X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Khasiat Serbaguna Minyak Bawang Putih, Berkesan Merawat Kerak Kepala Bayi & Demam

4 min bacaan
Khasiat Serbaguna Minyak Bawang Putih, Berkesan Merawat Kerak Kepala Bayi & DemamKhasiat Serbaguna Minyak Bawang Putih, Berkesan Merawat Kerak Kepala Bayi & Demam

Tahukah anda tentang khasiat minyak bawang putih untuk kesihatan? Ia dapat menjadi sebagai kit kecemasan di rumah sekiranya berdepan sebarang masalah, tau!

Bagi anda yang tidak tahu, khasiat minyak bawang putih dapat merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Ia sangat sesuai untuk semua lapisan umur termasuklah anak kecil dan golongan berusia.

Seisi keluarga boleh gunakan minyak ini sekiranya mengalami masalah sakit perut, kembung, batuk, selesema, demam atau gatal-gatal digigit oleh serangga. Proses penyediaannya pula amat mudah kerana hanya memerlukan 3 bahan sahaja.

Khasiat minyak bawang putih untuk kesihatan sekeluarga

manfaat minyak bawang putih

kredit foto: shutterstock

Menurut perkongsian Yatie Eimra, dia menggunakan resipi minyak bawang putih milik arwah neneknya kerana pada zaman dahulu dia adalah seorang bidan kampung dan menyediakan sendiri minyak urut.

Herba atau akar kayu semuanya digoreng dalam minyak dan dibiarkan mereneh lama agar khasiatnya larut serta tahan lebih lama. 

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 cawan (250ml) minyak zaitun
  • 1 labu bawang putih
  • 1-2 helai daun salam (kering atau segar)

Cara penyediaan

  1. Bawang putih dikupas kulit, dihiris nipis dan dibiarkan seketika (5 hingga 10 minit). *bawang yang telah dipotong/ dilenyekkan mengalami proses enzimatik dan menukar bahan alliin kepada allicin sangat bermanfaat terhadap tubuh.kebaikan minyak bawang putih
  2. Goreng daun salam dan bawang putih dalam sedikit minyak zaitun sahaja (agak-agak tenggelam) dengan api sangat perlahan sehingga garing.kelebihan minyak bawang putih
  3. Jangan goreng sampai hangit, nanti khasiat bawang putih akan hilang. Sebab itulah api kena kecil.
  4. Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas kaca dan tambahkan minyak zaitun yang selebihnya. (Minyak zaitun akan hilang khasiat dalam suhu terlalu tinggi, sebab itulah guna sedikit sahaja untuk menggoreng.
  5. Kacau sebati dan biarkannya suam. Sebaik-baiknya biarkan minyak berendam semalaman atau 8-12 jam sebelum dimasukkan ke dalam botol kecil bagi memudahkan kegunaan harian.

minyak bawang putih

Manfaat dan kegunaan

#1. Penambah rasa dalam masakan

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah anak kurang berat badan, boleh tambahkan satu sudu minyak ini ke dalam masakan selepas selesai memasak untuk menambah kalori. Daun salam bukan sahaja memberikan aroma enak, tetapi turut meningkatkan selera makan si manja.

Bukan itu sahaja jika anda kesuntukan masa untuk menumis bawang putih, gunakan sahaja minyak ini kerana dapat menjimatkan tempoh memasak kerana tidak perlu bersusah-payah menghiris bawang putih.

#2. Merawat demam, batuk dan selesema

Bawang putih sebenarnya dapat meningkatkan ketahanan badan dan melawan penyakit. Caranya adalah dengan menyapu minyak bahagian dada, belakang badan dan tapak kaki sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Untuk melegakan batuk atau sakit tekak, anda boleh menyapunya di bahagian dagu atau sekitar leher untuk kesan yang lebih cepat.

Jika ingin mengurangkan selesema, anda perlu rebus air dan masukkan beberapa sudu minyak putih. Hidu wap selama 15 hingga 20 minit. Caranya adalah meniarapkan anak di atas riba terlebih dahulu dan pastikan hidung anak menghidu wap.

#3. Merawat kulit kepala berkerak (cradle cap)

Bagi merawat bayi yang mempunyai masalah cradle cap (kulit kepala berkerak seakan-akan kelemumur, bertompok coklat dan berminyak), sapu minyak bawang putih ini dan urut secara lembut di kepala bayi. Biarkan sekurang-kurangnya 1 minit- 30 minit untuk melembutkan kerak.

Kemudian, sikat kepala bayi dengan perlahan bagi menanggalkan kerak. Kemudian, syampu seperti biasa.

#4. Mengurangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk, alahan atau eczema.

Bawang putih dan daun salam mempunyai kesan anti inflamasi dan boleh mengurangkan kegatalan. Caranya adalah dengan menyapu di tempat gatal serta urut agar minyak meresap ke dalam kulit. Lakukan beberapa kali sehingga rasa gatal tersebut hilang.

#5. Melebatkan rambut anak

Ibu yang ingin anak memiliki rambut lebat, rajin-rajinlah lumurkan minyak ini pada rambut. Minyak zaitun sendiri telah terbukti mempunyai pelbagai khasiat, ditambah pula dengan kandungan gizi yang tinggi dalam bawang putih. Ia mampu menguatkan dan melebatkan rambut.

Manakala, gabungan daun salam sering digunakan dalam perubatan ayurvedic untuk menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur. Tidak hanya bayi, ibu juga boleh guna bagi mengurangkan rambut gugur selepas bersalin.

Caranya adalah dengan lumur minyak bawang putih pada rambut dan biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum cuci kepala.

Sumber: Yatie Eimra

Photo: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!
Udara Di Dalam Rumah 2 Kali Ganda Lebih Tercemar Dari Udara Luar? Ini 5 Tips Dari Dr Amanda Untuk Anda Ubah Kualiti Pengudaraan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Khasiat Serbaguna Minyak Bawang Putih, Berkesan Merawat Kerak Kepala Bayi & Demam
Kongsikan:
  • 15 Tahun Berlalu, Lihatlah Gaya Pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Ini Sekarang!

    15 Tahun Berlalu, Lihatlah Gaya Pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Ini Sekarang!

  • Banyak Khasiat Bawang Putih, Boleh Elak Kanser, Serangan Jantung & Penyakit Kronik Lain

    Banyak Khasiat Bawang Putih, Boleh Elak Kanser, Serangan Jantung & Penyakit Kronik Lain

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 15 Tahun Berlalu, Lihatlah Gaya Pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Ini Sekarang!

    15 Tahun Berlalu, Lihatlah Gaya Pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih Ini Sekarang!

  • Banyak Khasiat Bawang Putih, Boleh Elak Kanser, Serangan Jantung & Penyakit Kronik Lain

    Banyak Khasiat Bawang Putih, Boleh Elak Kanser, Serangan Jantung & Penyakit Kronik Lain

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.