Khasiat Buah Betik Memang Banyak Untuk Ibu Hamil, Tapi Betik Muda Boleh Sebabkan Keguguran

Betik untuk ibu hamil memiliki pelbagai khasiat. Namun ibu perlu elakkan dari makan betik muda kerana ia boleh jadi punca keguguran

Biasa kita dengar banyak kelebihan apabila makan buah betik seperti melancarkan pembuangan air besar, baik untuk kesihatan mata dan lain-lain. Jadi, bagaimana pula dengan khasiat buah betik untuk ibu mengandung? Adakah mereka juga boleh dapat manfaat yang sama? 

Menurut Medical News Today, betik untuk ibu hamil merupakan sumber Vitamin C dan mampu memenuhi 224% keperluan tubuh manusia kerana sebiji betik mempunyai kira-kira 120 kalori, 30 gram karbohidrat termasuk 5 gram serat dan 18 gram gula serta 2 gram protein. 

Khasiat Buah Betik Untuk Ibu Mengandung 

betik untuk ibu hamil

Bukan itu saja, betik untuk ibu hamil mempunyai sumber folat, Vitamin A, magnesium, tembaga dan serat. Selain itu, betik juga kaya dengan vitamin yang bagus untuk tubuh seperti Vitamin B, alfa, beta-karoten, lutein, zeaxanthin, Vitamin E, kalsium, kalium, Vitamin K dan Lycopene. 

Khasiat betik sememangnya banyak. Antaranya adalah:

1. Dapat mencegah asma dan kanser 

Betik untuk ibu hamil dapat mengelakkan masalah kanser dan asma. Kandungan beta karoten dalam buah ini boleh mengurangkan risiko kedua-dua penyakit ini.

2. Memelihara kesihatan tulang 

Vitamin K yang terkandung dalam buah ini membantu penyerapan kalsium sehingga tulang menjadi lebih sihat. 

3.  Mencegah penyakit jantung 

Kandungan serat, kalium dan vitamin dalam betik dapat bantu merawat penyakit jantung. 

4. Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 

Buah betik yang dikisar atau dilumat halus bermanfaat bagi meningkatkan penyembuhan luka dan mencegah infeksi pada kulit badan yang luka atau terbakar. 

Makan betik ketika hamil

Makan betik ketika hamil adalah selamat, asalkan ia masak sepenuhnya. Walau bagaimanapun, betik untuk wanita hamil harus dielakkan jika betik berwarna hijau atau separuh masak.

Satu mangkuk betik masak sepatutnya cukup untuk ibu mengandung. Apa sahaja makanan yang anda makan semasa mengandung, perlulah berpada-pada dan tidak berlebihan bagi mengelakkan ketidakhadaman atau muntah.

Manfaat Biji Buah Betik 

khasiat buah betik, kebaikan buah betik, khasiat betik, buah betik

Bagi anda yang tak pernah tahu, biji betik mengandungi alkaloid yang disebut carpaine yang dapat membunuh cacing dan parasit dalam usus.

Selain itu, biji buah ini juga dapat mencegah dan menyembuhkan sejumlah besar penyakit yang berhubungan dengan hati, usus, cacing dan demam berdarah.

Terdapat juga kelebihan lain seperti ini: 

  • Menyembuhkan penyakit hati (sirosis) dengan ambil lima atau enam biji betik bersama bijinya dan hancurkan sekali kemudian diamalkan selalu. 
  • Membunuh bakteria dan jangkitan virus. Kajian menunjukkan bahawa bijinya dapat membunuh bakteria berbahaya seperti E. coli, Staphylococcus, dan Salmonella. 
  • Ia juga bantu melawan jangkitan virus, demam berdarah dan penyakit lain. 
  • Biji betik yang ditumbuk kemudian dicampur susu adalah ubat yang mujarab untuk demam tifoid. 
  • Menurut Profesor dari Universiti Karachi, biji buah ini boleh digunakan untuk mengubati penyakit ginjal dan mencegah kegagalan ginjal. 

Betik muda punca keguguran

khasiat buah betik, kebaikan buah betik, khasiat betik, buah betik

Dipetik dari Parenting Firstcry, betik mentah mengandungi zat lateks yang boleh jadi punca kontraksi pada rahim dan bahaya jika ibu hamil mengamalkannya. 

Selain itu, lateks buah mengandungi papain yang bertindak seperti prostaglandin dan oksitosin yang menjadi punca berlakunya kontraksi. 

Sebab itu kontraksi yang tidak normal atau terlalu awal sebelum due date boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran paramatang. 

Jadi sebaiknya hindari betik muda ketika berada di trimester pertama. 

Malah laporan juga menunjukkan pendarahan plasenta juga berlaku disebabkan terlalu banyak makan jenis yang mentah ketika hamil. 

Jika rasa teringin nak makan betik sebaiknya ambil yang sudah masak yang berwarna kekuningan. 

Manfaat betik masak

  • Kandungan vitamin A, B, C, Kalium dan beta-karoten dalam betik masak berfungsi meningkatkan kekebalan tubuh. 
  • Vitamin dari buah ini dapat mencegah pelbagai infeksi. 
  • Mencegah bisul dan masalah kulit. 
  • Melancarkan pencernaan ibu hamil.
  • Membantu mengatasi rasa mual di waktu pagi
  • Betik terkandung asam folat yang sangat penting selama kehamilan untuk perkembangan neurologis saraf bayi.
  • Kandungan asam folatnya dapat bantu meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah kanser usus besar
  • Betik matang dapat membantu mempertingkatkan kelancaran susu badan.

Minum jus betik ketika hamil

Jus betik ialah minuman yang dibuat dengan mengisar buah betik yang telah masak sepenuhnya. Pengambilan jus betik semasa hamil boleh memberikan beberapa manfaat seperti:

  • Vitamin dan mineral: Betik kaya dengan vitamin C, serat, vitamin A, kalsium dan zat besi. Vitamin C membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan penyerapan zat besi, manakala vitamin A penting untuk pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat. Kalsium dan zat besi juga penting untuk kesihatan tulang dan penghasilan sel darah merah.
  • Serat: Betik mengandungi serat yang baik untuk pencernaan yang sihat. Semasa mengandung, masalah penghadaman seperti sembelit boleh menjadi perkara biasa, dan pengambilan makanan kaya serat seperti itik boleh membantu mengurangkan masalah ini.
  • Penghidratan: Jus betik juga boleh memberikan penghidratan tambahan semasa kehamilan. Adalah penting untuk memastikan bahawa wanita hamil kekal terhidrat dengan baik, dan boleh menjadi pilihan minuman yang menyegarkan dan sihat.

Mengapa Anda Perlu Berwaspada Terhadap Betik Semasa Hamil?

Makan betik masak ketika hamil tidak memberi sebarang masalah, sebaliknya ia mungkin merbahaya jika buah yang ingin dimakan itu adalah betik muda (belum masak) kerana terdapat risiko atau kesan jika ibu hamil tertelan getahnya.

Menurut seorang pakar masih belum ada sebarang bukti kukuh bahawa kontraksi yang disebabkan oleh buah betik mentah boleh menyebabkan keguguran. Namun, beliau tetap menyarankan wanita yang sedang hamil untuk mengelak daripada memakan betik mentah ini. 

Jika ibu hamil sudah makan betik muda contohnya seperti di dalam smoothie, ia tidak perlu dibimbangkan. Tetapi jika anda bimbang juga, jumpa sahaja doktor anda untuk dapatkan nasihat.

Keburukan buah betik

Biji betik mengandungi sebatian yang dikenali sebagai karpaian, yang dalam jumlah yang tinggi boleh memberi kesan buruk kepada tubuh. Pengambilan buah ini dalam kuantiti yang banyak atau berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Gangguan Gastrointestinal: Buah betik untuk ibu hamil yang diambil banyak boleh menyebabkan gangguan gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah.
  • Keradangan usus: Biji yang mengandungi karpaian boleh menyebabkan keradangan pada saluran penghadaman, terutamanya usus.
  • Keracunan: Mengambil sejumlah besar betik belum matang boleh menyebabkan keracunan.
  • Gangguan kehamilan: Makan betik ketika hamil yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pengecutan rahim dan mencetuskan kelahiran pramatang. 

Cara Betul Makan Betik Ketika Hamil

Penyelidikan mengenai pengambilan papaya semasa hamil tidak banyak, namun pakar bersetuju bahawa lateks (getah) dalam betik mentah harus dielakkan sebaik mungkin. 

Anda boleh menentukan sama ada betik itu telah masak atau tidak menerusi bau, terutama berdekatan batangnya. Jika tidak berbau, maka ia menunjukkan bahawa buah tersebut masih belum masak.

Manakala jika ia mempunyai bau yang tidak menyenangkan pula, ia adalah terlalu masak. Untuk pengetahuan anda, papaya masak lazimnya tidak hijau (kebiasaannya berwarna jingga) dan menghasilkan tekanan yang lembut. 

Jika anda kurang mahir untuk menentukan sama ada betik itu sudah masak atau belum, sebaiknya anda elakkan sahaja makan buah ini ketika sedang hamil.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan sumber vitamin dan nutrien daripada makanan dan buah lain. Jangan risau, meskipun tanpa betik, bayi anda tetap boleh sihat ketika dalam kandungan.

Boleh ibu mengandung makan somtam betik?

Som Tam ialah hidangan Thai popular, yang diperbuat daripada campuran bahan seperti lada, tomato, kacang hijau, kacang panjang, gula, bawang putih, dan selalunya termasuk betik muda. Dalam som tam tradisional, betik yang digunakan masih berwarna hijau dan pejal.

Makan itik som tam semasa mengandung boleh membahayakan kerana kebanyakannya menggunakan betik yang belum masak. Ia mengandungi kepekatan enzim yang lebih tinggi,boleh merangsang pengecutan rahim dan berpotensi menyebabkan komplikasi semasa kehamilan, seperti kelahiran pramatang.

Sebaliknya, jika anda hamil, adalah dinasihatkan untuk mengelakkan memakan somtam betik agar tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Asam betik ketika hamil

Asam betik ketika hamil sering menjadi pilihan kebanyakan ibu bagi mengatasi rasa loya dan mual. Rasanya yang masam boleh membuatkan anda rasa ketagih untuk makan setiap hari.

Pengambilan asam betik ketika hamil secara sederhana semasa mengandung umumnya dianggap selamat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan berkaitan dengan asid calfic semasa wanita hamil:

  • Risiko pengecutan rahim: Betik yang tidak matang atau muda mengandungi enzim papain dalam kepekatan yang lebih tinggi. Enzim ini boleh merangsang pengecutan rahim dan berpotensi menyebabkan kelahiran pramatang. Oleh itu, sebaiknya elakkan memakan itik yang belum matang semasa hamil.
  • Risiko alahan: Sesetengah wanita hamil mungkin mempunyai alahan kepada betik atau komponen tertentu.
  • Kesan gastrousus: Pengambilan betik secara berlebihan atau dalam kuantiti yang luar biasa besar boleh menyebabkan gangguan gastrousus seperti cirit-birit, loya atau kembung perut.

Ibu hamil makan jeruk betik

Jeruk buah-buahan antara makanan ringan paling digemari. Rasanya masam, manis dan masin membantu mengurangkan rasa loya terutama kepada wanita mengandung.

Namun menurut doktor Zubaidi, beliau menasihati ibu hamil makan jeruk betik secara bersederhana dan tidak berlebihan. 

Walaupun ia tidak mengganggu pertumbuhan fizikal bayi dalam rahim, tetapi amalan seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada ibu kerana dibimbangi wanita ini tidak mengambil makanan yang seimbang.

Berikut bahaya makan jeruk betik ketika mengandung:

  • Mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.
  • Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan. Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan.
  • Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

Ibu hamil makan pucuk betik

Secara amnya, adalah selamat untuk ibu hamil makan pucuk betik dengan syarat dalam kuantiti yang sederhana.

Pucuk betuk sering dijadikan ulam kerana rasanya sedap dan sedikit pahit. Ia mengandungi nutrisi yang baik, termasuk serat, vitamin C, vitamin A, dan beberapa mineral.

Pucuk betik boleh menjadi tambahan yang sihat dalam diet ibu mengandung kerana ia menyediakan serat untuk pencernaan yang sihat. Selain itu, nutrien seperti vitamin C dan vitamin A dalam pucuk betik juga menyokong kesihatan umum dan perkembangan janin.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memberi perhatian kepada cara memasak atau menyediakan pucuk sebelum dimakan.

  1. Pastikan anda mencuci pucuk dengan baik untuk menghilangkan sebarang kotoran atau bahan cemar lain.
  2. Selain itu, pastikan pucuk yang anda makan segar dan dalam keadaan baik.

Alternatif Buah Selamat Semasa Kehamilan

1. Oren

Jika matlamat utama anda adalah untuk menggantikan vitamin C yang anda tidak dapat daripada betik, maka anda boleh gantikan dengan buah oren.

Sebiji oren mempunyai kira-kira 82 mg vitamin. Dengan makan sebiji oren setiap hari, anda secara tidak langsung telah mengambil vitamin C yang diperlukan untuk badan anda dan bayi. Vitamin C adalah nutrien penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi.

2. Epal

Epal adalah makanan manis yang lebih sihat berbanding gula tulen, seperti gula-gula atau biskut. Sebiji epal boleh menggantikan keinginan anda terhadap gula ketika sedang hamil. Ia memberikan rasa manis yang sedap serta beberapa serat yang sihat. 

3. Melon

Buah melon juga dipercayai sebagai buah terbaik bagi menggantikan betik kerana ia mempunyai tekstur yang serupa serta mengandungi khasiat yang baik.

4. Buah delima

Bagi ibu yang tidak tahu, buah delima kaya dengan sifat antioksidan. Ia membantu menyihatkan dalaman tubuh badan, jantung, usus, perut dan meningkatkan tenaga. Kandungan nutrisi dalam buah, kulit dan biji delima turut mengandungi vitamin C, K, protein, serat dan kalium.

Manakala dengan mengamalkan jus delima setiap hari, ia dapat membantu menghilangkan radikal bebas, melindungi sel daripada kerosakan serta menghindarkan stres. Ia juga kaya dengan asid folik.

5. Kurma

Ramai ibu mengandung berasa was-was untuk makan buah kurma kerana rasanya yang manis dan takut diserang penyakit kencing manis. Namun tahukah anda bahawa ia merupakan sumber terbaik untuk anda dan bayi dalam kandungan?

Hal ini kerana ia kaya dengan protein, vitamin serta rendah lemak. Kurma adalah makanan tinggi serat yang memudahkan sistem pencernaan ibu mengandung, kandungan gulanya adalah semula jadi dan tidak membahayakan.

Dalam Al-Quran turut menyebut tentang anjuran makan kurma untuk memudahkan proses bersalin dalam surah Maryam.

6. Buah naga

Radikal bebas dapat dihindarkan dari tubuh badan kerana buah naga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Selain itu ia mampu mengelakkan masalah jantung, kanser dan melindungi janin daripada masalah kecacatan.

Semoga bermanfaat. 

  1. Healthline. (July 25, 2018). Is It Safe to Eat Papaya While Pregnant?. www.healthline.com/health/papaya-in-pregnancy
  2. Very Well Family. (March 24, 2022). Can I Eat Papaya While Pregnant? www.verywellfamily.com/can-pregnant-women-eat-papaya-5216111

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Buah Untuk Ibu Berpantang, Ini Senarai Jenis Buah Yang Boleh & TIDAK BOLEH Anda Ambil

Baca juga: Jika Mahu Inai Kuku Semasa Hamil, Pastikan Ia Tidak Mengandungi Bahan Bahaya Ini

Baca juga: Berat Badan Ideal Wanita Hamil: Berapa Kilogram Patut Bertambah?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!