Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!

Konjac jelly merupakan makanan ringan yang viral pada masa kini. Namun masih ramai ibu ayah tidak tahu akan bahayanya pada kanak-kanak

Pada zaman moden ini, setiap perkara yang menjadi ‘fyp’ di TikTok akan mencetuskan fenomena dalam kalangan masyarakat. Antaranya ialah makanan viral seperti konjac jelly, gula-gula biji mata ataupun makanan laut yang dimakan secara mentah.

Disebabkan menjadi tular, maka ramailah yang ingin mencuba. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan, hingga ibu ayah tidak sedar ia boleh membahayakan nyawa si kecil.

Konjac jelly bahaya, jadi punca batuk dan sesak nafas

Seorang ibu, Lara Asheikin berkongsikan detik mencemaskan yang dilaluinya selepas anak secara tiba-tiba sukar bernafas selepas mengambil konjac jelly.

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan sahabat yang mendoakan anak saya, Izzul. 

Baru-baru ini dia kena tahan di zon kritikal disebabkan oleh sesak nafas secara tiba-tiba. Izzul tiada demam dan tiada asma.

apa itu konjac

Namun tiba-tiba dia sesak nafas. Rupa-rupanya bila periksa semula, Izzul sesak nafas sebab makan konjac jelly. Makanan ini memang viral dalam kalangan kanak-kanak pada masa ini.

Doktor dan jururawat di Klinik Kesihatan dan Hospital Kuala Lumpur pun beritahu perkara yang sama. Banyak dah kes budak sesak nafas dan ada yang meninggal dunia sebab bahaya konjac jelly ini.

Ia mengandungi bahan terlarang, sukar dihadam dan akan mudah tersangkut di saluran pernafasan kanak-kanak. Saya tidak tahu dan baru tahu bila dah jadi pada Izzul. Jadi pantaulah anak-anak anda semua.

Sekarang ini banyak kedai-kedai runcit menjual konjac jeli. Negara-negara luar sudah banned makanan ringan ini, tapi di Malaysia masih terjual seperti biasa walaupun sudah ada kes maut.

Jadi tolong, tolong pantau anak-anak semua. Jangan bagi mereka makan jeli konjac ini lagi.

Konjac jelly boleh jadi punca kanak-kanak maut

Seorang pengguna TikTok iaitu @miss pharmacist mendakwa makanan ringan konjac jelly tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana ia bersifat sangat kenyal dan menyebabkan ia sukar ditelan.

Dia turut mendakwa Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) selain negara seperti Australia mengharamkan kemasukan bahan makanan berkenaan susulan laporan beberapa kes kematian.

“Bagaimana konjac jelly ini menyebabkan kematian di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa ini adalah disebabkan struktur gelatin yang menyebabkan ia susah ditelan dan dikunyah dan ia juga tidak mudah dilarutkan ketika ia berada di dalam mulut.

konjac jelly

“Ada bukti yang mengatakan konjac jelly ini boleh mengembang di dalam saluran pemakanan kita iaitu esofagus sehingga ke usus kita.

“Risiko untuk kita tercekik konjac jelly ini di usus meningkat apabila kita makan konjac jelly in tanpa (minum) air, kita sedut jelah, bukan kita telan dengan air pun,” jelasnya.

Kenali apa itu konjac

Ahli kimia dan pakar kajian herba, Dr Che Puteh Osman menjelaskan apa itu konjac yang ramai tidak tahu. Konjac merujuk kepada sejenis ubi kepada pokok yang dikenali secara saintifik sebagai Amorphophallus konjac dari keluarga Araceae.

Ubi pokok konjac ini mengandungi polisakarida terdiri dari D-mannose dan D-glukosa yang diikat dengan ikatan beta glukosidik 1->4. Ikatan beta glukosidik ini tidak mudah dicerna oleh enzim di sistem pencernaan kita. Sistem pencernaan kita kekurangan enzim untuk mencerna ikatan beta glukosidik.

Berbeza dengan kanji dari beras yang mengandungi ikatan alfa glukosidik yang mudah dicernakan dan menghasilkan glukosa untuk kegunaan tubuh badan kita.

Ini menjadikan konjac sebagai sumber karbohidrat yang tinggi fiber dan tidak mudah dicernakan kepada glukosa.
Sebab inilah konjac digunakan dalam pembuatan mi, dan makanan ringan. Kandungan fibernya yang tinggi menjadikan makanan berasaskan konjac rendah kalori.

Kesan bahaya pengambilan konjac yang berlebihan

Setiap makanan yang diambil oleh kita tidak semuanya mengandungi kebaikan sepenuhnya. Sama seperti makanan yang lain, konjac juga memberi kesan buruk atau kemudaratan kepada badan jika diambil secara berlebihan.

Beberapa media antarabangsa antaranya Australian Government The Treasury dan melaporkan mengenai kes kematian akibat tercekik konjac jelly.

Manakala The Standard dan Japan Times turut melaporkan mengenai kematian akibat tercekik jeli.

Menurut laman sesawang medicinenet.com, konjac mengandungi rantaian pendek karbohidrat dikenali sebagai FODMAPs atau ‘Fermentable Oligosaccharides, Disaccharides, Monosaccharides, and Polyols’.

Ia boleh menyebabkan penyakit gastrousus iaitu masalah berkaitan pencernaan manusia seperti sakit perut, muntah dan loya, cirit-birit, kesukaran bernafas, kembung perut dan beberapa kesan sampingan lain.

Kanak-kanak dan ibu mengandung elakkan ambil gula-gula konjac 

Mengikut FDA, beberapa produk seperti gula-gula konjac telah menyebabkan kematian dalam kalangan warga emas/orang tua dan kanak-kanak (disebabkan tercekik). Gula-gula konjac mempunyai struktur gelatin yang tidak larut dalam mulut seperti produk gelatin lain.

Risiko menjadi lebih tinggi jika anda:

• Mengambil konjac dalam bentuk tablet/gula-gula (candies)

• Mengambil konjac dalam sebarang bentuk tanpa air

• Warga emas/orang tua

• Mempunyai masalah menelan

Kanak-kanak dan wanita mengandung atau menyusu dinasihatkan untuk tidak mengambil konjac dalam bentuk tablet.

Berhenti mengambil konjac dan dapatkan bantuan perubatan jika anda mempunyai gejala tindak balas alergi seperti:

• kesukaran bernafas
• ruam
• kulit menjadi gatal
• denyutan jantung menjadi laju
• bengkak

Konjac telah terbukti menurunkan tahap gula dalam darah. Ia mungkin memperlahankan penyerapan gula, jadi orang yang menghidap kencing manis harus mengawasi gula darah mereka dengan teliti.

Rujuk doktor anda sebelum menggunakan konjac jika anda mengambil insulin atau ubat diabetes lain.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Budak 4 Tahun Hidap Diabetes, Ambil Minuman Kultur Untuk Rawat Sembelit Hingga Ketagihan

Baca juga: Ibu Ayah Dinasihat Tidak Bawa Anak Bawah 2 Tahun Tengok Wayang, Bahaya Risiko Pendengaran

Baca juga:  Bahaya Bila Anak Tercekik Tulang Ketika Makan, Ibu Ayah WAJIB Lakukan 7 Perkara Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!