Cara Buka Buku Pink Di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, Ini Panduan Lengkap Buat Ibu Kali Pertama

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak bagi tujuan buat buku pink perlu melalui beberapa proses. Ibu hendaklah melakukannya sebelum kandungan 12 minggu

Sebaik sahaja menyedari naik dua garisan pada alat penguji kehamilan, ibu-ibu kali pertama pastinya keliru apakah langkah seterusnya yang perlu dilakukan. Sekiranya usia kandungan telah memasuki enam minggu ke atas, anda hendaklah buka buku pink di klinik kesihatan ibu dan anak yang berdekatan.

Namun bila boleh buka buku pink? Ada yang mengatakan bahawa buku pink ibu mengandung perlu dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu. 

Kami mencadangkan agar anda melakukan scanning di klinik swasta terlebih dahulu bagi memastikan diri benar-benar hamil dan sila bawa cetakan gambar kantung berkenaan ketika ingin buka buku pink.

Proses buka buku merah/buku pink di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak

klinik kesihatan ibu dan anak, buka buku merah, buka buku pink

Untuk pengetahuan ibu semua, buku merah atau buku pink perlu dibuat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) selepas anda yakin yang anda telah hamil dan telah membuat ujian kehamilan di rumah.

Adalah lebih baik jika anda menelefon terlebih dahulu  Klinik Kesihatan yang terdekat dengan kediaman kerana ada sesetengah klinik memerlukan anda membuat temu janji. 

Cara buat buku pink 2022 di klinik kerajaan

klinik kesihatan ibu dan anak, buka buku merah, buka buku pink

Semasa hadir untuk mendaftar di KKIA, pastikan anda membawa beberapa dokumen penting seperti:

  • IC diri
  • IC suami
  • Sijil nikah
  • Bil air/eletrik rumah untuk pengesahan alamat
  • Surat rujukan doktor jika ada

Selepas selesai mendaftar, maka anda pun akan menerima buku merah/buku pink anda yang pertama.

Ingat, buku pink ibu mengandung ini perlu dijaga dengan baik dan dibawa ke mana sahaja anda pergi sepanjang kehamilan, termasuklah ketika pemeriksaan kehamilan yang seterusnya di KKIA.

Kenapa? Supaya sekiranya apa-apa terjadi, doktor dapat merujuk kepada rekod kesihatan yang tercatat dalam buku merah anda.

Pemeriksaan pertama ketika mendaftar di klinik kesihatan kerajaan (ibu dan anak)

Untuk pemeriksaan yang pertama, anda perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan. Ia adalah:

Apa nak buat kalau buku merah hilang?

Untuk ibu mengandung, buku merah ini umpama IC kita. Kalau ia hilang, maka anda perlu buat laporan polis dan kemudian membawa kertas laporan ini ke klinik kerajaan untuk membuat buku baru.

Ada juga sesetengah klinik ibu dan anak yang tidak memberikan buku baru tetapi hanya mencatat rekod kesihatan dalam kertas sahaja dan ia semua akan dikumpul dan di-stapler sekali!

Pengajaran: Jaga buku pink anda elok-elok, jangan sampai hilang!

Jenis pemeriksaan kehamilan yang dilakukan di klinik kesihatan kerajaan

klinik kesihatan ibu dan anak, buka buku merah, buka buku pink

Selepas segala urusan membuat buku merah atau buku pink selesai, maka anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan yang anda pilih.

Secara amnya, jadual untuk anda hadir buat pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • Awal kehamilan hingga minggu ke 28 atau kandungan 7 bulan: sekali sebulan
  • Kandungan 8 bulan: Dua minggu sekali
  • Selepas kandungan 8 bulan hingga anda bersalin: setiap minggu

Antara pemeriksaan yang akan dijalankan oleh jururawat terhadap ibu dan anak adalah:

  • Soal jawab dengan jururawat bertugas tentang status kesihatan semasa anda dan pergerakan bayi dalam kandungan
  • Pemeriksaan dengan doktor bertugas (sekali-sekala sahaja)
  • Pemeriksaan tekanan darah
  • Ujian air kencing (memeriksa gula dan protein)
  • Mengukur berat badan
  • Memeriksa kedudukan dan saiz bayi dalam perut
  • Memeriksa degupan jantung bayi
  • Memeriksa bengkak kaki, muka dan tangan

Pemeriksaan akan berubah dan dibuat secara rapi jika doktor mendapati anda mengalami kehamilan berisiko tinggi.

Tak perlu risau, ikut sahaja nasihat dan saranan doktor sepanjang kehamilan anda. Pasti proses mengandung anda selama 9 bulan akan berjalan lancar dengan bantuan pemeriksaan daripada doktor pakar.

Bagaimana jika ibu lambat buat buku merah?

Menerusi komuniti theAsianparent Malaysia, seorang penggguna bernama Nur Atiqah bertanyakan soalan:

Saya nak tnya .. kalau lambat buka buku pink 5 hari dari 12 minggu kandungan tak apa ke?

Beberapa orang ibu berkongsikan pengalaman mereka lewat buat buku pink di klinik kerajaan.

Awak pergi je klinik kesihatan ibu dan anak. Saya buka buku pink masa 15 minggu. Doktor ada bising.. tapi sblum ni saya memang ada rekod pergi klinik swasta,saya bagi tunjuk scan baby smua. Doc tak jadi nak bising sangat. Kalau kandungan dalam 12 minggu, dia mungkin tak bising sangat.– Alisa Imaan

Kalau kat sini pun nurse ada bunyi kalau ibu buka buku pink lambat. Paling lewat mereka beritahu adalah 12 minggu. Sebab pihak klinik nak bagi tarikh scan kandungan dan minum air gula. Tu yang mereka bising sangat tu.– Ida

Nurse mungkin akan bising sikit tapi boleh je. Dengan keadaan sekarang ni rasanya semua pun boleh faham banyak kekangan. Moga dipermudahkan– Puan Nurul

Saya buat buku lagi la usia kandungan 16 weeks ke atas alhamdulillah nursenya okey cuma pesan next time kena lgi awal buat buku pink. -Nur Alina

Kepentingan buku pink ibu mengandung

1. Profile dan masalah kesihatan ibu mengandung

Sebenarnya, buku pink ni ada profile dan masalah kesihatan ibu mengandung, siap dengan sejarah penyakit keluarga si ibu. Dari situ doktor boleh memantau ibu yang berisiko untuk dapat kencing manis, darah tinggi dan lain-lain. 

2. Ada sejarah rekod kelahiran terdahulu

Dalam buku pink juga kita akan rekod sejarah kelahiran terdahulu. Pernah keguguran atau tak? Pernah caeser? Berapa kali? Ni kandungan ke berapa? Anak semua berapa kilo berat? Ada komplikasi sepanjang mengandung/ketika bersalin? Sebab tu pentingnya buku pink ni.

3. Boleh detect hemoglobin darah

Bila buka buku pink, jururawat akan ambil darah untuk periksa sama ada ibu ada masalah darah rendah atau tinggi. Dari situ jururawat boleh detect adakah ibu kekurangan Hemoglobin, atau ada jangkitan penyakit yang boleh bahayakan bayi dalam kandungan.

4. Pemeriksaan melalui buku pink

Pergilah mana-mana klinik dan hospital kerajaan, kalau tak bawa buku pink mesti kena marah. Doktor dan juga nurse akan membuat pemeriksaan ibu melalui buku pink.
 
Ada ibu mengandung yang sebelum ni mengandung tak ada apa-apa sakit. Tapi lepas doktor periksa rupanya thyroid bengkak, ada ketulan payudara, ada jantung bocor dan sebagainya. Semoga bermanfaat!
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaRamai Ibu Muntah Bila Minum Air Gula, Ini Cara Yang Betul Untuk Ibu Hamil 

Baca juga:  UPT Negatif Tapi Mengandung, Doktor Jelaskan 7 Sebab Ia Terjadi Pada Sesetengah Ibu

Baca juga:  10 Jenis Alahan Mengandung Dialami Kebanyakan Ibu, Para Suami Kenalah Faham

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!