theAsianparent Logo

3 kesalahan ibu bapa ketika jaga kebersihan kulit khatan bayi lelaki

Di sini, kami membincangkan 3 kesalahan yang dilakukan ibu bapa ketika menjaga kulit khatan bayi lelaki mereka. Cara yang salah boleh buat bayi tak selesa!

Sebagai ibu bapa baru, banyak yang kita perlu belajar tentang bayi kita. Selain memastikan bayi kita sihat dan berkembang dengan baik, menjaga kebersihan kemaluan, terutamanya kulit khatan bayi ialah perkara penting juga.

Walaupun bukan sengaja, jika ibu bapa menggunakan cara yang salah ketika menjaga kebersihan kulit khatan bayi, ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Menurut Mayo Clinic kulit khatan ialah lipatan kulit nipis yang menyelaputi glans zakar. Apabila anak berumur 2-3 tahun, kulit khatan dan glans zakar (yang merupakan tisu tunggal) akan berpisah.

Permisahan juga boleh berlaku sebelum bayi lelaki anda dilahirkan, tapi ini jarang berlaku. 

Biasanya permisahan kulit khatan akan mengambil masa beberapa bulan. Ada juga yang mengambil masa yang lebih lama sehingga kanak-kanak itu berumur 5 tahun.

Sebenarnya ibu bapa tidak perlu bimbang jika ini berlaku di luar umur yang dianggarkan, tapi jika ada sebarang kerisauan, bolehlah berbincang dengan doktor.

Mari kita lihat 3 kesalahan biasa yang ibu bapa selalu buat apabila menjaga kebersihan kulit khatan bayi mereka:

#1 Jangan tarik balik kulit khatan bayi terlalu awal

kulit khatan, kulit kulup, kulit kulup selepas sunat, luka selepas sunat, kulit selepas sunat

Ibu bapa tidak patut menarik balik kulit khatan bayi untuk mencuci kemaluannya kerana ini boleh menyebabkan kecederaan. Sebab itu kadang-kadang bayi menangis ketika salin lampin.
 
Menurut American Academy of Pediatrics, ini tidak hanya akan menyebabkan parut dan kecederaan, malah ia akan menjadi lebih susah dan sakit apabila kulit khatan tertarik balik dengan sendiri apabila anak membesar. 

#2 Jangan guna sabun yang kuat! Sedikit sabun dan air sudah cukup

Apabila mencuci bahagian kemaluan bayi lelaki, sedikit sabun dan air sudah mencukupi. Jangan guna putik kapas, kapas kesat atau ubat-ubat lain untuk membersihkan zakar dan kulit khatan.

Jika bayi anda sudah disunat, ibu bapa bolehlah menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air dan sedikit sabun.

Cuci skrotum bayi dengan perlahan-lahan kemudian lap dengan tuala yang lembut.

Apabila anak sudah berusia 3 tahun, ibu bapa boleh mula ajar anak cara untuk membersihkan kemaluan mereka dengan sendiri. Ini termasuk mencuci kulit khatan dengan perlahan-lahan setiap hari. 

Jika kulit khatan anak tidak tarik balik sendiri apabila mereka sudah hampir baligh, bawa anak  berjumpa doktor.

kulit khatan, kulit kulup, kulit kulup selepas sunat, luka selepas sunat, kulit selepas sunat

#3 Jangan panik kalau nampak benda putih pada zakar bayi

Bahan putih itu dipanggil smegma bayi. Ia terdiri daripada rembesan semula jadi dan sel-sel mati.

Badan anak lelaki akan terus menghasilkan smegma ini sepanjang hayatnya dan ini adalah proses yang normal. 

Jika kulit khatan bayi selalu terlekat pada lampinnya, ibu bapa boleh membantu dengan menggunakan sedikit jeli petroleum mesra bayi pada permukaan lampin untuk mengurangkan geseran.

Tips penting apabila menjaga kebersihan kemaluan bayi anda

  • Bersih dan cuci kemaluan bayi dengan serta-merta selepas mereka kencing atau buang air besar. Sebaik saja lampin mereka kotor, bakteria cepat merebak dan menyebabkan jangkitan.
  • Tukar lampin bayi dengan kerap
  • Elak produk bayi dengan minyak wangi atau yang beralkohol. Pastikan baby wipe yang diguna adalah jenis mesra kulit dan tidak ada bau terlalu harum.
  • Guna tuala lembut apabila mengeringkan bahagian kemaluan. Tuala yang terlalu keras hanya akan menyebabkan banyak geseran sehingga mengganggu kulit sensitif bayi anda.
  • Pastikan zakar bayi menghala ke bawah apabila memakai lampin. Ini hanya untuk mengelakkan geseran dari lampinnya.

 

Sumber: WebMDMayo ClinicAmerican Academy of Pediatrics (AAP), MedlinePlus

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.com/jangkitan-yis-kanak-kanak/