Walaupun kulit si manja lembut dan halus, ini bukan bererti ia tidak memerlukan perhatian dan penjagaan khusus. Hakikatnya kulit bayi adalah sangat sensitif dan berisiko berdepan pelbagai masalah seperti iritasi, ruam, kemerahan atau ekzema. Ini dia krim bayi terbaik dalam menjamin kulit anak anda bebas dari masalah ekzema.
Buat para ibu, demi menjaga kulit si kecil anda daripada mengalami masalah kering, adalah seeloknya untuk anda memberikan lembapan secukupnya ke atas kulit anak anda dengan menggunakan krim bayi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Tetapi kenapa? Ini kerana, ketika mereka masih berada di dalam rahim anda, bayi diliputi dengan cecair yang dipanggil vernix caseosa. Cecair ini mempunyai fungsi dalam melindungi dan melembapkan kulit bayi. Lapisan perlindungan adalah penting dek kerana kulit bayi adalah 20 ke 30 peratus lebih halus daripada kulit orang dewasa.
Tanpa lapisan pelindung ini, kulit si kecil anda akan mula kering, berkuping dan mengelupas. Sewaktu melalui proses kelahiran, cecair vernix caseosa adalah biasanya akan dilap oleh jururawat selepas dilahirkan ketika mereka membersihkan bayi.
Disebabkan itu, demi memastikan kulit bayi anda tidak kering tanpa segala lapisan pelindung yang penting ini, adalah dengan menggunakan krim bayi. Tetapi sebelum mencari krim bayi, adalah sebaiknya juga anda kenali terlebih dahulu kondisi kulit si comel.
Kenali jenis kulit bayi anda

1# Kulit kering normal
Jika kulit bayi anda kelihatan seakan satu permukaan yang kering, kadang kala anda tidak perlu terlalu risau. Permukaan kering paling atas adalah seakan benteng kulit, dan kulit kering bayi yang mengalami sebahagian kecil masalah berkuping adalah lembap dan sihat.
Apa perlu dilakukan: Adalah penting untuk anda memastikan kulit bayi anda kering yang cukup dan kekalkan minyak pada permukaan kulit si kecil untuk mengelakkan proses penyejatan air dari kulit.
2# Kulit normal
Lembut dan gebu, di mana kulitnya tidak menunjukkan sebarang variasi jelas dalam perbezaan rona atau tekstur.
Apa perlu dilakukan: Perkara penting dalam penjagaan kulit normal adalah dengan mengelakkan kulit daripada menjadi kering dan iritasi. Penggunaan produk berasaskan minyak sewaktu atau selepas mandi, atau ketika menukar lampin dapat membantu mengekalkan lembapan semula jadi ini.
3# Kulit Sensitif
Bayi dengan kondisi kulit sensitif boleh menghasilkan satu variasi simptom.
Terdapat pelbagai jenis masalah kulit iritasi yang berbeza-beza seperti ekzema, iaitu ruam kemerahan yang gatal dan boleh timbul pada kulit wajah bayi, serta ruam lampin, yang mana dermatitis yang menyebabkan kesan kulit merah terang di sekitar kawasan lampin.
Apa perlu dilakukan: Penggunaan krim bayi sensitif dapat membantu mengelakkan simptom ini. Namun, jika masalah ekzema pada kulit bayi menjadi teruk, sebaiknya anda membawanya terus ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan doktor atau pakar.
Bagi mereka yang menjadi ibu bapa buat kali pertama, ia adalah normal sekiranya anda berasa was-was dan keliru dalam memilih rawatan yang sesuai memandangkan banyaknya jenis dan jenama krim bayi dijual secara atas talian mahupun farmasi.
Jadi sebelum membeli mana-mana krim bayi pilihan, cuba lihat beberapa tips di bawah ini:
Tips memilih krim bayi terbaik buat bayi anda

1. pH Balanced
“pH balanced" biasanya ditulis di atas produk penjagaan kulit bayi. Tambah lagi, skala pH adalah bertujuan untuk mengukur tahap asidik/alkali pada cecair tersebut.
- pH1 – pH6, menunjukkan krim bayi adalah asidik
- pH8 – pH14, menunjukkan krim bayi adalah alkali
- pH neutral atau pH7, menunjukkan yang krim bayi adalah tidak berasid/alkali
Adalah penting untuk para ibu melihat pada tahap PH pada produk penjagaan bayi, kerana permukaan kulit bayi meningkat dari pH neutral – pH5.5.
Mantel asid melindungi kulit bayi dan justeru itu adalah penting untuk memilih krim bayi yang dekat dengan tahap pH kulit bayi.
Banyak produk penjagaan kulit tidak pernah menyatakan tentang tahap pH mereka yang sebenarnya dan hanya menggunakan terma seakan ultra-mild atau mild. Walau bagaimanapun, terma sebegitu tidak menggambarkan tahap pH seimbang/ pH neutral.
2. Fahami keperluan bayi
Seorang ibu yang baru atau pertama kali bergelar ibu pastinya mempunyai terlalu banyak persoalan atau perkara yang mereka tidak tahu tentang bayi mereka.
Persoalan yang biasanya timbul pada para ibu yang baru melahirkan adalah adakah kulitnya sihat? Matanya bertukar rona hitam atau coklat? Berapa jam bayi saya patut tidur? Adakah bayi saya akan memberi tindak balas pada pewangi, pewarna atau kandungan di dalam produk bayi?
Jadi, adalah seeloknya untuk anda kenal dan pelajari setiap apa yang bayi anda perlukan dari segi penjagaan kulitnya.
3. Semak senarai bahan kandungan
Sentiasa pelajari dan fahami akan senarai bahan-bahan yang terkandung di dalam produk penjagaan kulit bayi. Kulit bayi adalah amat halus dan memerlukan penjagaan yang lebih ketika memilih krim bayi.
Jangan lupa untuk pastikan krim bayi yang hypoallergenic dan mempunyai tahap pH 5.5 untuk mengelakkan daripada reaksi alergi atau infeksi pada kulit.
7 Krim Terbaik Merawat Masalah Ekzema Pada Kulit Bayi
7 Krim Terbaik Merawat Masalah Ekzema Pada Kulit Bayi
Aveeno Baby Eczema Therapy Nighttime Balm
Krim Ekzema Bayi Terbaik Mencegah Kulit Kering

Direka dengan Colloidal Oatmeal semula jadi yang menjadi pelindung kulit dengan gabungan ceramide bertujuan untuk membantu menguatkan benteng pelindungan kulit serta mencegah akan terjadinya masalah kulit lebih kering berikutan ekzema.
- Bebas dari paraben, pewangi, steroid, phthalates, dan phenoxyethanol
- Ia dihasilkan dengan formula yang disarankan oleh pakar pediatrik
- Dicipta untuk penggunaan pada waktu malam sebelum tidur, dijamin melembap dengan sempurna untuk memberikan kelegaan sepanjang malam buat si kecil
- Cukup lembut untuk kegunaan setiap hari pada kulit bayi yang sensitif
- Adalah yang pertama dan satu-satunya balsem kulit waktu malam yang diformulasikan dengen Colloidal Oatmeal.
- Balsem terapi ekzema ini telah dianugerahkan dengan National Eczema Association Seal of Approval dan secara efektif melembap dan menyenangkan kulit, sekaligus memberikan tidur malam si comel yang terindah bebas dari masalah rengsa akibat ekzema.
Cara penggunaan:
Sapukan pelembap AVEENO Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream untuk melembap kulit (lebih kurang 3 minit selepas mandi). Oles rata ubatan yang disyorkan doktor terlebih dahulu dan kemudian sapukan pelembap ini sejurusnya.
Sebamed Baby Cream Extra Soft
Krim Ekzema Bayi Terbaik Ekstra Lembut

Menawarkan pelindungan intensif untuk kulit bayi yang halus. Ia melindung daripada pengaruh persekitaran yang berbahaya serta membentuk filem pelindung daripada masalah kekeringan dan kerengsaan.
Ia mudah untuk digunakan dan menyerap dengan lebih pantas, mempunyai tahap pH 5.5 buat kulit yang sihat. Malah ia juga telah terbukti secara klinikal untuk mempromosikan pengembangan mantel asid pelindung semula jadi kulit.
- Tiada tambahan wanna
- Emulsi air dalam minyak
- Mudah untuk dioles dan serta merta penyerapan ke dalam kulit
- Menyatukan ketahanan kulit halus bayi
- Penjagaan yang lebih lembut dan pelindungan intensif untuk kulit bayi yang halus
- Bebas daripada sebatian nitro-mochas, formaldehyde, nitrosamines, dioxan
- Lindungi kulit daripada pengaruh merbahaya dengan formula 42 peratus lipid
- Kaya dengan pathenol, allantoin dan ekstrak bunga Chamomile, melembap dan pelindungan yang kompleks melembut dan menjana semula kulit rengsa
- Telah diuji secara klinikal dan dermatologi
Cara penggunaan:
Sapu di bahagian kulit bermasalah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Hanya gunakan amaun yang secukupnya untuk kulit menyerap sempurna. Gunakan Sebamed Baby Cream Extra Soft lebih kerap jika bayi anda dalam proses merangkak nutuk merawat stress pada kawasan lutut, kaki dan siku.
Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream
Krim Ekzema Bayi Terbaik Untuk Minor Kulit Rengsa

Ia telah terbukti secara klinikal melegakan masalah minor kulit rengsa, dan kekeringan akibat dari ekzema. Ia sesuai untuk kegunaan di kalangan kanak-kanak dan bayi berusia 3 bulan dan ke atas.
Empat daripada lima kanak-kanak kekal bebas dari iritasi selama 6 bulan ketika menggunakan Eucerin.
- Kaya dengan Colloidal Oatmeal (pelindung kulit), ceramide-3, dan ekstrak akar licorice
- Menjamin hidrasi secukupnya selama 24 jam
- Baik untuk kegunaan harian untuk masalah kulit ekzema yang teruk
- Disarankan oleh pakar pediatrik
- Pelembap kulit OTC
- Jenama yang disyorkan oleh pakar dermatologi
- Bebas pewangi, pewarna dan steroid
- Sesuai untuk masalah ekzema ringan hingga sederhana
Cara penggunaan:
Sapu amaun yang diperlukan atau seperti mana yang dinasihatkan doktor. Untuk kanak-kanak di bawah usia 3 tahun: rujuk doktor. Elak dari termasuk ke dalam mata.
BabyOrganix Nature First Aid Cream
Krim Ekzema Bayi Terbaik Berasaskan Semula Jadi

Direka untuk membantu dalam merawat dan mengawal hampir semua kondisi berkaitan dengan penyakit dan masalah kulit. Nature First Aid Cream ini dikatakan satu produk semula jadi yang mempunyai deria kata yang paling tepat.
Berpegang pada kepercayaan yang mana khazanah alam semula jadi menjadi penawar, disebabkan itu ia hanya menggunakan bahan-bahan yang simple, natural dan tinggi kualitinya, menjadikan ia mesra alam dan krim first aid antiseptik yang organik.
- Diformulasikan istimewa dengan Organic Calendula Oil
- Produk berasaskan tumbuhan antioksidan yang melindung sel daripada rosak, menyembuh luka dan melegakan kulit, segalanya dalam satu balang
- Ia melega dan memberikan lembapan untuk memberikan keanjalan dan keserian semula jadi kulit
- Inovasi penyembuh istimewa dan krim calendula ini merawat hampir semua jenis kondisi kulit seperti: ekzema, melecur, kulit merekah, luka, dan banyak lagi
- Juga hebat dalam merawat seborrheic dermatitis (ruam di bahagian mahkota kepala bayi), dermatitis, kulit kering, kulit merekah, pelbagai jenis masalah melecur, luka, lebam dan banyak lagi
- Tidak mengandungi steroid dan bahan kimia lain yang berat
Cara penggunaan:
Oles lembut First Aid Cream ke atas kulit bayi untuk mengekalkan lembapan kulit secara menyeluruh
CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion
Krim Ekzema Bayi Terbaik Dalam Menjaga Kulit Sensitif

Jenama produk penjagaan kulit wajah nombor 1 yang disyorkan pakar dermatologi dan pediatrik, dan boleh dikatakan dipercayai oleh ramai ibu bapa dalam menjaga kulit sensitif anak mereka.
- CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion dengan colloidal oatmeal dan shea butter yang melegakan untuk menyuburkan kulit rengsa pada bayi anda.
- Pelembap ini melembut, menghidrat dan membantu mengekalkan kelembapan secukupnya, jadi kulit kekal lembut
- Ia telah terbukti secara klinikal dalam melegakan kulit kering, kerengsaan, gegatal yang berpunca daripada Eczema
- Dicipta hypoallergenic dan mengandungi bahan-bahan yang lembut pada kulit, bebas pewangi, paraben, pewarna dan minyak mineral.
- Telah diuji oleh pakar dermatologi untuk memberikan kulit bayi satu permulaan yang sihat selayaknya dan membuat persediaan untuk sentuhan terbaik sepanjang hayat
- Pelembap bayi dari CETAPHIL ini memastikan kulit kekal sihat dan terlindung sepanjang hari
- Disahkan oleh National Eczema Association sebagai produk pelembap yang lembut untuk kondisi kulit ekzema
Cara penggunaan:
Selepas mandi, sapu lembut satu lapisan krim CETAPHIL Baby Eczema Calming lotion untuk memperbaharui fungsi benteng kulit dan membantu mengekal lembapan kulit bayi.
Dermalex Baby Eczema Treatment Cream
Krim Ekzema Bayi Terbaik Untuk Merawat Kondisi Ringan Ke Sederhana

Krim yang tidak berminyak ini telah terbukti secara klinikal untuk melembap kulit secara menyeluruh sementara mengisi semula tahap lembapan. Ia juga menyokong membaik pulih mekanisme kulit untuk menguat dan mengembalikan pelindung kulit, menjadikannya jauh lebih kuat, lembut dan anjal.
- Terbukti secara saintifik dalam merawat simptom Atopic Eczema dari kondisi ringan ke sederhana di kalangan bayi dan kanak-kanak
- Melegakan kulit gatal, kulit kering, tompok merah dan kulit berkuping untuk bayi dan kanak-kanak dari usia 8 minggu
- Bebas steroid
- Sesuai untuk kegunaan jangka panjang
- Selamat digunakan di atas kulit wajah
Cara penggunaan:
Hanya perlukan sapuan sekali lapisan ke atas kulit bermasalah. Ulang aplikasi sebanyak 2 ke 3 kali setiap hari (atau selepas mandi, atau mencuci tangan).
CeraVe Baby Moisturizing Cream
Krim Ekzema Bayi Terbaik Melindung Dan Mengekal Benteng Kulit Mulus Bayi

Krim pelembap yang diformulasikan dengan bahan seperti ceramide dan vitamin adalah kunci dalam memastikan kulit sensitif bayi kekal seimbang dan sihat.
- Direka oleh pediatik dan dermatologi agar lembut di atas kulit halus bayi
- Membantu mengelakkan kulit kering
- Krim yang lembut dan kaya ini dicipta dengan Dimethicone untuk melindungi dan membantu melegakan kulit merekah dan Hyaluronic Acid untuk mengekalkan kelembapan semula jadi kulit serta memberikan hidrasi berpanjangan sepanjang hari
- Ceramide ditemui secara semula jadi di dalam kulit dan menambah lebi 50% lipid di dalam benteng kulit.
- Kesemua produk CeraVe diformulasikan dengan tiga ceramide penting (1, 3, 6-II) untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan benteng pelindung semula jadi kulit
- Bebas paraben, phthalates, pewarna dan pewangi
- Diterima oleh National Eczema Association
- Sesuai untuk masalah kulit ekzema pada bayi dan kanak-kanak
- Melembap sehingga 24 jam
Cara penggunaan:
Sapukan CeraVe Baby Moisturing Cream yang diperlukan. Boleh digunakan pada kulit kering, berkuping, atau merekah
Perbandingan Harga
Produk |
Isipadu kandungan |
Harga Pasaran (RM) |
Harga/g/ml (RM) |
1. Aveeno Baby Eczema Therapy Nighttime Balm |
156g |
95.90 |
0.61 |
2. Sebamed Baby Cream Extra Soft |
50ml |
12.80 |
0.30 |
3. Eucerin Baby Eczema Relief Body Cream |
148ml |
39.80 |
0.27 |
4. BabyOrganix Nature First Aid Cream |
30g |
29.90 |
1.00 |
5. CETAPHIL Baby Eczema Calming Lotion |
148ml |
89 |
0.60 |
6. Dermalex Baby Eczema Treatment Cream |
30g |
43.20 |
1.44 |
7. CeraVe Baby Moisturising Cream |
148ml |
65 |
0.44 |
Tips Penjagaan Bayi Yang Mengalami Ekzema

1. Pastikan bayi dalam persekitaran yang tenang dingin dan tidak panas
Mengekalkan suhu bilik yang dingin sewaktu tidur adalah penting demi memastikan bayi anda tidak berpeluh ketika tidur sekali mengelak dari masalah ekzema menjadi lebih teruk serta sekaligus mengelak tabiat menggaru.
2. Hentikan tabiat menggaru
Bahkan jika tersalah garu juga kulit boleh menjadi semakin gatal, anda perlu memastikan yang kuku si comel sentiasa pendek dan lembut permukaannya. Jika dia menggaru pada waktu malam, pakaikannya sarung tangan atau stokin tangan untuk mengehadkan lebih banyak kecelaan pada kulitnya.
3. Pilih fabrik lembut
Elak menggunakan fabrik renda dan bulu biri, sebaliknya pilih material yang lembut, breathable, seperti kapas.
Jika pakaian juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi anda, mungkin anda juga patut mengendalikan semula rutin cucian anda. Cuba tukar sabun pencuci pakaian, atau kurangkan penggunaan pelembut fabrik.
Buat eksperimen – kerada ada sesetengah bayi yang tidak mempunyai masalah gatal pabila tidak menggunakan pelembut pakaian.
4. Berikan lebih penjagaan dalam rutin penjagaan kulitnya
Pastikan kulit si comel sentiasa dioles dengan pelembap atau krim bayi yang kami sarankan di bawah. Ia penting untuk anda mencari rawatan yang terbaik buatnya.
Melakukan ujian alergi untuk mengenal pasti apa yang menjadi punca ekzemanya muncul juga membantu dalam menyelesaikan masalah kulit ini.
Jadi, bagi memudahkan anda membuat pilihan tepat, kami kongsikan beberapa krim untuk bayi yang sering menjadi hot selling dan pilihan ramai ibu di Malaysia.
Semak sahaja di sini, nanti tidaklah anda perlu keluar rumah atau menghabiskan banyak waktu untuk ‘jelajah’ setiap farmasi bagi membuat perbandingan harga!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Warna Kulit Bayi Baru Lahir Jadi Gelap Walaupun Asalnya Putih? Ini Sebabnya
Baca juga: 4 Cara Penting Untuk Menjaga Dan Melindungi Kulit Bayi Yang Lembut
Baca juga: 6 Petua Atasi Ruam Susu Yang Berkesan Untuk Kulit Bayi Selembut Sutera