhi garis panduan keselamatan makanan yang betul.

Ketam adalah sumber protein dan nutrien lain yang baik, tetapi ia juga mengandungi merkuri, bahan toksik yang boleh membahayakan janin yang sedang berkembang jika dimakan dalam jumlah yang banyak.

Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) mengesyorkan agar wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 6 auns ketam masak setiap minggu. Ini kerana ketam, seperti makanan laut lain, boleh mengandungi paras merkuri yang berbeza-beza, bergantung pada jenis ketam, tempat ia ditangkap dan faktor lain. Mengambil terlalu banyak merkuri semasa mengandung boleh menyebabkan kelewatan perkembangan, kerosakan otak, dan masalah kesihatan serius lain untuk janin.

Untuk mengurangkan risiko mengambil terlalu banyak merkuri, wanita hamil harus memilih pilihan rendah merkuri seperti daging ketam yang dimasak, yang mempunyai paras merkuri yang lebih rendah daripada kaki atau kuku ketam. Ia juga penting untuk memastikan ketam dimasak dengan sempurna untuk mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan. Wanita hamil harus mengelakkan ketam mentah atau kurang masak, yang boleh mengandungi bakteria berbahaya.

Sekiranya anda masih was-was untuk makan ketam semasa hamil, kami cadangkan untuk berbincang dengan doktor agar anda dapat keterangan lebih lanjut.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Siakap Stim Limau, Antara Menu Juadah Berbuka Popular, Save Resepi Ini Untuk Iftar Nanti!

Baca juga: Air Nabeez, Air Rendaman Kurma Yang Mampu Kekalkan Tenaga Ketika Berpuasa

Baca juga: Teringin Makan Seafood Ketika Hamil? Sebelum Itu, Kenali Jenis Seafood Yang Bahaya Bagi Kandungan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!