X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja

5 min bacaan
Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja

Memang biasa terjadi kulit anak kecil sensitif dan gatal-gatal. Tetapi jika mahu sapu krim, pastikan anda dapatkan nasihat doktor dulu.

Kulit anak gatal, anda sapu krim, tapi bila ditanya tak tahu krim apa. "Ada orang suruh cuba, saya pun cuba". Begitulah jawapan yang sering diterima daripada ibu bapa bila ditanya krim apa yang disapu pada kulit anak.

Mereka mungkin terlalu percaya yang ia sesuai untuk kulit orang lain, tetapi ada kemungkinan besar tidak sesuai dengan kulit anak mereka. Dah tak pasal-pasal jadi lebih teruk kulit anak.

Tahukah anda pelbagai jenis krim di pasaran dikhaskan untuk sesetengah penyakit dan sekiranya berlaku kegatalan atau iritasi pada kulit, adalah lebih baik anda dapatkan nasihat doktor dan elakkan membeli terus di farmasi tanpa dapatkan nasihat doktor.

Kulit anak bukan bahan eksperimen, anda wajib tahu jenis krim yang disapu

Kulit anak

Menurut Dr Khairiul Faizie, ubat krim yang biasa dapat jika pergi mendapatkan rawatan doktor ada kegunaan khasnya bagi setiap jangkitan yang berlaku.

Katanya, jangan sewenang-wenangnya pergi beli di farmasi sebarang jenis krim tanpa dapatkan nasihat doktor dulu. Anda wajib tahu apa yang anda sapu pada kulit anda atau anak sekalipun.

6 jenis krim

Kulit anak

#1. Steroid cream

Secara umum nya digunakan utk merawat keradangan ( inflammation) pada kulit. Contoh paling tipikal utk merawat eczema.

Bagaimana nak tahu steroid cream? Perhatikan nama saintifik cream itu ( bukan brand name). Nama saintifik nya berakhir dengan " SONE". Contoh:
- Hydrocortisone - Clobetasone - Mometasone - Fluticasone - Betamethasone.

Krim steroid ada kelasnya dari yang paling power kepada yang paling kurang power. Tidak boleh sebarang sapu saja tanpa tahu kelasnya kerana ada yang kadar potency tinggi dan tidak sesuai di sapu di kawasan sensitif seperti kulit mula kerana kawasan itu akan menipis dan terdapat komplikasi. 

Kesan jika gunakan krim steroid terlalu lalu akan membuatkan kulit menipis, hilang pigmen, kulit akan menjadi alah pada krim yang disapu, meninggikan risiko jangkitan. 

#2. Anti fungal cream

Digunakan untuk merawat jangkitan fungus ( kulat). Jangkitan kulat ni org Melayu panggil kurap / kulat air. Panau itu pun sebenarnya ialah jangkitan kulat.

Bagaimana nak kenal anti fungal cream? Perhatikan nama saintifik cream itu, berakhir dengan "ZOLE". Contoh: - Miconazole - Clotrimazole - Econazole - Ketoconazole - Fluconazole

Ada lagi satu jenis anti fungal krim yg nama saintifiknya Terbinafine ( brand name Lamisil).

#3. Antibiotic cream

Digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada kulit. Ada pelbagai jenis jangkitan bakteria, dan pelbagai rupanya. Bagaimana nak kenal antibiotic krim? Perhatikan nama saintifik cream itu, kebanyakkan nya berakhir dengan " IN" Contohnya:
- Gentamicin - Fucidin - Neomycin - Mupirocin

#4. Combination of cream

Krim dalam jenis keempat ini, ialah kombinasi antara 3 jenis krim di atas. Contoh kombinasi yg biasa kita jumpa:

- Steroid cream + antibiotic cream
- Antifungal cream + steroid cream.

Bila kita perlu guna krim 2 in 1 ini? Atau kadang kala , ada yg 3 in 1 ( kombinasi antibiotic + steroid + anti fungal)

Bila ada komplikasi dari jangkitan asal. Contohnya kita kena kurap ( fungal infection). Kita garu dan garu, punya syiok garu sampai luka kulit. Kuku kita bukan sterile, bawah kuku banyak bakteria. Lepas seminggu kurap kita luka, kurap kita dapat jangkitan bakteria. So dlm kes ini kita guna krim anti fungal + antibiotic /steroid.

Ataupun kita ada eczema yg kronik. Garu punya garu sampai luka, lepas tu infected. Jadi kena sapu krim steroid + antibiotic.

#5. Anti viral cream

Krim jenis ini utk jangkitan virus. Paling mudah nak faham, kalau kena chicken pox atau kayap. Kedua dua penyakit ni disebabkan jangkitan virus. Selain kena ambik ubat oral, sapuan krim anti virus pun perlu.

#6. Moisturising cream

Krim ini sangat sangat penting. Walaupun ia hanyalah krim pelembab, namun ia memainkan peranan penting dalam rawatan. Contoh paling klasik ialah pesakit chronic eczema.

Kulit pesakit eczema akan kering. Kering sebab cycle penyakit itu sendiri, kering sebab kesan sapu ubat steroid. Kulit yg kering akan menjadi gatal. Jadinya, perlu sapu krim pelembab setiap hari.

Krim pelembab boleh di sapu setiap hari utk tempoh yang lama. Disarankan utk mereka yg ada eczema, sapulah krim pelembab setiap malam sebelum tidur..

Stories Rakan Kongsi
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
How Environment Influences Child Personality
How Environment Influences Child Personality
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
SuperPark Malaysia: Your kids’ new dream destination for play in Kuala Lumpur
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast

Untuk kulit yg super sensitive juga, disarankan untuk jangan lap badan terlalu kuat dengan tuala. Tinggalkan sikit basah-basah atau kelembapan pada kawasan kulit terlibat, dan lepas tu sapu krim pelembab uuntukmaintain kelembapan di kawasan itu

'Krim' ada pelbagai peringkat

Kulit anak

Katanya, memang kita biasanya panggil 'krim' untuk semua jenis sapuan. Krim ini sebenarnya disediakan oleh syarikat ubat dalam beberapa persediaan atau preparation. Memang kita biasa panggil krim, tetapi ada beberapa 'persediaan' krim yang perlu kita tahu. Ia termasuklah:

#1. Ointment

Ia adalah berasaskan minyak. Disebakan asasnya minyak, maka ia melekat lebih lama pada kulit dak lebih kuat kesannya pada kulit (more potent). Kita gunakan 'krim' jenis oinment pada kawasan kulit yang sudah menebal dan kasar kerana kesan garu atau gesel.

#2. Cream

Ini adalah berasaskan air. Ia kurang potent berbanding ointment. Krim jenis ini biasanya kita letak di kawasan yang jarang bergesel atau kawasan kulit sensitif seperti kulit muka.

#3. Lotion / gel

Kita sapu krim asas lotion/gel ini pada kawasan yang berbulu, juga kawasan pelipat seperti di ketika, celah kelangkang, kawasan anus ke kemaluan atau bawah lipatan payudara. 

Jadi apabila anda terima 'krim', pastikan tengok adalah ia cream, ointment atau lotion?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perlukah Kita Memakai Krim Pelindung Matahari Di Dalam Rumah Atau Kereta?

Baca juga: Kulit Bayi Sensitif Cenderung Alami Ruam & Ekzema, Ini 7 Jenis Krim Berkesan Merawatnya

Baca juga: Ibu ini sembuhkan ekzema pada bayinya dengan krim semulajadi yang berkesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Alahan & Sindrom
  • /
  • Penting Ambil Tahu Jenis Krim Yang Disapu Pada Kulit Anak, Jangan Pakai Sapu Saja
Kongsikan:
  • Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 7 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

    Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 7 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

  • Doktor Pesan Beri Anak Banyak Minum Air Putih, Makan Buah: Elak Simptom Teruk Influenza A

    Doktor Pesan Beri Anak Banyak Minum Air Putih, Makan Buah: Elak Simptom Teruk Influenza A

  • (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

    (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

  • Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 7 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

    Pelitup Muka Satu Item Penting Zaman Sekarang, Ini 7 Pilihan Terbaik Untuk Lindungi Anak Daripada Penyakit Berjangkit

  • Doktor Pesan Beri Anak Banyak Minum Air Putih, Makan Buah: Elak Simptom Teruk Influenza A

    Doktor Pesan Beri Anak Banyak Minum Air Putih, Makan Buah: Elak Simptom Teruk Influenza A

  • (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

    (Video) Reaksi Lucu Budak Lelaki Bambam Takut Kucing Buat Ramai Terhibur, Kesian Dia!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.