Pasangan Kuat CEMBURU? Ini Cara Anda Buat Dia Lebih Secure, Tak Fikir Bukan-Bukan!

Tahukah anda, kuat cemburu adalah salah satu toksik dalam hubungan perkahwinan. Kawal cemburu anda jika tidak mahu ia meruntuhkan masjid yang anda bina.

Ada yang ata cemburu tanda sayang. Tapi kalau pasangan kuat cemburu susah juga. Semua perkara nak buat bagaikan terbatas kerana ada yang cemburu.

Malah sikap kuat cemburu ini juga kadang kala mendatangkan bencana kerana ada kes yang hingga sanggup membunuh hanya kerana kuat cemburu.

Salah faham sering juga terjadi jika pasangan terlalu kuat cemburu, kadang kala ia adalah faktor penyebab yang meruntuhkan institusi rumah tangga.

Baca juga: 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

Kuat cemburu toksik dalam hubungan suami isteri

kuat cemburu

Kredit: pronzeny.cz

Kuat cemburu ini jika berterusan dan tidak dikawal boleh jadi toksik dalam hubungan suami isteri dan juga boleh memberi impak negatif kepada rumah tangga.

Boleh cemburu, tetapi berpadalah jangan hingga buat pasangan bosan.

Kami kongsikan kali ini, cara mengatasi rasa kua cemburu untuk mengekalkan perhubungan suami isteri yang harmoni dan berkekalan.

#1. Jangan terbawa-bawa dengan situasi

Jika anda miliki pasangan kuat cembur, jangan terbawa-bawa dengan situasi. Pada mulanya anda mungkin merasakan yang dia ambil berat tentang anda.

Tetapi apabila makin lama dia bertanya anda mungkin merasakan yang dia seperti mahu menyiasat apa yang anda lakukan dan sebagainya. Malah lebih teruk lagi jika dia mahu anda melaporkan segala gerak langkah anda.

Jika anda terbawa-bawa dengan situasi ini, anda hanya akan ‘karam’ bersama perasaan cemburu pasangan anda itu. Jangan karam bersama atau cuba menyakitkan hatinya.

Bawa perbincangan dan penerangan ke arah lebih baik supaya dia memahami situasi anda yang sebenarnya. 

#2. Belajar terima pasangan

Belajar terima bahawa pasangan anda bukan sengaja buat anda cemburu. Mungkin dia ada perkara penting yang perlu dibuat atau dibincangkan.

Tetapi harus diingat, masalah rumah tangga bukan sesuatu yang harus dibicangkan atau diluahkan kepada mereka yang berlainan jantina tidak kira atas dasar kawan atau sebaliknya.

Jika anda sayangkan rumah tangga, dapatkan nasihat daripada yang sepatutnya.

#3. Guna peluang yang ada untuk bina keyakinan si dia

Mungkin dia cemburu sebab anda pernah buat sesuatu yang mengguris hatinya. Cuba raih balik kepercayaannya dan buat dia lebih yakin dengan anda.

Jangan buat sesuatu yang akan meruntuhkan kepercayaan yang diberikannya kepada anda. Menyesal di kemudian hari nanti ya!

#4. Elak jalin hubungan mesra dengan berlainan jantina

Dah tahu pasangan kuat cemburu, elak jalin hubungan mesra dengan individu yang berlainan jantina. Jaga batas pergaulan anda dan jangan cuba wujudkan perkara yang boleh buat si dia cemburu.

Jangan cuba-cuba untuk berlakon mesra dengan orang lain semata-mata untu mengujinya atau buat dia sakit hari. Tiada gunanya kerana ia akhirnya mungkin akan meruntuhkan rumah tangga anda.

#5. Berterus terang, bicara bersemuka dengan pasangan

Cuba berbicara bersemuka dengan pasangan untuk mengetahui apa sebenarnya yang buat dia cemburu. Tindakan apa yang kita lakukan yang membuatkannya cemburu.

Bertanyalah dengan baik dan berbincang sebaiknya. Dengar dulu penjelasannya kepada dia rasa cemburu yang amat sangat hingga menyebabkan anda tidak selesa.

Tanyakan juga padanya apa yang dia tidak selesa dengan perkara yang anda lakukan supaya anda boleh perbaikinya. 

#6. Dapatkan sesi kaunseling

Jika segala perkara sudah anda buat, tetapi pasangan masih kuat cembur, ada baiknya untuk anda dan pasangan dapatkan sesi kaunseling daripada mereka yang pakar.

Dapatkan nasihat daripada pihak ketiga yang pakar dalam menyelesaika permasalahan rumah tangga. Jangan pergi kepada pihak yang tidak pakar kerana ia hanya akan menambah keruh dalam rumah tangga anda.

#7. Belajar terima kenyataan bahawa cemburu itu masalah sendiri

Belajar terima kenyataan bahawa masalah cemburu itu masalah diri sendiri dan menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk mengatasinya bukan orang lain.

Perasaan anda andalah yang harus mengawalnya. Tidak ada orang lain yang boleh membuatkan anda merasa cemburu kecuali diri anda sendiri. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: redaksi

Baca juga: 7 Tip Rumah Tangga Bahagia – Jadikan Rumah Anda Syurga Dunia!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!