Doktor Pesan Jangan Letak Ubat Gigi Pada Kulit Anak Yang Melecur!
Siapa saja yang tidak risau bila kulit anak melecur tidak kiralah kecil atau besar saiznya ia tetap sangat membimbangkan bila membabitkan kulit melecur ini.
Siapa saja yang tidak risau bila kulit anak melecur tidak kiralah kecil atau besar saiznya ia tetap sangat membimbangkan bila membabitkan kulit melecur ini.
Anak kecil terutama bayi lebih-lebih lagi akan merasakan kesan yang sangat besar apabila kulit mereka melecur kerana kulit bayi kecil masih lebih nipis dan sensitif berbanding orang dewasa.
Ada pelbagai petua yang tidak dapat dipastikan kesahihannya mengenai kulit melecur ini ada yang masuk akal dan ada yang kelihatan ragu-ragu malah tidak dapat dipastikan sama ada ia berkesan atau sebaliknya.
Kulit melecur, salah rawatan awal beri kesan buruk pada kulit
Jangan terlalu yakin ya dengan pelbagai petua yang diberikan di laman sosial, internet dan sebagainya kerana ia belum dipastikan sama ada berkesan atau hanya akan memberi kesan iritasi lebih buruk kepada kulit yang melecur itu.
Berikut adalah perkongsian doktor berkenaan:
“Kenapa letakkan ubat gigi dekat kulit yang melecur ni puan?”
Kemain tebal lagi lapisan putih ubat gigi yang disapu pada lengan kanan, leher, belakang badan dan dada si kecil tu.
Hampir-hampir menutup keseluruhan kulit yang dah kemerahan akibat terkena tumpahan air panas yang baru selesai menggelegak.
“Saya ingatkan tu cara yang betul nak rawat melecur ni doktor. Silap saya main percaya je apa orang tulis kat internet tu.”
Sayu je jawapan si emak. Apatah lagi depan matanya sendiri, si kecil tu masih lagi tak berhenti meraung akibat sakit melecur tu.
Jangkitan kuman boleh rosakkan organ penting dalam badan
Menurut doktor berkenaan, tersalah rawatan awal begini memang akan beri kesan buruk pada kulit budak malang tu.
Risiko inflamasi yang lebih teruk serta jangkitan kuman kemungkinan besar boleh terjadi. Paling menakutkan bila jangkitan kuman tu masuk ke salur darah, merebak dan merosakkan organ penting dalam tubuh.
Melecur ada 3 tahap, kenal pasti dulu tahap lecur anak
Menurut Dr Ahmad Luqman, Jika anak kita terkena benda panas hingga melecur, kesannya terbahagi pada 3 tahap:
#1. Tahap 1 (first degree burn)
Kesan melecur tu terhad pada lapisan epidermis saja. Jadi kulit akan nampak kemerah-merahan dan anak akan mengadu sakit.
#2. Tahap 2 (second degree burn)
Lapisan epidermis dan sebahagian dermis sudah terbakar. Pada tahap ini, si kecil anda memang akan menjerit kesakitan.
Oh ya, tolong jangan pecahkan gelembung tadi sebab tu akan buatkan risiko terkena jangkitan kuman jadi makin tinggi.
Perbuatan meletakkan ubat gigi, madu, mentega, telur, ubat gamat, tu semua pun boleh jadi penyebab luka dijangkiti kuman berbahaya.
#3. Tahap 3 (third degree burn)
Melibatkan kemusnahan pada semua lapisan kulit, malah boleh mencederakan struktur otot, tisu lemak, tulang dan saraf.
Warna kulit juga akan berubah jadi perang atau hitam hangus tapi tisu kat bawah lapisan kulit tu kelihatan putih.
Melecur tahap 3 ini biasanya mangsa sudah tidak mengadu sakit sebab saraf deria rasa sudah rosak tapi kalau lambat dapat rawatan, tubuh akan kekeringan (dehydrated) dan kesihatannya akan merosot dengan sangat pantas!
Sebab itu tolong dapatkan bantuan perubatan segera jika:
#1. Anak kita tercedera sehingga mengalami tahap second degree atau third degree burn
#2. Kawasan kulit yang melecur atau terbakar tu besar
#3. Kawasan tercedera akibat melecur itu melibatkan special area seperti muka, kulit kepala, permukaan sendi badan, tangan atau kemaluan.
#4. Luka melecur akibat kebakaran, bahan kimia, wayar atau soket elektrik.
#5. Jangkitan kuman berlaku pada luka melecur tu. Mungkin akan nampak tanda jangkitan seperti bengkak, bernanah atau kesan kemerahan tu makin teruk.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Ahmad Luqman Buhkari
Baca juga: