Kulit Makin Kusam & Jerawat Tumbuh Ketika Hamil, Benarkah Sebab Hamil Anak Lelaki?

lead image

Benarkah mitos yang berlegar mengatakan kulit ibu hamil yang semakin gelap itu tanda mengandung bayi lelaki?

Sebelum perkembangan teknologi yang canggih diperkenalkan, masyarakat percaya dan memiliki cara tersendiri untuk mengetahui  jantina bayi. Salah satunya adalah kulit hitam saat hamil. 

Kulit hitam saat hamil adalah satu cara tentukan jenis jantina janin? 

kulit hitam saat hamil, kulit hitam ketika mengandung, kulit menghitam semasa kehamilan, kulit menghitam semasa berbadan dua, kulit hitam, kulit berjerawat, kulit hitam semasa mengandung anak, kulit masalah, masalah kulit, kulit berjerawat, hitam, gelap, masalah kulit gelap, kulit berdaki dan hitam

Perubahan bentuk tubuh dan keadaan kulit ibu hamil merupakan mitos yang masih dipercayai orang sehingga kini. Contohnya kulit hitam saat hamil menandakan wanita tersebut sedang mengandung bayi lelaki

Sayangnya itu hanyalah mitos yang tiada kesahihan.

Semasa hamil, penghasilan pigmen melanin dalam tubuh cenderung meningkat, lalu mengakibatkan Melanocyte Stimulating Hormone turut naik. Sekaligus, ia menjadi punca kulit hitam saat hamil berbanding sebelum kehamilan. 

Kawasan kulit yang gelap ini biasanya dikenali dengan choasma dan melasma. Chloasma berlaku disebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak melanin. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerena ia dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang membahayakan.

Manakala, peningkatan hormon estrogen pula dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah disebabkan lebaran pembuluh darah yang dipanggil Pregnancy glow yang biasa terjadi semasa trimester pertama. 

Ketika hamil juga, kelenjar peluh yang keluar itu boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak berbanding sebelumnya. Makanya, tiada penelitian yang menunjukkan perubahan kulit semasa hamil ada kaitan dengan jantina bayi.  

Bilakah berlakunya perubahan kulit hitam saat hamil? 

kulit hitam saat hamil, kulit hitam ketika mengandung, kulit menghitam semasa kehamilan, kulit menghitam semasa berbadan dua, kulit hitam, kulit berjerawat, kulit hitam semasa mengandung anak, kulit masalah, masalah kulit, kulit berjerawat, hitam, gelap, masalah kulit gelap, kulit berdaki dan hitam

Perubahan hormon ini biasanya berlaku di awal kehamilan lagi di mana beberapa bahagian kulit wajah mudah untuk berubah warna gelap seperti di pipi, kening, bibir dan bawah mata.

Namun, tak usah terlalu bimbang kerana ia akan kembali asal selepas bersalin.

Selain kulit hitam, berikut ini adalah masalah lain yang mungkin boleh timbul ketika kehamilan anda:

1)Bahagian kulit menjadi gelap seolah berdaki 

Terdapat beberapa bahagian tubuh yang cepat hitam seperti puting payudara, leher, celah kelangkang paha, kawasan alat kelamin dan lain-lain. 

2) Selulit 

kulit hitam saat hamil, kulit hitam ketika mengandung, kulit menghitam semasa kehamilan, kulit menghitam semasa berbadan dua, kulit hitam, kulit berjerawat, kulit hitam semasa mengandung anak, kulit masalah, masalah kulit, kulit berjerawat, hitam, gelap, masalah kulit gelap, kulit berdaki dan hitam

Kredit: Merries.co.id

Selulit memang tidak dapat lari sepanjang hamil yang selalu dimulai dengan warna kemerahan dan gatal-gatal. Ia kerana kulit badan semakin meregang kerana pertambahan saiz badan dan kandungan yang semakin membesar. 

3) Jerawat 

Ada mitos yang mengatakan kalau wajah ibu ditumbuhi jerawat yang banyak itu tandanya hamil bayi perempuan kerana si kecil telah mencuri kecantikan ibunya. 

Walhal, ia disebabkan perubahan horman dalam tubuh yang mendorong kelenjar minyak terhasil lebih banyak lantas menyebabkan jerawat tumbuh dengan sangat cepat. 

Cara mengatasi perubahan kulit semasa mengandung 

  • Gunakan SPF yang mencukupi ketika keluar rumah. 
  • Sentiasa guna losyen yang mengandungi Vitamin E dan Alpha hydroxy acid yang boleh mencegah selulit. 
  • Melakukan senaman ringan ketika hamil. 
  • Mencuci wajah dengan pembersih yang sesuai supaya jerawat dapat dikurangkan.
  • Mengambil makanan nutrisi. 

Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa follow Facebook page theAsianparent Malaysia. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel asal ditulis oleh Petty Lubis dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Tak Semua Ubat Jerawat SELAMAT Dipakai Ketika Anda Hamil! Ini Cara Merawat Jerawat Yang Selamat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!