Filem Animasi Comel The Lego Movie 2: The Second Part Menampilkan Kelainan Untuk Hiburan Anda Sekeluarga!

Watak kegemaran penulis, mestilah Unikitty!

Ingatkah anda pada filem The Lego Movie? Pastinya filem tersebut antara filem yang ditunggu ramai pada awal kemunculannya, khususnya peminat permainan yang mencabar pemikiran kreatif, LEGO.

Berita baik buat peminat filem LEGO, tahun ini sekali lagi anda akan kembali berpusu ke panggung wayang bersama keluarga bagi menyaksikan filem prekuel The Lego Movie, kali ini dengan The Lego Movie 2: The Second Part!

The Lego Movie 2: Filem Sekuel LEGO Terbaharu dari filem The Lego Movie

the lego movie, the lego movie 2, lego movie, apa itu lego, sejarah lego, watak dalam lego movie, midvalley megamall,lego duplo, jenis lego, lego pertama di dunia, sumber: popinsider.com

The LEGO Movie telah menjadi satu fenomena global sejak pelancarannya pada 2014, dan telah menerima pelbagai pengiktirafan dan memungut hasil box office kira-kira AS$1 bilion di seluruh dunia.

Malah ia turut dicalonkan dalam pelbagai majlis anugerah berprestij seperti Academy Awards, Golden Globes Awards dan British Academy Film Awards (BAFTA).

Filem sekuel ini merupakan salah satu daripada filem animasi yang paling dinanti-nantikan pada 2019. Emmet telah kembali dan dia sekali lagi berazam untuk memenuhi peranannya sebagai ‘the special one’ (yang teristimewa); bagi menyelamatkan rakan-rakannya dari genggaman penakluk angkasa dan mengembalikan semula kegemilangan bandaraya Bricksburg yang tercinta.

Sama seperti karakter utama Emmet Brickowski, suara Rex juga diisi oleh Chris Pratt. Dalam trailer menampilkan Emmet yang sedang menjalankan misi untuk menyelamatkan Wyldstyle alias Lucy (Elizabeth Banks).

The Lego Movie 2: The Second Part Menjanjikan Kelainan, Namun dengan Barisan Bintang Yang Sama

Selain Chris Pratt dan Elizabeth Banks, "The Lego Movie 2: The Second Part" juga kembali dengan deretan bintang yang berbakat seperti Alison Brie (Unikitty), Will Arnett (Batman), Nick Offerman (MetalBeard), dan Channing Tatum (Superman). Tidak ketinggalan juga Tiffany Haddish (Ratu Watevra Wa-Nab) serta Stephanie Beatriz (Sweet Mayhem).

the lego movie, the lego movie 2, lego movie, apa itu lego, sejarah lego, watak dalam lego movie, midvalley megamall,lego duplo, jenis lego, lego pertama di dunia, sumber: zimbio

Menariknya, filem animasi garapan Warner Bros ini juga menonjolkan beberapa adegan baru menarik. Salah satunya adalah klip tambahan dari penjajahan alien dan adegan para superhero terkenal seperti Superman, Wonder Woman dan Green Lantern!

Dalam sekuel kedua "The Lego Movie” ini, para pahlawan Bricksburg akan bersatu dalam pertempuran penuh aksi untuk menyelamatkan kota tercinta mereka.

Berselang 5 tahun berlalu semenjak tayangan filem pertamanya, The Lego Movie, dunia lego kembali terancam akibat serangan dari pasukan luar angkasa. Bukan hanya itu saja, mereka juga menculik Lucy dan menyebabkan pahlawan Bricksburg pun harus melawan penjajah luar angkasa yang kuat bernama Lego Duplo!

The Lego Movie 2: Sertai Acara Menarik LEGO di Midvalley Megamall Februari Ini!

Minggu lalu di Midvalley Megamall, LEGO Malaysia meraikan pelancaran filem animasi yang paling dinanti-nantikan tahun ini, The LEGO Movie 2: The Second Part dengan penganjuran acara untuk orang ramai.

Acara ini turut menyediakan promosi dan menawarkan hadiah menarik untuk setiap pembelian LEGO.

the lego movie, the lego movie 2, lego movie, apa itu lego, sejarah lego, watak dalam lego movie, midvalley megamall,lego duplo, jenis lego, lego pertama di dunia,

Acara bermula pada 13 hingga 24 Februari 2019 yang berlangsung di Mid Valley Megamall akan menampilkan  6 dunia berbeza seperti yang ditampilkan di dalam The LEGO Movie.

the lego movie, the lego movie 2, lego movie, apa itu lego, sejarah lego, watak dalam lego movie, midvalley megamall,lego duplo, jenis lego, lego pertama di dunia,

Antara zon-zon yang boleh disaksikan oleh para pengunjung ialah:

‘Systar System’ di mana kanak-kanak berpeluang untuk bersaing dengan watak kegemaran mereka daripada filem The Lego Movie 2

Bengkel ‘Duplo Monster’ di mana mereka boleh membina makhluk penakluk angkasa DUPLO
mereka sendiri!

Zon ‘Apocalypseburg’ di mana anda boleh merakam filem hebat sendiri dengan menggunakan set LEGO® Movie Maker!

the lego movie, the lego movie 2, lego movie, apa itu lego, sejarah lego, watak dalam lego movie, midvalley megamall,lego duplo, jenis lego, lego pertama di dunia, Wajah Emmet yang boleh berubah riak wajah dari sudut berbeza.

LEGO turut menawarkan promosi istimewa sempena acara berkenaan. LEGO akan menghadiahkan satu Lenticular Emmet Mosaic edisi terhad dengan setiap pembelian set ‘Welcome to Apocalypseburg’.

Para pengunjung yang membuat pembelian berjumlah RM179 ke atas di acara berkenaan juga akan menerima satu hadiah berbentuk hati yang sangat comel. Tawaran ini hanya terdapat di acara berkenaan yang berlangsung
di Mid Valley Megamall, sementara stok masih ada.

Wah menariknya! Jom ajak keluarga menonton filem The Lego Movie 2 sekarang!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!