'Ya Allah, Anak Aku!'- Baru Sejam Dilahirkan, Bayi Meninggal Dunia Kerana Kuman GBS

'Ya Allah, Anak Aku!'- Baru Sejam Dilahirkan, Bayi Meninggal Dunia Kerana Kuman GBS

Kuman GBS atau Group B Streptococcus (Strep) amat berbahaya, ia boleh menyebabkan kematian bayi baru lahir dalam tempoh yang cukup singkat

Baru sahaja melahirkan anak sulung dan sempat memberikan susu badan. Tidak lama selepas itu bayi tersebut dijemput Ilahi akibat kuman Group B Streptococcus (Strep) atau singkatannya GBS. Begitu bahaya sungguh kuman GBS ini kepada bayi seperti kisah menyayat hati dikongsikan oleh doktor ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Bahaya kuman GBS: pernafasan laju, oksigen bayi menurun
  • Ayah bayi melutut, bersujud dan meraung 'anak aku, anak aku'
  •  Apa itu kuman GBS?

Menerusi video oleh Dr Shazwanie Azeera pada akaun TikTok wanieazeera, beliau menceritakan pengalaman sewaktu ditempatkan di paediatrik di sebuah hospital. Ikuti kisah sedih dikongsikan oleh beliau.

Bahaya kuman GBS: pernafasan laju, oksigen bayi menurun

bahaya kuman GBS

Doktor tersebut menceritakan, bayi yang juga anak pertama itu dilahirkan oleh seorang ibu muda secara normal dan selepas kira-kira satu jam, wanita itu memberikan susu kepada anaknya.

"Jururawat pelik tengok pernafasan laju dan mengambil bayi itu serta membawanya ke NICU (Unit Rawatan Rapi Neonatal), bayi kena CPR (bantuan pernafasan kecemasan).

"Oksigen drop teruk dan bayi itu tidak selamat serta meninggal dunia," demikian kisah dikongsikan oleh beliau.

Ayah bayi melutut, bersujud dan meraung 'anak aku, anak aku'

bahaya kuman GBS

Meneruskan kisahnya, Dr Shazwanie Azeera berkata, ayah bayi tersebut kemudian berlari masuk ke NICU serta ke kawasan bayi yang kritikal.

"Ayah bayi terus melutut dan bersujud di situ, 'anak aku, anak aku'," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, ujian darah yang telah dilakukan juga mendapati, bayi tersebut dijangkiti oleh kuman GBS.

"Ibu ini mungkin ada kuman GBS dan dia tak perasan. Bila bersalin normal dan kena pada bayi. Jangkitan ini sekejap sahaja," katanya.

Apa itu kuman GBS?

bahaya kuman GBS

Menerusi hantaran video yang lain, Dr Shazwanie Azeera berkata, kuman tersebut adalah normal di dalam tubuh wanita dan sekiranya imun badan menurun dan dijangkiti, mereka akan mengalami pelbagai tanda.

"Keputihan teruk dan busuk serta gatal. Jika ke klinik waktu check-up, jururawat selalu tanya, 'ada keputihan ok tak, bau macam mana'. Kita sahaja tahu perubahan diri kita.

"Macam mana nak tahu ada ke tak kuman, buat swab pada vagina dan akan dimaklumkan ada GBS atau tak. Bila mula antibiotik? Ikut penilaian oleh doktor pakar.

"Kalau tak cukup coverage antibiotik, sebelum bersalin bukaan 2 atau 3 cm, ada doktor pakar bagi antibiotik dan ada bagi dekat-dekat nak beranak," ujarnya lagi.

Beliau berkata, selain itu bayi turut melalui ujian darah serta memerlukan perlindungan antibiotik selain ditahan di wad untuk lima hari tetapi, jika GBS sudah tiada sewaktu hari ketiga, bayi boleh discaj.

Tambah doktor tersebut, kuman ini juga boleh menyebabkan keguguran, meningitis dan pneumonia kepada bayi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Waspada Jangkitan Kuman GBS Ketika Hamil, Ia Penyebab Keguguran & Risiko Stillbirth

Baca juga: Ibu Diminta Waspada 4 Jenis Penyakit Kanak-Kanak Ini, Amat Membahayakan Si Manja!

Baca juga: Hati-Hati Menjemur Bayi Dalam Keadaan Telanjang Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Kulit

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!