Bayi Yang Dilahirkan Melalui Czer Tidak Memiliki Bakteria Baik Dalam Usus - Kajian

Meskipun bersalin secara pembedahan dilihat mudah kerana ibu tidak mengalami kesakitan, namun ia memiliki banyak risiko seperti kajian yang dilakukan ini.

Adakah ibu pernah lahirkan anak secara pembedahan czer? Atau adakah ibu berkemungkinan lahirkan anak melalui ceasarean? Jika YA, ibu memang patut tahu tentang fakta yang ingin kami kongsikan ini.

Walaupun anda terlepas fasa kedua-dua ini dan pernah bersalin normal sahaja, namun anda juga boleh menambah pengetahuan berkaitannya.

Menerusi kajian yang dijalankan selama tujuh tahun oleh sekumpulan pengkaji dari University College London mendapati terdapat jurang perbezaan di antara bayi yang dilahirkan secara pembedahan ceasarean dan
normal.

Mengapa kami kata begitu? Ini penjelasan lanjut.

Perbezaan lahirkan anak secara czer dan normal

lahirkan anak

Hal ini kerana, para pengkaji yang menjalankan kajian ini mendapati bahawa bayi yang lahir menerusi pembedahan czer menampilkan sedikit kehadiran mikrob yang didapati daripada ibu dan lebih memiliki bakteria yang terdapat di persekitaran hospital.

Selain daripada itu, para pengaji turut mendapati terdapat perbezaan antara persekitaran bayi yang diberikan antibiotik semasa proses kelahiran berbanding bayi yang tidak mengambil antibiotik ini.

Ternyata melalui hasil penemuan ini membuktikan bahawa proses kelahiran anak merupakan situasi yang kritikal untuk sistem imunisasi manusia yang diambil kira melalui bakteria yang hadir dalam usus mereka.

Menurut Penulis Nigel Field, yang juga seorang profesor Madya di UCL, hipotesis yang dihasilkan melalui kajian ini adalah sewaktu kelahiran bayi yang merupakan masa termostatik untuk sistem imunisasi badan. Yang mana
perlu digunakan sepanjang hayat.

Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan ini mungkin sesuatu yang luar dari kebiasaan tetapi kesannya masih belum jelas.

Bakteria pada usus boleh didapati semasa penyusuan susu badan

lahirkan anak

Beliau menjelaskan lagi, bakteria pada usus bayi baru lahir biasanya diselaraskan semasa penyusuan susu ibu yang pertama.

Malahan tiada bukti yang kukuh bagi menyokong perubahan mikrobiom ini berkaitan dengan cara kelahiran anak yang dilahirkan secara ceaserean.

Meskipun itu, sewaktu kajian ini dilakukan, para pengkaji menggunakan beribu sampel najis dan darah yang telah diambil dari ibu dan bayi di Britain.

Sampel itu diambil bukan saja-saja tetapi untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang jenis bakteria yang terdapat di dalam usus bayi sejak di awal kelahiran mereka lagi.

Dengan sampel ini ia memudahkan lagi ujian dan keputusan yang tepat diperolehi oleh para pengkaji.

Malahan, para pengkaji juga tidak terlepas dari mengambil sampel pada setiap minggu dan bulan yang seterusnya sampai dapat keputusan yang tepat.

Ini perbezaan yang diperolehi oleh pengkaji

Berdasarkan proses yang dilakukan ini, pengkaji mendapati bayi lahir normal mempunyai bakteria yang dijumpai dalam usus ibu sementara bayi lahir pembedahan telah dikoloni oleh patogen yang mengambil kesempatan
dari hospital.

Namun tak perlu terlalu risau kerana bakteria ini tidaklah berbahaya cuma boleh menyebabkan jangkitan penyakit kerana badan si kecil belum kuat untuk melawan jangkitan namun ia boleh bergerak ke bahagian lain dalam
tubuh.

Mengapa ada perbezaan?

bersalin czer

Berdasarkan kajian tersebut lagi, bakteria yang terdapat pada laluan vagina ibu merupakan kunci kepada proses yang dilakukan ini.

Namun, setelah melakukan pemeriksaan, mikrobiom pada bayi baru lahir tidaklah terlalu banyak kehadiran bakterianya.

Mungkin ia hanyalah sau kebetulan di mana semasa dilahirkan, mulut bayi berdekatan dengan dubur ibu. Jadi barangkali bayi mendapatnya melalui proses tersebut berbanding bayi yang dilahirkan secara pembedahan mereka
tidak akan dikeluarkan dari vagina.

Justeru, kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan lagi kerana masih terdapat persoalan yang berlegar termasuklah perlukah bayi diberikan antibiotik dan sebagainya.

Apapun, jangan risau untuk bersalin secara pembedahan jika doktor memberikan nasihat dan penerangan yang jelas kepada anda berkaitannya.

Ini kerana ada sebab dan risiko tertentu yang berkemungkinan di alami oleh ibu sekaligus memerlukan mereka bersalin secara czer.

Semoga bermanfaat.

Bayi Yang Dilahirkan Melalui Czer Tidak Memiliki Bakteria Baik Dalam Usus - Kajian

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Toodia Tots 

Gambar: The Zuriat

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comsepsis-pada-bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!