Bayi dan anak kecil memang biasa alami hidung tersumbat. Jika sejuk sikit atau pergi tempat berhabuk, mulalah hidung mereka dalam keadaan tidak selesa.
Seperti yang kita tahu, bayi di bawah satu tahun tiada ubat selesema. Jadi apa yang kita boleh buat untuk meredakan selesema mereka salah satunya adalah dengan menggunakan rawatan di rumah atau secara semula jadi.
Kali ini kami kongsikan petua menggunakan lemon dan garam untuk anda cuba letak di bilik tidur anak atau jika dia tidur bersama anda boleh letakkan di bilik anda.
Lemon & garam boleh kurangkan hidung tersumbat anak kecil

Lmeon biasanya dibuat sebagai minuman dan ia juga terbukti sangat berkhasiat untuk banyak lagi perkara lain. Keistimewaan lemon yang tinggi kandungan antioksidan membuatkan ramai yang menjadikannya sebagai salah satu alternatif dalam meningkatkan kesihatan diri.
Sekiranya lemon dijadikan sebagai minuman, ia baik untuk membuang toksin dalam tubuh, bagus untuk sistem pencernaan, menyeimbangkan tekanan darah serta mengatasi bau mulut.
Namun, ada satu cara lain yang anda boleh buat iaitu hanya meletakkan hirisan sebiji lemon dan garam dalam bilik akan memberi manfaat yang sangat berbeza.
Jadi, apakah kesan jika anda letak lemon dan garam dalam bilik sendiri atau anak?
#1. Meningkatkan kualiti udara

Lemon dan garam bermanfaat menyerap sisa bau cat dengan cepat malah bau tidak enak dalam udara. Contohnya, jika rumah anda baru dicat, ada mereka yang tidak tahan dengan bau itu.
Jadi untuk meneutralkan bau berkenaan, anda boleh letakkan lemon dan garam di ruangan tersebut.
#2. Menyerap bakteria

Selain menyerap bau dan meneutralkan udara, lemon dan garam juga berfungsi menyerap bakteria dalam udara dan menyegarkan udara yang kotor dalam bilik anda.
#3. Atasi stres, rasa cemas
Lemon dan garam juga berfungsi mengatasi stres disebabkan itu ia sesuai dijadikan bahan aromaterapi di rumah. Ia boleh mengurangkan stres, mengurangkan kegelisahan selain atas rasa cemas kerana mempunya sifat terapeutik yang boleh bertindak balas sebagai antidepresan untuk tubuh.
#4. Tingkatkan fokus minda
Berdasarkan kajian di Jepun, bau lemon dan rosemary di setiap pagi dalam bilik akan meningtkan peranan kongnitif pada pesakit Alzheimer. Jadi jika anda mahu anak fokus belajar di sekolah, boleh cuba letakkan aroma lemon dalam biliknya.
Lemon juga boleh membangkit mood positif anak dan mengurangkan rasa stres mereka ketika belajar.
#5. Mengusir serangga di rumah
Sakit hati kadang kala bila tengok semut berkerumun di rumah terutamanya di kawasan dapur yang biasanya kita letakkan barang makan. Pantang lepa ada saja yang hurung makanan kita. Jadi ini caranya untuk mengusir serangga di rumah anda menggunakan cara yang lebih natural:
- Letakkan hirisan lemon ke dalam mangkuk
- Tambah sedikit air
- Taburkan garam kasar secukupnya
- Letak di tempat yang banyak serangga
#6. Menurukan tekanan darah
Menghidu bau lemon juga boleh menurunkan tekanan darah kerana kemampuannya yang mengurangkan kerentanan air dan penyerapan mineral dalam tubuh badan boleh ditingkatkan.
#7. Atasi hidung tersumbat
Hidung yang tersumbat memang membuatkan kita atau bayi serta kanak-kanak rasa tidak selesa. Nak bagi ubat pada yang bayi memang tidak boleh. Jadi apa kata anda cuba letak lemon dan garam dalam bilik tidur anak. Atau jika dia tidur bersama anda boleh letak dalam bilik tidur anda.
Sifatnya yang antibakteria membantu hidung tersumbat menjadi lega. Jadi cuba anda hiris lemon dan letakkan sedikit garam kadar dan biarkan ia dalam bilik tidur semalaman.
Selain atasi hidung tersumbat, ia akan membaiki sistem pernafasan dan membawa energi positif alam ruangan bilik tidur anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Selain Makan Ubat, Doktor Ini Kongsikan 5 Cara Elak Anak Kerap Selesema!
Baca juga: “Kerana kesan ubat selsema, malam tadi anak hampir membunuh saya!”
Baca juga: Panduan Lengkap Urutan Bagi Melegakan Masalah Hidung Bayi Tersumbat & Selesema
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!