Projek Kraf Kanak-Kanak: Membuat Kristal Sendiri di Rumah

Hanya dengan beberapa bahan-bahan sahaja, kita boleh membuat perhiasan krital yang bersinar-sinar dan cantik. Cubalah kraf ini di rumah dengan anak anda!

Nak projek kraftangan mudah lagi senang untuk anak? Adakah anda gemarkan kristal? Hanya dengan beberapa bahan-bahan sahaja, kita boleh membuat perhiasan kristal yang bersinar-sinar dan cantik.

Sebenarnya, saya juga sangat suka kraf yang berunsur sains. Ini kerana kanak-kanak boleh belajar sambil membuat kraf yang menarik dan ini boleh mengalakkan sifat ingin tahu.

Mari kita tengok cara untuk membuatnya. Projek kraftangan mudah ini bermula dengan bahan kimia bernama Borax.

Apakah itu Borax?

Borax adalah bahan kimia yang biasa digunakan untuk mencuci. Borax boleh dibeli di kedai-kedai Ace Hardware, di lorong menjual barang pembersihan. Borax juga selalu digunakan sebagai perangsang sabun dobi atau untuk mencuci rumah, seperti dapur dan bilik mandi.

Peringatan: Ya, ia adalah benar Borax sejenis bahan kimia panas yang akan menyebabkan kesan lepuh, tetapi kita tidak akan bersentuhan dengan bahan kimia itu pada bila-bila masa. Hasil projek kraftangan mudah ini adalah perhiasan kristal yang digantung dan bukan barang mainan yang disentuh setiap masa.

Bagaimanakah larutan air dengan Borax boleh mewujudkan kristal?

Borax sebenarnya secara semula jadi adalah bentuk kristal. Borax yang dijual dalam kotak adalah dalam bentuk serbuk. Apabila ia larut dalam air mendidih. ia akan menjadi tepu. Setelah air itu sejuk, larutan Borax tadi akan kembali ke keadaan asal dan meninggalkan bentuk kristal besar.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek kraftangan mudah ini

1 cawan serbuk Borax

2 cawan air mendidih

bekas jar kosong

kayu aiskrim

benang

bahan kraf pembersih paip

pewarna makanan (jika mahu)

Langkah-langkah

#1 Bentukkan kraf pembersih paip mengikut bentuk yang anda suka. Ini beberapa contoh bentuk:

Projek Kraftangan Mudah

#2 Ikat bentuk tadi ke kayu aiskrim dengan benang supaya ia bergantung tanpa menyentuk bawah bekas jar itu.

Projek Kraftangan Mudah

#3 Masukan serbuk Borax ke dalam bekas jar

Projek Kraftangan Mudah

#4 Masukkan air mendidih dan kacau hingga serbuk Borax itu larut. Jaga-jaga! Jangan lupa itu air mendidih!

Projek Kraftangan Mudah

#5 Masukkan bentuk yang diperbuat dari kraf pembersih paip tadi dan celupkan sepenuhnya ke dalam larutan Borax itu. Biarkan untuk sekurang-kurangnya 6 jam ataupun semalaman.

Projek Kraftangan Mudah

#6 Hasil keesokkan harinya:

Projek Kraftangan Mudah Hasil projek kraftangan mudah : Membuat kristal di rumah

Kristal itu sudah menjadi! Tengok bagaimana ia berkilau dan bersinar di bawah lampu! Kanak-kanak pasti sukakannya.

Kami juga mendapati bahawa semakin lama ia ditinggalkan dalam larutan Borax, lebih kristal akan terbentuk. Ini disebabkan kerana apabila air sejat, larutan itu akan menjadi lebih tepu.

Jika anda menggunakan pewarna makanan dengan banyak, warna kristal itu juga akan nampak lebih cerah.

Penghabluran pasti akan berlaku dibawah bekas jar yang digunakan. Tetapi jangan risau, tambahkan air panas ke dalam dan gunakan sudu atau pisau untuk memecahkannya sedikit, demi sedikit. Ia akan larut dalam air panas dan anda hanya perlu tuangkan.

Jangan tak cuba projek kraftangan mudah ini! Saya dan anak-anak seronok betul membuat kristal macam-macam bentuk dan warna di rumah!

Sumber: Chica Circle

Baca juga:

Projek Sukaria Kanak-Kanak: Kraf Haiwan Menggunakan Pinggan Kertas