7 Khasiat Susu Badam Untuk Ibu Hamil, Ia Ternyata Bagus Bagi Janin Anda Juga!

lead image

Susu badam bukan sahaja sedap, malah mempunyai banyak kelebihan!

Apakah khasiat susu badam dan sesuaikah susu badam diambil oleh wanita mengandung? Jika seseorang mempunyai alahan terhadap kacang soya atau gluten, maka susu badam merupakan pengganti terbaik.

Segelas susu badam mempunyai vitamin dan mineral baik yang akan memberi anda dan bayi tenaga sebanyak 60 kalori, 8 gram karbohidrat, 1 gram protein, 2.5 gram lemak.

Ini merupakan nutrisi mikro yang penting untuk membantu anda tetap sihat, dan mendorong perkembangan pada janin. 

Khasiat Susu Badam Yang Terbukti Bagus Untuk Ibu Mengandung Dan Janin

khasiat susu badam, susu ibu mengandung, almond milk malaysia, khasiat badam, khasiat almond, makanan untuk kecerdasan otak bayi, susu badam untuk ibu mengandung, khasiat badam untuk kesuburan, khasiat badam untuk kesuburan,

Berikut merupakan khasiat susu badam khususnya untuk ibu mengandung:

#1 Vitamin

Susu badam merupakan alternatif sihat sebagai pengganti susu lembu kerana mengandungi sejumlah vitamin penting, termasuk Vitamin A, B12, E dan D.

Selain menjaga kesihatan anda dan bayi dalam kandungan, beberapa vitamin terutama vitamin E, yang juga membantu menjaga kulit anda bersinar dan sihat, selain boleh mencegah jerawat dan merawat pigmentasi kulit.

#2 Antioksidan

Ketika plasenta berkembang, ibu hamil dipengaruhi oleh tekanan oksidatif. Khasiat susu badam yang kaya dengan antioksidan dapat membantu mengurangi efek tekanan oksidatif tersebut.

Antioksidan yang didapati dari susu badam ini mempunyai vitamin E, yang bermanfaat untuk mencegah tekanan oksidatif.

#3 Kalsium

khasiat susu badam, susu ibu mengandung, almond milk malaysia, khasiat badam, khasiat almond, makanan untuk kecerdasan otak bayi, susu badam untuk ibu mengandung, khasiat badam untuk kesuburan, khasiat badam untuk kesuburan,

Tulang memerlukan sokongan tambahan semasa wanita mengandung. Susu badam mengandungi banyak kalsium yang memastikan tulang dan janin tetap sihat dan kuat, malah boleh mengawal tekanan darah.

#3 Asid Lemak Omega-3

Asid lemak omega-3 dalam susu badam sangat membantu menjaga kesihatan janin dan  jantung ibu hamil.

#4 Rendah Gula

Diabetes semasa hamil merupakan masalah umum bagi wanita hamil. Bagi mengawal gula dalam darah, kebanyakkan doktor menyarankan wanita mengandung untuk sentiasa memerhatikan pengawalan gula dalam makanan.

Walau bagaimanapun, gula yang ada dalam susu almond dianggap sebagai “gula yang baik” dan diketahui tidak  menyebabkan GDM pada wanita hamil.

khasiat susu badam, susu ibu mengandung, almond milk malaysia, khasiat badam, khasiat almond, makanan untuk kecerdasan otak bayi, susu badam untuk ibu mengandung, khasiat badam untuk kesuburan, khasiat badam untuk kesuburan,

#5 Pro-Vegan

Susu badam merupakan pilihan alternatif yang baik sekiranya anda seorang vegan. Susu badan tidak mengandungi kandungan lemak haiwan, malah mempunyai kandungan yang baik seperti susu lembu.

#6 Mencegah Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi merupakan masalah serius selama kehamilan kerana dapat menyebabkan praeklampsia. Kalsium dalam susu badam dapat membantu mengendalikan tingkat tekanan darah anda.

#7 Tahan Lama

Susu badam lebih mudah disimpan dibandingkan dengan susu lembu kerana tidak perlu disimpan sejuk. Jadi sekiranya anda perlu melalui perjalanan yang panjang, anda boleh membawa susu badam sebagai bekalan!

Waspada Kesan Sampingan Susu Almond Untuk Ibu Mengandung

7 Khasiat Susu Badam Untuk Ibu Hamil, Ia Ternyata Bagus Bagi Janin Anda Juga!

Walaupun susu badam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan, namun ada juga beberapa risiko dan kesan sampingan untuk ibu hamil, terutamanya jika diambil berlebihan. Berikut diantaranya:

1. Rendah Lemak Dan Kalori:

Susu badam rendah kalori, dan meminumnya dapat membuat anda merasa mual. Susu badam juga memiliki lemak yang lebih sedikit dibandingkan dengan susu soya.

2. Dapat Menyebabkan Alahan

Jika anda mempunyai alahan terhadap kacang, susu badam bukanlah pilihan anda. Ini kerana susu kacang badam boleh memberikan alahan yang bahaya untuk ibu hamil. 

3. Membahayakan Kelenjar Tiroid

Almond adalah goitrogen, yang bermaksud ia boleh menekan fungsi kelenjar tiroid. Jika anda menderita disfungsi tiroid, anda dilarang sama sekali minum susu badam.

***

Walaupun manfaatnya lebih banyak daripada risikonya, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil susu badam sepanjang kehamilan ya! Semoga bermanfaat!

Susu apa yang anda minum semasa hamil?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifahdan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Baca juga: 

Boleh Ke Saya Makan Rambutan Ketika Hamil? Ini Info Penting Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!