Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

lead image

Ibu dari Korea ini nekad untuk kuruskan badan dan kini dia menjadi idola orang ramai dari serata dunia. Dia kongsikan cara kurus selepas bersalin yang boleh anda amalkan!

Adakah anda sedang bertarung untuk mengurangkan lemak degil yang berlebihan selepas bersalin? Anda selalu bermimpi tentang cara kempiskan perut selepas bersalin? 

Jika jawapan anda ya, kisah ibu dari Korea yang kurus selepas bersalin ini akan membuat anda kagum.

Ibu kepada 2 anak yang juga merupakan jurulatih senaman dan hebat tentang diet ini berkongsikan tip menurunkan berat badan dengan cepat, cara kuruskan badan selepas bersalin dan tips kurus selepas bersalin penting yang boleh diikuti oleh ibu-ibu semua.

Perjalanan ibu dari Korea untuk kurus selepas bersalin

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/03/JUNG2.png Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

Image: Instagram

Ibu kepada dua orang anak Jung yang berusia 46 tahun ini mempunyai bentuk badan yang cantik seperti wanita berusia 20 tahun! Apa cara kempiskan perut selepas bersalin yang dia amalkan?

Sehingga tahun 2003, berat badan Jung adalah 70kg. Tapi strategi penurunan berat badan ibu dari Korea Selatan ini telah membantunya untuk turun berat badan sebanyak 20kg.

Selepas berjaya menurunkan berat badan, dia melancarkan program momjjang hot body fad. Momjjang adalah nama panggilan yang selalu diberikan untuknya — Momjjang Ajumma — yang bermaksud ‘ibu dengan badan yang menarik’.

Cara kuruskan badan selepas bersalin: Bagaimana ibu ini berubah?

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/03/JUNG4.png Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

Image: Instagram

Laporan mengatakan, pada tahun 2003, Jung bangun dan membuat keputusan untuk mula melakukan sesuatu bagi mendapatkan berat badan yang dia ingini.

Dia nekad mahu mencuba cara kuruskan badan selepas bersalin!

Selepas mengikuti diet yang ketat dan plan senaman, dia berjaya menurunkan 20kg dalam masa 3 bulan. Jung kini mempunyai berat sebanyak 50kg dengan ketinggian 162cm.

Selepas kisah kurus selepas bersalin ini semakin tular, beliau mengeluarkan buku diet dan video senaman dan gambarnya tersebar hingga ibu ini menjadi bintang.

Laporan mengatakan yang dia telah memberi inspirasi kepada ramai wanita di Korea untuk mencapai berat badan yang mereka ingini dan menjadi sensasi pada dunia. Trend popular ini dikenali sebagai Sindrom Momjjang.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/03/JUNG5.png Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

Image: Instagram

Jung Da Yeon menjadi terkenal di Jepun pada tahun 2004 selepas memasuki rancangan tv popular NHK-TV. Selain dari mengeluarkan DVD dan buku di Jepun, dia juga melancarkan permainan Nintendo Wii yang diberi nama Mom-Chan Diet Wii: Figure-robics by Jung Da Yeon.

Buku keduannya, Momjjang Diet Premium telah terjual sebanyak 200,000 salinan di Jepun selama dua minggu diterbitkan.

Cara kempiskan perut selepas bersalin: Tip dari Jung Da Yeon

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/03/JUNG7.png Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

Image: Instagram

Strategi penurunan berat badan Jung termasuklah makan hidangan kecil beberapa kali berbanding makan tiga kali sehari.

Dalam buku Momjjang Diet Premium, Jung berkata lebih berjuta tahun manusia hidup, hanya 10,000 tahun lepas baru orang mula makan tiga hidangan sehari.

Seperti haiwan di dalam hutan, kita perlu makan selalu tetapi dalam kuantiti yang sikit untik kekal kurus.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/03/JUNG1.png Ibu usia 46 tahun ini kongsi cara kuruskan badan selepas bersalin dengan mudah, bolehlah kita buat!

Image: Instagram

Dia juga mengkongsikan seni figure-robics di dalam buku ini. Figure-robics adalah senaman yang dicipta pada tahun 2005 untuk wanita.

Fokus senaman ini adalah rutin aerobik yang ringan dan menumpukan pada bahagian badan seperti pinggang dan punggung yang boleh membantu mendapat bentuk badan seperti jam kaca.

Sekarang kita faham yang ia tidak mustahil untuk ibu-ibu mempunyai rutin dan senaman seperti ibu dari Korea ini.

Kita memang tak ada masa untuk lakukan semua ini, tapi kalau kita mulakan secara kecil-kecilan, lama-lama ia akan memberi kesan yang besar.

Walaupun hanya 20 minit sehari, anda boleh dedikasikan dengan pergi berjalan atau ke gym. Mulakan dari situ!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga: 

5 cara untuk hilangkan lemak di perut yang terbukti berkesan, mana patut anda cuba?