Kes Bapa Rogol Anak: Komen Lelaki Ini Mengundang Persoalan Ibu Bapa

Kes Bapa Rogol Anak: Komen Lelaki Ini Mengundang Persoalan Ibu Bapa

Seorang lelaki telah mencetuskan amarah ibu bapa di Facebook apabila mengeluarkan kenyataan panas tentang isu bapa rogol anak. Jom tengok apa komennya!

Kes bapa rogol anak makin bertambah di Malaysia

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan bukan satu - tapi 3 berita kes bapa rogol anak atau sumbang mahram.

Pertama - kes bapa durjana rogol dan liwat anak kandung (sejak usia 13 tahun) lebih daripada 600 kali.

Kedua - kes sumbang mahram melibatkan bapa, datuk dan 2 bapa saudara yang merogol kanak-kanak juga berusia 13 tahun.

Ketiga - kes abang merogol adik kandung (13 tahun juga) hingga hamil!

Ketiga-tiga kes umpama satu tamparan hebat pada masyarakat Malaysia. Adakah isu sumbang mahram semakin berleluasa? Adakah anak kita terbuka pada pemangsa?

Jika ya, apa yang boleh kita buat (terutamanya sebagai ibu bapa) untuk melindungi anak-anak kita?

Komen lelaki ini gempar menyokong bapa rogol anak 

Namun, di sebalik kekecohan yang melanda Facebook dan Twitter tentang ketiga-tiga kes tersebut, seorang lelaki bernama Asri Ayohmad mengeluarkan kenyataan yang mencetus amarah ibu bapa.

Mana taknya, lelaki itu memuatnaik status Facebook yang menulis -

"Kes bapa rogol anak atau berzina dengan anak sendiri (seperti haruan makan anak) adalah lebih baik daripada merogol atau berzina dengan anak orang lain."

Ya, itu status yang dimuat naik lelaki tersebut! 

Malah, dia juga mengemukan riwayat al-Bukhari, Muslim untuk menyokong penyataan terbabit.  Anda boleh melihat status penuh yang ditulis lelaki terbabit seperti di bawah:

[caption id="attachment_119902" align="alignnone" width="540"]bapa rogol anak Komen lelaki ini tentang isu bapa rogol anak mengundang kecaman.
Kredit foto: Facebook Asri Ayohmed[/caption]

bapa rogol anak Kredit foto: Facebook Asri Ayohmed

Ibu bapa mula mengamuk 

Ruangan komen bagi di status tersebut rata-rata dipenuhi dengan komen ibu bapa yang mula mengamuk dan membantah pandangannya.

Malah, untuk menuntut kepastian sama ada status dan komen lelaki tersebut mungkin telah disalah tafsir - maka ada beberapa individu menyoal kepastian padanya.

[caption id="attachment_119903" align="alignnone" width="540"]bapa rogol anak Komen lelaki ini tentang isu bapa rogol anak mengundang kecaman.
Kredit foto: Facebook Asri Ayohmed[/caption]

Dan sah - Asri Ayohmad menyokong perbuatan merogol anak sendiri berbanding melakukan zina dengan orang lain!

Walaupun dikecam hebat, namun status tersebut tidak diturunkan daripada laman Facebooknya. Akan tetapi, satu lagi status naik! 

Kali ini - dia dengan terang-terangan mengaku sokongannya tentang kes bapa rogol anak atau sumbang mahram. 

bapa rogol anak Kredit foto: Facebook Asri Ayohmed

Lelaki apakah ini? Masakan anda sebagai ibu bapa tergamak untuk merogol, meliwat dan merosakkan masa hadapan anak sendiri?

Perbuatan merogol itu SALAH. Tiada alasan lain mampu mengatakan perbuatan merogol apatah lagi sumbang mahram itu SAH.

Ketahuilah, jenayah rogol atau sumbang mahram memberi trauma yang mendalam pada mangsanya. Anda pasti tidak mahu anak-anak anda terdedah kepada bahaya tak diundang ini. 

Bahaya kan? Cuba anda bayangkan jika ada lebih ramai lelaki seperti ini - menganggap perbuatan sumbang mahram tidak berdosa... bagaimana dengan anak-anak kita?

Apa ibu bapa harus buat?

Kes haruan makan anak di Malaysia

Menurut kajian Dr Abdul Hadi Zakaria dalam bukunya yang bertajuk "Haruan Makan Anak: Inses di Semenanjung Malaysia", terdapat beberapa paten kejadian yang boleh dilihat masyarakat.

Antaranya:

  • Pemangsa utama jenayah ini biasanya bapa kandung (48.8%) atau bapa tiri (24.4%)
  • Antara pemangsa lain yang boleh melakukan jenayah juga adalah bapa saudara, abang, abang ipar dan datuk
  • Kejadian selalu terjadi di rumah kediaman
  • Mangsa selalunya masih muda. Mungkin di peringkat remaja. 54.9% mangsa berusia antara 11 hingga 15 tahun.
  • Kes merogol anak sendiri sering berulang, kerana pemangsa biasanya tinggal serumah dengan mangsa
  • Melayu mendahului carta sumbang mahram dengan kes sebanyak 89%

Apa ibu bapa boleh lakukan jika mengetahui anak anda mungkin adalah mangsa?

Rata-rata ibu bapa pada mulanya tidak akan mempercayai atau sukar mempercayai jika anak sendiri mengadu dirogol "orang yang dikenali".

Namun, janganlah begitu. Percaya cakap anak anda. Mereka sendiri takut untuk mengadu tentang hal ini kerana menganggap anda takkan mempercayai mereka.

Jika mereka menjadi mangsa, ibu bapa perlu pantas mengambil langkah ini:

  1. Buat aduan polis dengan segera
  2. Jangan bersihkan diri mangsa (jika kejadian mungkin baru terjadi) untuk mengelak bahan bukti hilang/rosak/tercemar
  3. Cuba kumpul bukti dan butiran penting seperti siapa suspek, di mana, alamat dan sebagainya
  4. Laporan boleh dibuat di mana-mana balai polis atau Balai/Ibu Pejabat Polis Daerah
  5. Mangsa ditemani ahli keluarga, rakan, majikan atau guru yang dipercayai.

Semoga anak-anak kita dilindungi daripada manusia bertopengkan binatang di luar sana. Amin.

Sumber rujukan: Mynewshub, Sinar Harian, Utusan Online, Facebook Asri Ayohmad dan Haruan Makan Anak: Inses di Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

Artikel(Cerita)
app info
get app banner