Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Sekiranya anak anda balik sendiri dari sekolah, pastikan dia tahu dan mengamalkan 8 langkah-langkah ini untuk keselamatan dirinya.

Anak balik sendiri dari sekolah, selamat ke?

Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa selalu menghantar saya dan kakak dengan menggunakan kereta.

Biarpun pergi tusyen, atau ke rumah kawan. Mereka akan memastikan kami selamat sampai ke destinasi.

Ketika saya berumur 11 tahun, ibu  bersetuju untuk membiarkan saya dan kakak  berjalan kaki sendiri kira-kira 10 minit ke rumah guru piano kami.

Ibu rasa sangat berat hati tapi terpaksa kerana ada urusan perniagaan yang penting.

Kami sangat gementar dan teruja dengan kebebasan baru ini.

Tapi ketika kami ingin melintas jalan dan tiba-tiba hon kereta berbunyi, kami terkejut dan terus teringat realiti sebenar.

Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Kredit: Huffington Post Canada

Apa-apa sahaja boleh berlaku dalam sekelip mata dan kami perlu lebih berjaga-jaga dan sedar tentang apa yang berlaku di sekitar kami.

Namun, tak semua ibu bapa ada masa atau kemewahan untuk jadi driver buat anak-anak yang pergi ke sekolah. 

Ini perkara yang biasa dan kadang-kadang kita dapat melihat pelajar sekolah rendah naik bas atau berjalan balik ke rumah sendiri.

Bagaimana anda memastikan anak-anak anda balik dengan selamat? 

Berikut adalah langkah keselamatan penting ibu bapa perlu tahu dan ajar pada anak:

#1 Langkah-langkah keselamatan sebagai pejalan kaki

langkah keselamatan

  • Jangan jadi pejalan kaki yang tidak menghormati peraturan jalanraya
  • Selalu menyeberang di lintasan pejalan kaki yang betul
  • Sentiasa berwaspada dan berhati-hati dengan kereta yang datang
  • Selalu gunakan laluan jalan kaki dan jejantas
  • Elak dari menyeberang di hadapan atau di antara kenderaan yang berhenti
  • Tunggu sehingga “lelaki hijau” menyala sebelum menyeberang jalan

Ini cuma beberapa langkah-langkah yang penting sahaja. Untuk peraturan jalan penuh, rujuk laman Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

Adakah anak anda cukup besar untuk balik ke rumah sendirian?

Pastikan anak anda cukup besar dan benar-benar bersedia untuk balik ke rumah bersendirian.

Anak dalam lingkungan usia 10 hingga 12 tahun (Sekolah Rendah Tahun 4 dan ke atas), biasanya sudah boleh balik dari sekolah dengan sendiri.

Walaupun usia yang disarankan adalah anggaran sahaja, ini masih bergantung kepada tahap kematangan setiap anak.

#2 Guna kata laluan rahsia untuk keselamatan anak anda
Anak Saya Akan Balik Sendiri Dari Sekolah Hari Ini, Adakah Dia Akan Selamat?

Gunakan kata laluan rahsia sebagai salah satu daripada langkah keselamatan supaya anak boleh membeza orang selamat dan orang yang tidak boleh dipercayai

Pakar mengesyorkan ibu bapa untuk menggunakan kata laluan rahsia yang hanya diketahui oleh ahli keluarga sahaja.

Kata laluan rahsia ini boleh digunakan untuk membezakan orang yang tidak dikenali dari orang yang selamat. 

Contohnya, jika ada orang asing yang mendakwa dia telah disuruh untuk mengambil anak anda dari sekolah, tapi tidak dapat memberikan kata laluan rahsia, maka anak anda pasti akan tahu orang itu sedang berbohong.

#3 Berhati-hati dengan orang yang licik

Walaupun anda fikir cukup untuk mengajar anak supaya tak ikut orang yang tidak dikenali, sebenarnya lebih baik ajar mereka untuk awasi orang yang licik.

Orang yang licik adalah orang tidak selamat yang akan cuba menipu kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang salah atau berbahaya.

Mereka mungkin rakan saudara atau keluarga, mahupun orang asing yang berpakaian baik dengan penampilan luar yang tidak bahaya.

#4 Tahu bila untuk melarikan diri

langkah keselamatan

Beritahu anak untuk sentiasa mempercayai naluri hatinya apabila dia rasa perasaan tidak selesa tentang seseorang atau sesuatu.

Perasaan tidak sedap hati ini boleh menolong anak untuk mengetahui bila masa untuk melarikan diri dari sesiapa atau apa sahaja yang dia rasa mungkin merbahayakan.

#5 Apabila anak anda tersesat

Ajar anak apa yang perlu dilakukan apabila mereka tersesat dan tidak dapat mencari jalan balik ke rumah. Pastikan mereka telahpun menghafalkan nombor anda atau suami anda.

Perlukah mereka menelefon anda? Atau turun di hentian bas terdekat kemudian cuba tentukan arah tujuannya? Patutkah dia meminta pertolongan dari orang yang selamat? 

Yang paling penting, ingatkan anak untuk sentiasa tenang dan fokus ketika dia cuba untuk memikirkan langkah keselamatan yang seterusnya.

#6 Sentiasa update dan beritahu ibu bapa

langkah keselamatan

Hantarkan teks atau hubungi ibu bapa apabila anak sudah sampai ke rumah dengan selamat. 

#7 Balik dengan kawan-kawan

Jika anak anda ada seorang teman sekolah yang tinggal di blok atau kawasan perumahan yang sama, mereka boleh balik bersama-sama.

Mereka boleh saling menjaga dan menemani satu sama lain semasa perjalanan ke sekolah dan pulang ke rumah.

Anda boleh menghubungi teman itu atau ibu bapanya kalau terdapat sebarang kecemasan ataupun apabila anak tidak dapat dihubungi.

langkah keselamatan

Balik bersama teman supaya boleh saling mengingatkan satu sama lain tentang langkah keselamatan

#8 Berlatih bersama-sama

Sebagai percubaan, biarkan anak anda pulang dari sekolah sendiri. Anda boleh mengikutnya dari belakang tanpa menunjukkan jalan.

Ini boleh menolong anak untuk membiasakan diri dengan jalan yang betul apabila masih di bawah pengawasan ibu bapa.

Anda juga boleh cuba latih semula senario yang mungkin dihadapi (contohnya apabila anak dihentikan oleh orang asing, atau apabila mereka terambil bas yang salah, mahupun tersesat jalan) serta langkah-langkah yang patut dilakukannya.

Selamat mencuba ibu bapa semua!

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Langkah-langkah mempertahankan diri untuk kanak-kanak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner