theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Lampin Bayi Terbaik, Mungkin Ini Yang Anda Cari, Bebas Kebocoran & Tidak Merengsakan Kulit!

ada beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli lampin bayi terbaik. Antara yang penting untuk diperhatikan adalah seperti di bawah.

Lampin bayi merupakan salah satu keperluan yang sangat penting untuk si manja. Rata-rata ibu pastinya ingin mengetahui lampin bayi terbaik yang mana satu menjadi pilihan dan sesuai dengan bayi walaupun sebelum melahirkan anak. Malah ada yang sudah membeli pelbagai jenis jenama lampin pakai buang yang berbeza untuk si manja.

Pada mulanya mungkin ibu ayah boleh berhadapan dengan situasi di mana si manja tidak serasi dengan lampin yang dipilih. Ini kerana setiap bayi adalah berlainan, malah lampin bayi juga ada yang tidak memenuhi kualiti yang selamat untuk si manja.

Ciri-ciri Lampin Bayi Terbaik

Oleh itu, ada beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli lampin bayi terbaik. Antara yang penting untuk diperhatikan adalah seperti berikut:

Jenis lampin

Ada dua jenis lampin pakai buang, lampin jenis berpelekat dengan jenis seluar. Bagi bayi baru lahir, lebih sesuai untuk dipakaikan lampin berpelekat kerana si manja lebih kerap menukar lampin.

Saiz lampin

Setiap bayi dilahirkan dengan saiz dan berat yang berbeza. Malahan, setiap jenama lampin pakai buang juga mempunyai sedikit perbezaan saiz. Contohnya si manja mungkin memakai saiz S semasa memakai jenama A, tetapi perlu memakai saiz M untuk jenama B!

Sesuai untuk kulit bayi

Seperti sesetengah produk, tidak semua bayi sesuai untuk pakai jenama lampin pakai buang yang sama. Ada si manja yang akan memberi tindak balas yang berbeza ketika memakai lampin tertentu, contohnya mudah bocor atau timbul ruam pada kulit si kecil.

7 Lampin Bayi Terbaik

#1 Drypers Touch

 1

Drypers merupakan salah satu jenama yang popular di Malaysia. Drypers Touch dibuat khusus untuk keselesaan si manja sepanjang hari. Lampin pakai buang ini juga tidak mudah bocor kerana rekabentuk lampin yang mengikut bentuk tubuh si manja.

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Berpelekat
  • Mudah dipakaikan untuk bayi baru lahir.

Saiz lampin:

  • Saiz lampin yang versatil dari newborn sehingga xxl

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Material lampin pakai buang ini diperbuat dari bahan yang lembut.
  • Bentuk lampin yang direka khas di bahagian pusat agar kawasan pusat yang belum kering pada bayi baru lahir dapat pulih sepenuhnya.
  • Permukaan lampin yang mudah serap bagi mengekalkan lampin sentiasa kering dan selesa untuk anak.
  • Material yang digunakan pada bahagian luar lampin juga lembut jika disentuh.

Drypers Touch

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

#2 MamyPoko Extra Dry

2

MamyPoko memberikan keselesaan maksimum kepada si manja sepanjang hari dan malam. Produk ini juga sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif, menjamin perlindungan kepada si manja agar dapat melakukan aktiviti dengan gembira.

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Ada 2 versi, jenis berpelekat dan jenis seluar.

Saiz lampin:

  • Saiz dari newborn sehingga XXXL,
  • Saiz XXXL juga terdapat dalam versi MamyPoko pants.

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Diperbuat dari kain cotton organik lembut.
  • Lapisan lampin yang mempunyai berpori kecil memastikan pengudaraan yang baik agar si manja tidak teriritasi dan tidak mengalami masalah ruam.
  • Perlindungan sehingga 12 jam
  • Cutting line di bahagian sisi lampin memudahkan ibu menukar lampin si manja walaupun dia sedang tidur. Ibu hanya perlu koyakkan sahaja tanpa menarik lampin pada kulit si manja.

MamyPoko Extra Dry

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

#3 Genki 

3, lampin-bayi-terbaik

Bagi ibu ayah yang mencari lampin premium yang berkualiti, Genki merupakan pilihan yang baik untuk si manja. Produk lampin terkenal dari Jepun ini terdiri dari bahan premium yang sangat lembut seperti kusyen, juga sesuai untuk digunakan oleh bayi yang berkulit sensitif. 

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • 2 pilihan Genki, Genki Tape/Pants yang boleh dipakaikan kepada anak mengikut kesesuaian umur.

Saiz lampin:

  • Didatangkan dalam 4 saiz berbeza, saiz S-XL

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Lapisan dalam yang berpori memudahkan pengudaraan bagi memberikan keselesaan kepada si manja.
  • Daya serapan yang tinggi menjadikan permukaan lampin sentiasa kering dan  dapat mengelakkan bayi dari mendapat ruam. 

Genki 

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

#4 Huggies Dry Pants

4, lampin-bayi-terbaik

Sekiranya ibu ayah mencari lampin pakai buang jenis seluar, Huggies merupakan pilihan yang baik dan menjadi pilihan yang baik untuk si manja. 

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Lampin jenis seluar mudah dipakai dan tidak mudah ditanggalkan terutamanya jika si manja gemar menanggalkan pelekat di sisi lampin.

Saiz lampin:

  • Saiz dari S ke XXL boleh dipilih mengikut kesesuaian berat si manja.

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Perlindungan selama 10 jam, jadi dapat mengelakkan kulit bayi teriritasi sepanjang pemakaian.
  • X-shaped channel technology mengasingkan urin ke 4 bahagian berlainan pada lampin supaya penyerapan lebih pantas.
  • Mempunyai daya serapan yang kuat menjadikan ia tidak mudah penuh, jadi si manja lebih selesa dan bebas untuk melakukan aktiviti.

Huggies Dry Pants

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

#5 Pet Pet

5

Pet Pet merupakan antara jenama yang menitikberatkan perlindungan kebocoran yang maksima pada si manja. Produk berkualiti ini juga sering menjadi pilihan bagi si manja sedari baru lahir.

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Berpelekat dan seluar yang boleh dipilih mengikut umur si manja.

Saiz lampin:

  • Saiz lampin pakai buang Pet Pet mempunyai potongan saiz yang lebih besar dari jenama lampin pakai buang yang lain.

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Perlindungan dari kebocoran selama 10 jam jadi ia sesuai untuk dipakai pada waktu malam tanpa ibu ayah perlu bangun untuk menukar lampin si manja.
  • Memeluk pinggang bayi dengan lembut untuk keselesaan tambahan dan elak dari  terlondeh dan melindungi dari kebocoran.

Pet Pet

Beli di Shopee
cara membeli lain

#6 Offspring

6

Offspring merupakan lampin yang eco-friendly dan mula mendapat perhatian kerana corak yang cantik, selain mempunyai harga yang berpatutan. Corak yang terdapat pada lampin pakai buang ini juga menggunakan dakwat yang selamat untuk si manja.

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Lampin jenis berpelekat yang mudah dengan getah pinggang yang boleh dilaraskan untuk membuatkan si manja sentiasa selesa.

Saiz lampin:

  • Disediakan dari saiz S-XL

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Getah pinggang diperbuat dari polymer spandex bagi memastikan lampin muat dengan selesa.
  • Lampin jenama Offspring merupakan lampin yang diperbuat dari bahan mesra alam yang sesuai digunakan oleh si manja.
  • Sentiasa kering, jadi ia sesuai untuk digunakan sepanjang hari dan malam.

Offspring

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

#7 Merries 

7

Merries merupakan jenama yang berasal dari Jepun dan merupakan pilihan utama lampin bayi terbaik buat para ibu di negara matahari terbit itu. Lampin bayi ini mempunyai getah sisi yang boleh diregang, tidak meninggalkan kesan merah di pinggang bayi.

Apa yang kami suka:

Jenis lampin:

  • Ada 2 versi, jenis berpelekat dan jenis seluar.

Saiz lampin:

  • S ke XXL

Sesuai untuk kulit bayi:

  • Merries menjadi pilihan terutamanya kerana dihasilkan berdasarkan kajian terhadap kulit si manja.
  • Material yang lembut dengan pengudaraan baik untuk keselesaan bayi.
  • Regangan lebar yang tidak menekankan kulit bayi dan memudahkan semasa menukar lampin bayi.
  • ‘Double safe guard’ di sisi lamping menjadikan lampin tidak mudah bocor.

Merries 

Beli di Shopee
Beli di Lazada
cara membeli lain

Baca juga : Kenapa Lampin Bayi Sering Bocor? Ini Sebabnya

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.

Penulis

Contributor

Kongsi artikel ini

•••

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

    Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

  • 3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

    3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

    Cara Memilih Saiz Lampin Bayi Yang Terbaik, Ibu Sila Take Note Kalau Tak Nak Ruam Naik!

  • 3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

    3 kesalahan ibu bapa yang boleh menyebabkan ruam lampin pada bayi

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
Artikel
  • Komuniti
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • #MoneyParenting
  • Gaya Hidup
  • Beli-Belah
Alat
  • ?Komuniti Ibu-Ibu
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
  • Resipi
  • Makanan
  • Poll
  • VIP Parents
  • Pertandingan
  • Photobooth

Download aplikasi kami

Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
  • Alat
  • Artikel
  • ?Feed
  • Poll