Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Sebenarnya kos anak sangat mahal! Anda ada buat perancangan kewangan? Mari ketahui anggaran kos sara anak di Malaysia hari ini.

Kos sara anak 

Baru- baru ini seorang ibu telah berkongsi pecahan kos sara anak dan kos pembelanjaan bulanan setelah bosan mendengar 3 anaknya asyik mengadu tentang situasi kewangan mereka. 

Ibu tunggal tersebut telah memuat naik pecahan kos berbentuk surat itu kepada anak-anaknya di Instagram bersama dengan jumlah duit sokongan yang diterima dari bekas suaminya. 

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Pecahan kos sara anak dan kos pembelanjaan bulanan ibu tersebut. Sumber gambar: TSR

Berikut adalah petikan kata-katanya, untuk memudahkan bacaan:

“‘Oleh sebab kamu tak boleh memandu, saya tidak akan mengenakan bayaran $560 untuk kos kereta dan insurans. Tapi saya bayar $270 supaya kamu ada cahaya lampu pada waktu malam, $100 untuk bayaran gas supaya kamu boleh mandi air panas.”

“Inilah kebenarannya anak-anakku. Pembelanjaan berlaku setiap hari. Walaupun ayah hanya memberi sumbangan sebanyak $600, saya terpaksa mengeluarkan $888 untuk setiap orang anak.” “Saya terpaksa berkerja keras supaya kita boleh hidup dengan selesa. “

Surat itu telah menerima lebih daripada 65,000 ‘like’ dan dibanjiri komen-komen dari orang ramai yang memberi sokongan positif.

Kebanyakkan mereka setuju kanak-kanak perlu faham ia bukan tugas yang senang untuk mendapatkan wang dan ATM tidak akan mengeluarkan wang sesuka hati.

Sebenarnya kos sara anak sangat mahal, cuma anak yang tak tahu

Mari kita tengok senarai kos anak di Malaysia hari ini, termasuk kos kelahiran, kos persekolahan, dan yuran Universiti.

Dari saat ibu hamil:

  Hospital Kerajaan Hospital Swasta
Pemeriksaan Pra-Natal RM0 RM200 setiap temujanji
Kelahiran Biasa RM60 – 2,000 RM3,000 – 6,500
Pembedahan Caesarian  RM100 – 800  RM11,600 – 14,300
Berpantang RM5,000 RM5,000

*Sumber dari pelbagai hospital di seluruh Malaysia

Baca juga:

Kenaikan harga rawatan hospital kerajaan

Kos penjagaan kanak-kanak

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Kos mengupah pembantu rumah adalah satu sebab mengapa kos sara anak semakin tinggi. Sumber gambar: Tribunnews

Kalau anda memilih untuk mengupah pengasuh bayi, sediakan kira-kira RM12,000 setahun.

Tapi, sekiranya anda ingin mengupah pembantu rumah, kosnya boleh mencapai sehingga RM22,400 untuk tahun pertama.

Belum lagi tambah kos perkhidmatan agensi pembantu rumah yang dianggar antara RM8,000 – RM18,000 dan belum tentu lagi ibu bapa akan mendapat pembantu rumah yang baik.

Barang keperluan bayi

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Gambar pautan Google

Apabila bayi anda semakin besar, dia akan memerlukan pelbagai barang keperluan lain: ada yang sekali beli dan ada yang merupakan barang keperluan bulanan.

Contoh barang yang hanya dibeli sekali sahaja: pam payudara, carseat, stroller, katil bayi, kerusi tinggi, dan tab mandian bayi.

Manakala contoh barang bulanan termasuk pakaian, lampin dan susu formula. Semua ini boleh menyebabkan ibu bapa belanja sehingga RM 3,000 sebulan.

Sekolah kerajaan atau swasta?

Kos untuk sekolah pula seperti ini:

  Sekolah kerajaan  Sekolah International/Swasta
Yuran RM0 RM20,000 – RM100,000 
Buku teks percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks 
Seragam dan baju T sekolah RM200 RM210  
Kelab dan PIBG RM50

Kos universiti

Kos Sara Anak: Mengapa Ibu Bapa Selalu Tak Cukup Duit?

Kos universiti luar negara dan kos universiti tempatan jauh berbeza. Sumber gambar: Huffington Post

Bila mereka semakin membesar, mereka akan melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Ibu bapa yang menghantar anak ke negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat atau Australia perlu membayar kira-kira RM 145,000 setiap tahun, bergantung pada jenis kursus, tempoh kursus, kos kehidupan di kawasan itu, perubahan mata wang dan faktor-faktor lain .

Sekiranya ibu bapa lebih suka anak belajar di dalam negara, kos pembelanjaan universiti tempatan dalam lingkungan RM400,000. Ini juga merupakan jumlah yang besar untuk sesetengah keluarga.

***

Bayangkan, jumlah kos pembiayaan untuk satu orang anak di Malaysia terletak di antara RM 400,000 – RM 1.1 juta! Bila anda tengok semua kos anggaran ini, tidak hairanlah mengapa ibu bapa selalu tak cukup duit!

Sumber: Nine, AIA, Free Malaysia Today

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak tidak berwarganegara: “Saya pun nak pakai seragam sekolah”

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!