Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

lead image

Soalan yang paling biasa ditanya oleh ibu menyusu adalah sama ada nutrien dari makanan ibu, boleh memberi kesan kepada susu ibu

Soalan yang paling biasa ditanya oleh ibu menyusu adalah sama ada nutrien dari makanan ibu, boleh memberi kesan kepada susu ibu. 

Jawapannya ya, kerana susu ibu dihasilkan daripada gabungan protein, lemak, vitamin dan karbohidrat dari badan ibu. Kualiti susu ibu secara umumnya adalah sama. Yang paling penting, ibu menyusu perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Tetapi terdapat beberapa jenis makanan dan minuman, jika diambil dalam kuantiti yang banyak, boleh menjejaskan bayi.

Kopi dan Alkohol

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/coffee.jpg Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

sumber : Etsy

Untuk ibu-ibu yang gemar minum kopi, jangan risau. Kopi yang diminum dalam kuantiti yang sederhana sebenarnya selamat. Begitu juga dengan pengambilan alkohol yang terhad, terutamanya untuk ibu-ibu cina yang makan makanan yang beralkohol semasa berpantang.

Ibu perlu mengambil kira usia bayi ketika mengambil kafein atau alkohol  – kauntiti yang diambil bergantung kepada usia bayi mereka. Jika bayi masih muda, maka kuantiti yang diambil haruslah kurang juga.

Kuantiti yang selamat:

  • kafein: 2-3 cawan setiap hari.
  • Alkohol: 0.5 g alkohol untuk setiap kg jumlah berat badan ibu.

Jangan lupa bahawa kafein boleh berkumpul di dalam badan anak. Makanan seperti coklat, teh dan minuman berkarbonat, semua mengandungi kafein dan perlu dikira juga. Macam leceh kan, kalau nak kira semuanya?

Jadi saya telah memutuskan untuk tidak minum kopi dan alcohol untuk tahun pertama. Memang ada masanya saya akan curi-curi minum sedikit kopi dari cawan suami saya.

Tetapi kalau ibu ingin mengurangkan kesan alkohol dan kafein pada bayi, anda bolehlah minum selepas menyusukan bayi ataupun menyusukan bayi selepas tempoh dua jam atau lebih.

Makanan yang pedas dan berminyak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/Chef Lagenda 08.jpg Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

Sebenarnya tiada kajian yang boleh membuktikan bahawa makanan yang pedas dan berminyak boleh mempengaruhi susu ibu. 

Kebanyakan masanya, punca mengapa bayi sakit colic atau perut bergas, disebabkan posisi penyusuan yang tidak baik dan cara bayi menghisap.

Ibu menyusu tidak perlu mengecualikan makanan tertentu daripada pemakanan mereka kecuali diarahkan berbuat demikian oleh doktor atau pakar perubatan.

Makanan kuning dan penyakit kuning

Makanan kuning tiada hubungan langsung dengan penyakit kuning atau Jaundis. Penyakit kuning berlaku kerana darah bayi mengandungi bilirubin yang berlebihan.

Bilirubin adalah bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian sel darah merah di dalam hati. Bayi yang baru dilahirkan akan mempunyai sel darah merah tambahan dan disebabkan hati mereka yang masih kecil ia tidak boleh memetabolismekan bilirubin dengan cekap.

Sebaliknya, ibu digalakkan untuk menyusukan bayi supaya ini boleh meningkatkan sistem pencernaan mereka dan membantu mengeluarkan bilirubin dari badan.

Bolehkah susu menambahkan susu ibu?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/milk.jpg Adakah Pemakanan Mempengaruhi Kualiti Susu Ibu?

sumber: livestrong

Tidak. Dengan meminum susu, ini tidak akan menambahkan susu ibu. Untuk menambah penghasilan susu badan, lebih baik kalau ibu amalkan:

  • Menyusu dengan lebih kerap,
  • Menyusu secara on-demand,
  • Menyusu untuk tempoh masa yang lebih lama sehingga bayi kenyang.
  • Menyusu dari satu payudara sehingga ia kosong, sebelum tukar ke payudara lain.

Adakah ibu vegan boleh memberikan nutrisi yang secukupnya kepada bayi?

Secara am, ibu yang hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja, boleh membekalkan bayi dengan semua nutrien yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai pemakanan tanpa protein haiwan mungkin memerlukan DHA dan suplemen vitamin B12, atau makanan yang diperkayakan dengan DHA atau B12.

Kedua-dua zat ini adalah komponen yang penting dalam pembesaran bayi yang sihat. Kekurangan zat-zat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan dan dalam kes teruk, boleh membawa maut.

Jika anda ibu vegan, dapatkan nasihat doktor, pakar pemakanan atau pakar diet untuk memastikan anak anda dan diri sendiri mempunyai nutrisi yang secukupnya,

 

Sumber: The Star