Ibu Hamil Kurang Makan Daging Bakal Melahirkan Anak Yang Jadi Perokok

Anda tak suka makan daging? Kajian dapati ibu hamil yang kurang makan daging melahirkan anak perokok, pemabuk, dan terjebak dalam penyalahgunaan dadah!

Ibu hamil yang kurang makan daging beri kesan pada anak-anak

Kajian terbaru mendapati ibu yang kurang makan daging semasa mengandung bakal melahirkan anak yang jadi perokok, pemabuk, dan terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bunyi macam sukar nak percaya, bukan?

Kajian tersebut diketuai oleh Joseph Hibbeln dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Beliau telah menemui kaitan antara kurang makan daging merah, daging ayam serta produk daging lain semasa hamil dengan risiko lebih tinggi untuk anak-anak mengalami ketagihan apabila dewasa nanti.

makan daging

Ibu hamil vegan yang tidak makan daging

Ibu hamil yang tidak makan daging

Kajian diterbitkan dalam jurnal Alkoholisme: Penyelidikan Klinikal dan Eksperimen

Penyelidik telah mengkaji cara pemakanan 5109 orang wanita dan penglibatan anak-anak mereka dalam penggunaan alkohol atau dadah.

Hibbeln mendapati kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang hanya makan sedikit daging, atau langsung tidak makan daging semasa hamil, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk ketagih dengan bahan-bahan terlarang.

Para penyelidik mencadangkan kaitan itu mungkin melibatkan gen yang menghasilkan protein untuk mengangkut vitamin B12.

makan daging

Oleh sebab penyelidik menekankan yang kajian itu hanya satu pemerhatian, maka keputusan kajian tersebut tidak dapat diambil sebagai keputusan yang tepat.

Kalau kajian lanjut mendapati keputusan ini sah, penyelidik berkata ini tidak bermakna pilihan untuk tidak makan daging adalah pilihan yang tidak baik.

Di Amerika terdapat garis panduan pemakanan dan cadangan pemakanan yang sihat untuk ibu-ibu vegan,” kata Hibbeln.

Daging adalah sumber protein yang baik 

Mengekalkan pemakanan yang lengkap, sihat dan seimbang apabila hamil adalah penting kerana perkembangan bayi bergantung kepada kesihatan si ibu. 

Ibu hamil memerlukan nutrien yang sesuai dan secukupnya untuk perkembangan bayi yang baik.

Salah satu nutrien yang paling penting adalah protein.

makan daging

Ibu hamil perlu makan daging untuk mendapatkan sumber protein yang cukup untuk perkembangan bayi. Sumber gambar: Mom Junction

Sumber protein yang baik termasuk daging tanpa lemak, ayam, telur ikan, susu dan keju.

Diet yang kaya dengan protein dapat membantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

Yang paling penting, asid amino dalam protein mampu membentuk tubuh manusia. Ia bukan saja dapat membaiki tisu otot malah sel darah merah!

Asid amino dalam protein mengangkut nutrien dan oksigen dari sel-sel lalu mengawal pembekuan darah, dalam dan di sekitar rahim atau plasenta.

Semasa trimester ke-3, otak bayi akan berkembang dengan pesat.

Protein yang tinggi dengan omega-3 seperti DHA akan menyumbang nutrien yang diperlukan untuk aktiviti kognitif dan pertumbuhan yang betul. 

Jika anda ibu hamil yang mengamalkan pemakanan vegan, dapatkan nasihat dari pakar tentang cara pemakanan serta makanan tambahan yang diperlukan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Sumber: Cosmosmagazine dan Mommi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bahaya Asap Rokok Terhadap Wanita Hamil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!