Kisah Nabi Adam dan Hawa yang sesuai untuk diceritakan pada anak

lead image

Jika anda belum pernah menceritakan kisah Nabi Adam dan Hawa pada anak anda, kami menyediakan kisah mereka beserta video dan lagu untuk pemahaman anak anda.

Sudahkah anda menceritakan tentang kisah Nabi Adam dan Hawa pada anak anda? Jika belum, jom ceritakan pada mereka di bulan Ramadhan ini!

Jangan khuatir, kami ada menyediakan kisah Nabi Adam dan Hawa yang lengkap untuk rujukan anda, siap ada jalan cerita, video dan lagu lagi untuk memudahkan anda. 

Kisah Nabi Adam dan Hawa

Kisah Nabi Adam sudah termaktub dalam Al-Quran. Beliau merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka Bumi.

Sebelum mencipta Nabi Adam, Allah SWT telah mencipta malaikat dari cahaya dan jin dari api. Kemudian Allah menciptakan manusia dari tanah dan ditiupkan roh ke dalamnya maka terjadilah Adam.

Selepas Adam tercipta, Allah memberikan ilmu tentang alam semesta yang tidak diberikan pada makhluk lain. Selepas itu, dia menyuruh para malaikat dan jin untuk bersujud pada Adam.

Para malaikat menurut perintah Allah dan bersujud pada Adam, tetapi jin telah menolak perintah Allah kerana merasakan dirinya lebih mulia dari Adam kerana mereka diciptakan dari api sedangkan Adam dicipta dari tanah.

Jin yang menolak untuk bersujud pada Adam dikutuk dan dilaknat Allah dan menjadi makhluk sesat bernama iblis. Iblis bersumpah untuk menggoda Adam dan keturunannya hingga hari kiamat untuk melanggar perintah Allah.

Lalu Adam ditempatkan di syurga yang penuh dengan kenikmatan. Namun Adam merasa sunyi maka Allah menciptakan Siti Hawa untuk menemani Adam di syurga.

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/05/adam.jpg Kisah Nabi Adam dan Hawa yang sesuai untuk diceritakan pada anak

Kisah Nabi Adam dan Hawa yang menarik

Nabi Adam dan Siti Hawa hidup bahagia di syurga. Semua yang ada di syurga boleh mereka nikmati sepuasnya.

Namun, ada satu larangan yang tak boleh dilanggar, yakni Adam dan Hawa tidak boleh mendekati pohon Khuldi ataupun memakan buahnya.

Iblis yang merasa iri hati pada Adam, berusaha untuk menggoda Adam dan Hawa untuk melanggar larangan tersebut. Pada awalnya, Nabi Adam dan Hawa teguh pada keimanan mereka dan tidak mahu tunduk pada godaan iblis.

Akan tetapi, Iblis tidak menyerah dan terus menggoda mereka untuk merasa buah khuldi. Hingga akhirnya Adam dan Hawa pun tergoda dan memakan buah larangan tersebut.

Allah SWT marah pada Adam dan Hawa kerana melanggar larangannya. Mereka berdua kemdiannya diusir dari syurga dan diturunkan ke Bumi.

Di Bumi inilah, Adam dan Hawa mulai mendirikan peradaban umat manusia. Mereka memiliki banyak anak yang kemudian berpecah ke seluruh dunia, hingga menjadi banyak suku dan bangsa yang berbeza.

Video kisah Nabi Adam untuk anak-anak

Kisah Nabi Adam as dalam bentuk animasi ini bisa menjadi cara yang mudah untuk si kecil belajar.

Mendengarkan kisah Nabi Adam tentunya lebih menyenangkan bagi si kecil melalui video animasi seperti ini.

Lagu tentang kisah Nabi Adam dan Hawa

Berikut adalah lagu tentang kisah nabi Adam as yang boleh anda nyanyikan bersama si kecil ketika menunggu waktu berbuka puasa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda sekeluarga!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga

11 nama bayi lelaki inspirasi dari nama nabi, khalifah dan sasterawan Islam

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!