Resepi kuih tepung pelita hanya guna 3 bahan utama saja; masih sempat nak cuba!

lead image

Kuih tepung pelita antara juadah wajib ada atas meja makan sewaktu berbuka, anda pula bagaimana? Apa menu wajib perlu ada tiap kali berbuka puasa?

Asal masuk saja bulan puasa, kita pasti membayangkan keenakan juadah di bazar Ramadan. Walaupun sekarang ini tengah tular kuih kubau guling, tapi kuih tepung pelita tetap menjadi kesukaan dan pujaan ramai. Anda tahu tak resepi tepung pelita ini?

Keenakan kuih tepung pelita boleh kita rasai pada kepekatan dan kemanisan kuih ini. Biasanya, ia dijual dalam kotak kecil yang diperbuat dari daun pisang.

Atau nak lebih senang ada juga yang letak dalam bekas kecil. Ia terpulang pada citarasa masing-masing. 

Kalau di tempat saya, ia dijual dengan harga RM3 dan anda boleh dapat 6 biji kuih tepung pelita. Memang cukup berselera kalau dapat makan kuih ini. Memang tak pandang tempat lain dah! Hehe. 

Walaupun lagi berapa hari bulan puasa akan habis, tapi rasanya belum terlambat untuk anda cuba resepi kuih tepung pelita ini, kot kan?

Tapi sebelum itu, tengok di dapur anda ada tak tiga bahan ini iaitu tepung beras, daun pandan dan santan? Kalau ada memang cun sangat nak buat resepi tepung pelita ini.

Resepi tepung pelita  

Bahan-bahan lapisan hijau: 

1/2 cawan tepung beras 

Secubit kapur makan 

2 cawan air daun pandan 

Cara-cara membuat: 

1.Kisar 4 ke 5 helai daun pandan untuk dijadikan air. Campur ke semua bahan untuk lapisan hijau. Selepas itu, panaskan pengukus hingga air mendidih.
 
resepi tepung pelita, kuih tepung pelita, tepung pelita, resepi kuih tepung pelita, kuih, kuih muih, tiga bahan kuih tepung pelita, juadah tepung pelita, juadah di bulan puasa, juadah berbuka puasa

Kredit gambar: Azie Kitchen

 
2. Susun bekas daun pisang dalam pengukus. Isikan satu sudu kecil gula dalam setiap bekas. Kemudian tuangkan campuran tadi sebanyak 1/3 penuh. 
 
resepi tepung pelita, kuih tepung pelita, tepung pelita, resepi kuih tepung pelita, kuih, kuih muih, tiga bahan kuih tepung pelita, juadah tepung pelita, juadah di bulan puasa, juadah berbuka puasa

Kredit gambar: Azie Kitchen

 
3. Kukus selama 15 minit. Setelah masak, tuangkan adunan lapisan atas iaitu…

Bahan-bahan lapisan atas santan

1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan santan 
Secubit garam

Cara cara membuat: 

1. Satukan semua bahan dan masak atas dapur sambil dikacau hingga mengeluarkan wap. Tuang ke atas lapisan hijau tadi dan kukus dalam 10 minit. 
resepi tepung pelita, kuih tepung pelita, tepung pelita, resepi kuih tepung pelita, kuih, kuih muih, tiga bahan kuih tepung pelita, juadah tepung pelita, juadah di bulan puasa, juadah berbuka puasa

Kredit gambar: Azie Kitchen

 
Resepi tepung pelita siap untuk dinikmati.
 
Jangan lupa kongsikan resepi tepung pelita ini dengan kawan-kawan lain dan selamat mencuba! 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Foto: Traveloka, Koleksi resepi emak dan Azie Kitchen 
 
Baca juga