Kisah Ibu Yang Berusia 18

lead image

"Adakah kamu mahu meneruskan pengguguran ini?"

Hari ini saya terbaca cerita berkenaan seorang ibu remaja dan pengalamannya menjadi seorang ibu pada usia yang muda.

Ketika saya menonton video itu, nampak sangat emosi si ibu semasa berkongsi pengalaman yang dialami. Tertiba rasa sayu pun ada, kerana kebanyakkan kita suka membuat andaian, bergosip dan memburuk-burukan nama ibu yang tidak berkahwin. Sedangkan kita langsung tidak tahu cabaran dan kesusahan yang mereka alami dari segi emosi.

Sebenarnya, ada yang mempunyai naluri keibuan yang telah menghalang mereka daripada menggugurkan bayi mereka. Ada juga terpaksa menggugurkan bayi mereka disebabkan desakan keluarga.

Keputusan untuk memikul tanggungjawab menjaga and membesarkan anak sendiri walaupun diri masih remaja lagi, bukannya senang. Tetapi ia adalah keputusan yang berani, yang tidak mementingkan diri sendiri, yang sayang nyawa dan yang mulia untuk melakukan.

Inilah kisahnya...

Nama saya Meiko

Dulu saya selalu minum dan merokok dengan banyak. Tiba-tiba saya rasa mual dan tidak tahan dengan bau rokok. Saya telah memberitahu teman lelaki saya, dan dia telah berkata mungkin saya telah hamil.

Saya juga telah terlepas haid selama sebulan setengah. Teman lelaki saya telah memutuskan untuk membawa saya ke kedai 7 Eleven yang terdekat untuk membeli kit ujian kehamilan.

Saya telah mengambil masa selama 3 hari sebelum memberanikan diri untuk mengambil ujian tersebut. Saya baru nak masuk bilik air untuk mandi apabila keputusan ujian menunjukkan yang saya hamil.

Saya terus menghubungi teman lelaki saya. Kami telah ke poliklinik untuk mendapat pengesahan dan doktor telah mengesahkan yang saya hamil. Saya dan teman lelaki saya sangat gembira. Apabila giliran saya masuk ke dalam bilik klinik, doktor itu memberitahu saya yang dia telah merujukkan kes saya ke klinik kesihatan. Doktor itu juga tanya saya soalan ini: Adakah kamu akan gugurkan bayi itu?

Soalan itu telah membawa saya kembali ke realiti: Apa yang perlu dilakukan? Bagaimana saya nak bagi tahu ibu yang saya hamil? Saya baru berusia 18 dan tidak berkerja. Saya masih belajar sambilan dan tidak mempunyai pendapatan. Teman lelaki saya pun tidak mempunyai pendapatan.

"Adakah kamu mahu meneruskan pengguguran ini?"

Ibu saya telahpun memberi kata putus: jika saya tidak menggugurkan bayi itu, saya akan dihalau dari rumah.

Sejurus itu, saya menghubungi Klinik Kesihatan untuk membuat janjitemu. Sampai ke klinik, selepas membuat pendaftaran, jururawat yang bertugas telah bertanya,"Adakah kamu mahu meneruskan pengguguran ini?"

Saya menjawab, "ibu saya yang nak saya gugurkan." Jururawat tadi bertanya semula, "Adakah kamu benar-benar mahu gugurkan?"

Apabila tiba giliran saya, saya meminta doktor itu untuk menetapkan tarikh terakhir yang ada untuk melakukan prosedur tersebut. Sejurus itu, saya diarahkan membuat pemeriksaan ultrasound. Saya telah membuka fail saya sambil keluar dari bilik untuk mencari teman lelaki saya yang sedang menunggu. Saya nampak gambar ultrasound itu, saya nampak anak saya.

Saya terus bergegas keluar dari klinik itu sambil menanggis. Teman lelaki yang bimbang terus bertanya, "Apa terjadi? Kenapa kamu?" Saya menunjukkan gambar ultrasound itu kepadanya dan matanya mula berair. Kami terus menghubungi ibu kami masing-masing.

"Saya tidak dapat melakukannya"

Ibu teman saya juga telah nasihatkan kami,"kamu berdua boleh mempunyai lebih anak nanti. Kamu masih muda, baru berumur 18. Sekarang bukan masa yang sesuai. Kamu berdua tidak mempunyai pendapatan yang stabil."

Saya tidak mendengar nasihat mereka dan terus meninggalkan hospital tersebut.

Ada kalanya saya akan terfikir, bagaimanakah hidup saya sekarang jika saya telah menggugurkan anak saya masa itu. Selama ini, cara hidup saya sungguh tidak bertanggungjawab. Saya tidak pernah mempunyai pekerjaan yang stabil.

Apa wang yang ada saya selalu habiskan untuk membeli rokok dan minuman keras. Saya pasti saya masih lakukan semua benda-benda karut itu hingga sekarang.

Sebab itu, saya percaya Dayna adalah rahmat dari Tuhan. Jika tidak kerana dia, hidup saya mungkin masih liar dan tidak tentu arah.

Saya tidak akan mempunyai perkerjaan yang tetap dan entahlah apa jenis kawan saya akan bergaul dengan sampai sekarang. Dayna telah mengubah hidup saya menjadi lebih baik. Saya tidak menyesal menjadi ibu kepada Dayna semasa berumur 18.

 

kredit: Millennials of Singapore