Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

Anda harus tahu bahawa jika anak-anak dijangkiti penyakit tertentu, ia berpotensi membawa kepada komplikasi yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada hidup mereka.

Ibu dan ayah, perkara yang paling menakutkan kita ialah apabila kita tidak dapat melindungi anak-anak daripada pelbagai bahaya dunia. Kita telah lakukan yang terbaik dengan membekalkan ilmu untuk bertahan dan berkembang maju apabila mereka membesar dan melalui pencapaian yang berbeza dalam hidup.

Salah satu perkara yang kita mahu anak-anak miliki ialah kesihatan yang baik. Dengan pandemik yang berlaku baru-baru ini yang telah menyebabkan panik, kita harus lebih berwaspada terhadap kesejahteraan anak-anak kita.

Anda harus tahu bahawa jika anak-anak dijangkiti penyakit tertentu, ia berpotensi membawa kepada komplikasi yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada hidup mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terlepas vaksin MMR (campak, beguk dan rubella) lebih terdedah untuk dijangkiti penyakit-penyakit tersebut dan berisiko mendapat komplikasi yang dibawa penyakit ini.

Vaksin MMR diperkenalkan pada tahun 2002 di Malaysia dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke klinik kerajaan untuk menerima vaksin secara percuma1,2.

Memahami campak, beguk dan rubella

Ibu bapa, ini adalah sebab mengapa anda perlu mempertimbangkan langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit berjangkit kanak-kanak. Campak, iaitu penyakit berjangkit, biasanya bermula dengan simptom seperti demam, bersin atau hidung berair/tersumbat, batuk dan mata pedih atau berair. Ini kemudiannya diikuti dengan ruam beberapa hari kemudian dan dalam beberapa kes, bintik-bintik kecil mungkin muncul dalam mulut3.

Pemulihan gejala ini mungkin akan bermula selepas seminggu. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, penyakit ini boleh merebak ke paru-paru atau otak, ianya terjadi apabila berlaku komplikasi yang jarang berlaku3.

Sebagai contoh, salah satu komplikasi yang jarang berlaku daripada campak ialah buta3. Ibu bapa tidak mungkin dapat meramalkan sama ada anak mereka akan menghadapi komplikasi seperti itu, sebab itu ibu bapa perlu terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan proaktif dalam melindungi anak-anak mereka.

Beguk, sebaliknya, adalah jangkitan virus berjangkit yang menyebabkan bengkak yang menyakitkan pada bahagian muka di bawah telinga dan simptom lain termasuk demam panas, sakit kepala dan sakit sendi4. Perkara yang menakutkan tentang beguk ialah pada masa ini tiada penawar, dan jangkitan mungkin bertahan 1 hingga 2 minggu4.

Jika jangkitan merebak ke lapisan luar otak, salah satu komplikasi beguk dipanggil meningitis virus. Dalam beberapa kes, beguk boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Komplikasi lain mungkin termasuk bengkak testis atau ovari (jika orang yang terjejas telah melalui akil baligh)5,6.

Rubella, juga jangkitan virus berjangkit, menyebabkan demam dan ruam yang bermula dari muka, dan simptom lain mungkin termasuk loya, konjunktivitis, dan kelenjar limfa yang bengkak di leher dan belakang telinga7.

Virus ini merebak ke seluruh badan dalam masa 5-7 hari tetapi simptom-simptom biasanya muncul 2 hingga 3 minggu selepas pendedahan. Jika ibu hamil dijangkiti virus rubella pada awal kehamilan, dia mempunyai peluang 90% untuk menyebarkan virus itu kepada bayinya, yang boleh menyebabkan kematian bayi, atau boleh menyebabkan sindrom rubella kongenital (CRS)7.

Bayi yang dilahirkan dengan CRS mungkin mengalami gangguan pendengaran, kecacatan mata dan jantung serta ketidakupayaan sepanjang hayat yang lain, termasuk autisme, diabetes mellitus dan disfungsi tiroid7.

Memandangkan risiko-risiko yang muncul kerana penyakit-penyakit ini dan bagaimana ia berbahaya untuk anak-anak anda, amat penting bagi ibu bapa melindungi anak-anak dengan merujuk kepada doktor anda tentang langkah-langkah pencegahan termasuk mendapatkan vaksin yang betul melalui Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) di Malaysia2.

Apa Yang Dirangkum Dalam NIP

  • Tuberkulosis (TB atau batuk kering) – Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti meningitis dan boleh merebak kepada organ lain8.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat9.
  • Pertusis (batuk kokol) – Boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak10.
  • Tetanus – Keracunan bakteria yang menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang11.
  • Haemophilus influenza jenis B (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan neuritis (meningitis)12.
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati dan meningkatkan risiko individu mendapat kanser hati pada masa hadapan12.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan malah kematian12.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah, jangkitan pada otak (ensefalitis) and paru-paru (pneumonia)13.
  • Beguk – Virus ini boleh menyebabkan radang otak (ensefalitis) dan inflamasi testis (orkitis)5.
  • Rubella – Virus rubella boleh menyebabkan demam, ruam, loya dan konjunktivitis ringgan7.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga12.
  • Human Papillomavirus (HPV) – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan penyakit HPV lain12.
  • Ensefalitis Jepun (Sarawak sahaja) – Ia adalah flavivirus yang berkait dengan denggi dan disebarkan oleh nyamuk. Ia boleh menyebabkan ensefalitis viral yang boleh membawa simptom antaranya seperti demam, muntah dan sakit gastrousus14.

Apa Penyakit Lain Yang Perlu Diambil Berat Oleh Ibu Bapa

Jika anak dijangkiti penyakit tertentu, komplikasi penyakit berjangkit mungkin boleh terjadi menyebabkan kerosakan kekal kepada hidup mereka.

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Memandangkan komplikasi yang boleh timbul daripada penyakit berbahaya dan berjangkit ini boleh dicegah, ibu bapa juga harus sedar bahawa terdapat pelbagai kaedah pencegahan untuk penyakit-penyakit seperti rotavirus, varicella (cacar air) serta influenza.

Jika kanak-kanak dijangkiti rotavirus, tempoh inkubasi adalah antara 2 hari dan simptom termasuk demam dan muntah, diikuti cirit-birit dan simptom boleh berterusan selama 3-7 hari14.

Chickenpox, atau virus varicella-zoster, biasanya menyerang badan selama 10 hingga 21 hari, bermula dengan demam, kemudian ruam bertukar menjadi lepuh gatal di bahagian belakang, dada, muka dan akhirnya seluruh badan. Ia merebak melalui udara (apabila orang yang dijangkiti batuk atau bersin) atau apabila virus merebak melalui cecair lepuh yang boleh disebarkan melalui sentuhan16.

Jawatankuasa Penasihat CDC mengenai Amalan Imunisasi mengesyorkan vaksinasi influenza untuk diberikan setiap tahun kerana ia boleh membantu mengelakkan selesema yang teruk dan komplikasi yang mungkin bertimbul17.

Ibu bapa, apa yang perlu anda lakukan ialah bertanya kepada doktor tentang langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda.

REFERENCES:

  1. Subramaniam TSS, Hasran NZ, Norhashmimi H, Ulhusna AA. Impact of a measles elimination strategy on measles incidence in Malaysia. The Southeast Asian journal of tropical medicine and public health. 2009;40(4).
  2. Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available From: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/. Last Accessed 19 August 2022.  
  3. National Health Service. Measles. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/measles/. Last Accessed 21 August 2022. 
  4. National Health Service. Mumps. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/measles/. Last Accessed 21 August 2022. 
  5. National Health Service. Mumps- Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/. Last Accessed 21 August 2022.
  6. Mayo Clinic. Mumps. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mumps/symptoms-causes/syc-20375361. Last Accessed 21 August 2022.
  7. World Health Organization. Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last Accessed 20 August 2022.
  8. Mayo Clinic. Tuberculosis. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Last Accessed 20 August 2022. 
  9. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 20 August 2022.
  10. National Health Service Inform. Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 24 August 2022. 
  11. Mayo Clinic. Tetanus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625. Last Accessed 20 August 2022.  
  12. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 24 August 2022.
  13. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last Accessed 20 August 2022.
  14. World Health Organization. Japanese encephalitis. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/japanese-encephalitis. Last Accessed 22 August 2022.
  15. Mayo Clinic. Rotavirus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300. Last Accessed 19 August 2022. 
  16. PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/.  Last Accessed 20 August 2022. 
  17. Centers for Disease Control and Prevention. Influenza (Flu). Available From: https://www.cdc.gov/flu/professionals/vaccination/vax-summary.htm. Last Accessed 20 August 2022.  

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!