Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?

lead image

Masalah payudara bengkak dan sakit akan melanda kebanyakan wanita yang beri susu badan buat pertama kali. Tapi benarkan kobis boleh mengatasi masalah ini?

Masalah payudara bengkak

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu selepas bersalin terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi ibu adalah: payudara bengkak akibat susu.

Ini kerana kadang-kala, masalah ini disebabkan oleh tak tahu teknik penyusuan yang betul, atau payudara tak dapat dikosongkan dengan betul.

Pelbagai alatan moden telah diperkenalkan untuk membantu masalah ini seperti pek panas (hot pack) dan pek ais (ice pack), tapi tahukah anda tentang kobis yang juga boleh membantu menyelesaikan masalah ini?

Ya, KOBIS!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kobis untuk payu dara bengkak 2.jpg Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?

Sayur kobis boleh merawat masalah payudara bengkak?

Kajian membuktikan kobis benar-benar membantu merawat masalah payudara bengkak!

Seperti yang sering disarankan oleh nenek moyang kita, gunakan kobis sekiranya payudara bengkak.

Apabila mendengar perkataan kobis, terasa seperti, ‘eh betul ka kobis boleh tolong ni?’.

Sebenarnya ya, memang kobis dapat membantu masalah ini, malah terdapat kajian yang telah membuktikannya!

Satu kajian telah dijalankan di Korea. Mereka membandingkan kesan penggunaan kobis (CCEBC), penjagaan payudara awal (EBC) dan penjagaan penyusuan am (GNBC) dalam mengatasi masalah sakit payudara dan payudara bengkak pada wanita yang bersalin secara cesarean. 

Kajian ini melibatkan 60 orang subjek yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Berdasarkan kajian ini, semua ibu dari ketiga-tiga kumpulan mengalami masalah payudara bengkak.

Dan apabila menggunakan tiga teknik yang telah disenaraikan, didapati, ibu dalam kumpulan yang menggunakan kobis menghadapi masalah payu dara bengkak yang paling sedikit.

Secara amnya, dapat dilihat di sini yang kobis MEMBANTU mengurangkan sakit dan bengkak payudara!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kobis untuk payu dara bengkak 1.jpg Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?

Kobis merawat masalah payudara bengkak.

Kobis sebagai rawatan antarabangsa

Apa yang lebih menarik, kajian mendapati kobis juga membantu dalam masalah bengkak (edema) yang berpunca dari terseliuh ataupun patah.

Negara-negara maju seperti Kanada, Australia dan Amerika Syarikat telah menggunakan kobis sebagai rawatan payudara bengkak yang jimat serta tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. 

Namun begitu, mekanisma secara terperinci bagaimana kobis membantu masih lagi dalam kajian.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/kobis untuk payu dara bengkak 3.jpg Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?

Jadi, jika anda ada masalah payudara bengkak kerana menyusu, cubalah guna kobis!

Bagaimana menggunakan kobis untuk mengurangkan payudara bengkak?

Cadangan menggunakan kobis untuk membantu mengurangkan masalah ini ialah:

  • ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih
  • masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
  • letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit
  • Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

Nota: cara ini tidak digalakkan untuk ibu yang kurang bekalan susu kerana ia mungkin boleh menyebabkan susu menjadi kering.

Sumber: research gate, loving moments bras

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Apakah Yang Terjadi Pada Payudara Anda Setelah Anda Berhenti Menyusu?