Tertekan Selalu Dirogol Bapa, Remaja Nekad Lari Dari Rumah & Pernah Cuba Bunuh Diri

Tertekan Selalu Dirogol Bapa, Remaja Nekad Lari Dari Rumah & Pernah Cuba Bunuh Diri

Seorang remaja perempuan dilaporkan telah nekad lari dari rumah bapanya di Ampang, Kuala Lumpur kerana mengalami tekanan akibat sering menjadi mangsa rogol

Tidak semua anak-anak bernasib baik selepas kedua ibu bapa mereka membuat keputusan untuk berpisah. Ada yang diberikan kasih sayang cukup, ada juga yang ditindas secara dalam diam sehingga membuatkan mereka tertekan dan nekad lari dari rumah.

Harapkan pagar, pagar makan pagi. Itulah pepatah yang paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami oleh seorang remaja perempuan ini setelah menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sendiri.

Remaja lari dari rumah tertekan jadi mangsa pemuas seks

remaja lari dari rumah credit to sources

Menurut keterangan yang diperoleh daripada pihak berkuasa, seorang remaja perempuan mengalami tekanan akibat dia menjadi mangsa rogol bapa kandung secara berterusan sejak bulan Februari lalu.

Perbuatan terkutuk berkenaan terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan pada pihak polis yang menyedari dia bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur pada 1 November lalu untuk pulang ke rumah ibunya yang berada di Kuala Nerang, Kedah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata berdasarkan keterangan mangsa, dia mengatakan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya berusia 42 tahun di kediaman mereka.

''Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan orang lain,''

''Bapanya melakukan perbuatan terkutuk itu pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang nyenyak tidur,'' katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Pernah cuba untuk membunuh diri

Mohamad Farouk berkata, perbuatan tersebut telah menyebabkan mangsa berasa tertekan dan takut. Dia juga pernah cuba untuk membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai pada Jun lalu, namun tidak ada sebarang laporan polis diterima.

dirogol bapa kandung credit to sources

''Mangsa merupakan anak tunggal dan masih bersekolah di salah sebuah sekolah menengah di kawasan ini. Siasatan mendapati ibu bapanya juga telah berpisah sejak tahun 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan,''

''Sebelum ini mangsa membesar dan tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun pada September 2019, bapa kandungnya telah mendapat hak penjagaan anak dan membawa mangsa tinggal bersama isteri dan 4 anak tiri di dalam rumahnya.'' jelasnya.

Susulan daripada laporan terbabit, pihak polis telah berjaya menahan suspek di kediamannya pada 2 November lalu.

''Hasil semakan turut mendapati bahawa suspek memiliki rekod 1 kes rogol sumbang mahram melibatkan adik iparnya pada tahun 2004, manakala keputusan ujian saringan air kencing yang dilakukan didapati suspek negatif dadah.''

''Suspek telah direman selama tujuh hari bermula tarikh 2 hingga 6 November ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah rogol secara sumbang mahram,'' jelasnya.

5 larangan penting sekiranya anda menjadi mangsa rogol

Ada beberapa larangan yang perlu anda lakukan setelah menjadi mangsa jenayah rogol, iaitu:

#1. Elakkan mandi

Larangan ini adalah untuk membantu proses pengesahan air mani, di mana ia perlu dilakukan dengan teknik hair combing iaitu pengesahan air mani dan gentian fiber, benda asing serta bulu asing pada rambut di kepala dan di bulu kemaluan anda.

#2. Menggosok gigi

Anda dilarang menggosok gigi kerana ia mampu memusnahkan bukti penting seperti darah atau air mani sekiranya berlaku seks oral dan air liur pelaku.

#3. Makan dan minum

remaja dirogol bapa kandung credit to sources

Tujuannya adalah sama seperti larangan anda menggosok gigi. Seks oral adalah aktiviti menggunakan mulut dan lidah untuk menjilat atau mengulum kemaluan.

#4. Menukar pakaian

Mangsa dilarang menukar pakaian terutamanya seluar dalam bagi pengesahan air mani. Sekiranya terpaksa, pastikan simpan semua pakaian yang anda pakai semasa kejadian dan bawa ke hospital.

Jangan membersihkannya kerana ada kemungkinan bahawa air mani dan DNA suspek masih melekat.

#5. Segera berjumpa doktor dan buat laporan polis

Langkah melakukan pemeriksaan kesihatan ini amat penting dalam membantu siasatan polis. Ini kerana pihak berkuasa memerlukan bukti kukuh terhadap perogol. Sekiranya anda melengah-lengahkan diri untuk ke hospital iaitu seminggu selepas kejadian, ada kemungkinan bahawa sampel DNA atau air mani sudah hilang.

Justeru, dalam pada anda ketakutan dan panik. Usahlah melakukan perkara di atas bagi membolehkan anda mendapat pengadilan dan suspek dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Sumber: Harian Metro, Mstar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner