Langkah-langkah lucu sambil mandi apabila mempunyai anak kecil di rumah

Cerita lawak Ibu

Langkah pertama

sumber: Huffington Post

Anak anda baru tertidur dalam buaian. Sekarang masa yang paling sesuai untuk mandi. Masuk bilik mandi, terus buka baju.

Langkah ke-2

sumber : BabyCenter Blog

Sambil buka baju, teringat  pulak hari tu terbaca artikel mengenai bahaya membiar anak tidur dalam buaian.  Alamak! Anda terus bergegas keluar berlapik towel sahaja (kadang-kadang terlanjang pun ada, kalau tiada orang di rumah) dan alihkan anak ke katilnya.

Langkah ke-3

sumber : Ice Trend

Masuk balik bili mandi…. wah shyoknye air nihhhh.

Langkah ke-4

sumber : spoilersguide

Apa bunyi tu? Anak saya nangis ke? Anda terus berhenti mandi, dan cuba dengar dengan teliti. Anak saya ke tu? Anda cuba buka pintu bilik mandi perlahan-lahan, dan mengintip melalui ruang pintu. Apa bunyi tu? Mimpi ke saya ni?

Anda terus cepat-cepat cucikan rambut. Mandi kerbau je lah, mana tau nanti anak bangun. Cepat, cepat, cepat! Mana pergi perapi rambut tadi? Eh! Dah cuci ke belum badan!?

Langkah ke-5

sumber : Thought Catalog

Tanggis bayi semakin kuat. ALAMAK! BERAPA LAMA SUDAH ANAK SAYA MENANGGIS!!?

*Mengeluh* Anak jiran yang menanggis tadi.

Langkah ke-6

Semua kembali diam. Sambung balik mandi.

Langkah ke-7

sumber : thefederalist

Eh kenapa diam sangat pulak ni? “Sayang.. sayang?” “Yang? Sayang ok tak?” “Apa pulak budak tu buat sekarang?”

Langkah ke-8

sumber : Rilek1Corner

Anak mula nanggis. “oh nasib…. ingat apa tadi.”

Langkah ke-9

sumber : Dramabeans

Anda keluar dari bilik mandi dan hampir terjatuh, “Dah… Dah… Jangan nanggis sayang, ibu sayang.”

Langkah Sepuluh

sumber: That’s Life

Eh? Perapi rambut ke yang masih di rambut saya ni!??