8 Barang Wajib Yang Perlu Ada Dalam Kit Kecemasan Anak, Pastikan Bawa Jika Bercuti!

undefined

Memilik anak kecil memerlukan ibu dan ayah sentiasa peka akan keperluan anak mereka. Salah satunya adalah sentiasa bersedia kit kecemasan anak.

Memilik anak kecil memerlukan ibu dan ayah sentiasa peka akan keperluan anak mereka. Salah satunya adalah sentiasa bersedia dengan sebarang kecemasan yang berlaku ini termasuklah menyediakan kit kecemasan anak.

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Bayi demam pun boleh berlaku pada bila-bila masa saja, jadi sudah pasti anda perlukan kit kecemasan ini sebelum ke klinik.

Berikut adalah perkongsian Dr Hani Mynis mengenai barang yang sepatutnya ada dalam kit kecemasan anak di rumah. Ke mana saja anda pergi terutama jika bercuti adalah digalakkan untuk anda membawa kit ini. Ia akan sangat memudahkan anda. Cuba jika anda pergi bercuti di pulau, di sana sukar juga nak cari klinik kan jika anak demam?

Jadi dengan adanya kit kecemasan ini, sekurang-kurangnya anda ada persediaan awal jika anak anda demam dan sebagainya. 

Kit kecemasan anak sangat penting 

Berikut adalah antara yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis. 

Kadang-kadang kita ni tak boleh nak elak dan tak expect anak demam, batuk, selsema dan sebagainya.

Lagi-lagi kalau insiden tu berlaku tengah-tengah malam, atau pun time kita pergi travel jauh-jauh. Nak cari ubat-ubat ni, bukan boleh beli sembarangan je, especially bayi.

Checklist ubat dan peralatan yang perlu anda standby jika berlaku apa-apa kecemasan. Ikuti perkongsian menarik Dr Hani Mynis.

#1. Termometer

Paling penting ! Termometer. Ini senjata utama hani kiranya. Resah kalau takda termometer atau baterinya mati. Sepanjang empat tahun Aqil, dah macam2 termometer hani cuba dan ini tips hani utk pilih termometer.

Untuk anak kecil, jangan pilih termometer yg kena measure suhu letak bawah lidah atau ketiak 🙈bercinta lah nak dpt kerjasama dia utk ukur suhu bawah lidah dan ketiak dia lelama.

Sebaiknya pilih yang jenis infrared tu. Tala kat dahi terus dapat suhu. Sekurangnya yang sukat suhu kat dahi atau dalam / belakang telinga tu. Memadai

Beli yang jenis digital bukan yang tengok perubahan warna tu. Lebih yakin. Tapi hani ada juga satu incase of emergency bateri low ke apa.

#2. Nasal spray

Kit kecemasan anak sangat

Kredit foto: Hani Mynis

Ni senjata kedua hani. Kalau Aqil selesema, pernafasan tak selesa sbb hidung tersumbat ke apa, hani sembur je dalam hidung dia. Sekarang dah jarang guna sbb dia dah pandai hembus hidung sendiri kalau selsema. Tapi sesekali kena sembur juga haha

Wajib ada kalau anak kecil 3 tahun ke bawah.

#3. Paracetemol syrup

Untuk dia demam, sentiasa restock dalam medical kit Aqil. Sebab dia sejarah sawan semasa demam, bila dia demam hani jadi extra extra cautious . Wajib ada.

Kalau dah buka botol baru ni, mesti hani beli satu yg baru lain sbg back up secpt mungkin.

Kebanyakan ubat syrup kat farmasi skrg dia dah bekalkan cawan dos sesiap, bawa sekali masuk dlm kit.

Semasa membeli kena tengok paracetemol yang dibeli berapa dos nya supaya kita boleh kira sendiri berapa ml nak bagi anak makan (bergantung kepada berapa berat badan anak).

#4. Nappy cream

Walaupun mcm2 jenama, hani rasa ini yang terbaik 😍 guna sejak dia baby (masa tu dpt free gift dari hospital). Tak pernah nak tukar jenama lain.

Kalau punggung dia merah ke apa, letak ni tak sampai sehari dah hilang merah nya. 

#5. Antibacterial powder

Kalau dia gatal2 miang2 kat badan, ni wajib hani sapukan. As first treatment lah kiranya.

#6. Botol spray

Kit kecemasan anak sangat

Kredit foto: Hani Mynis

Untuk isikan air kosong, dan spray dan basahkan rambut dan kepala dia , ketiak, pelipat lutut dan peha masa dia demam. Bantu turunkan suhu. Sbb dia kadang-kadang rimas kalau letak kain kat dahi. Tapi kena paksa juga.

#7. Nasal aspirator

Untuk kegunaan dia masa dia baby-1tahun lebih utk sedut hingus dia.

Tak digalakkan sedut hingus anak dengan mulut ya (walaupun sweet hehe) sbb mulut kita org dewasa ada mcm2 bakteria so its unhealthy and unhygienic. 

#8. Paracetemol suppositories

Kit kecemasan anak sangat

Kredit foto : Hani Mynis

Penyelamat!

Sebab aqil ada sejarah sawan masa demam, bila suhu dia 38.5 je hani terus guna ni masuk kat punggung dia. Fobia oit huhu tapi kena tahu juga pukul berapa last makan ubat paracetemol syrup tu.

Ni pun ada dua dos berbeza (120 dan 250mg).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hani Mynis

Baca juga: Pisau Cukur Ditemui Di Papan Gelongsor, Lihat Betul-Betul Taman Permainan Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!