Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

lead image

Pastikan teknik lekapan yang betul dilakukan bayi anda semasa menyusu. Kalau tidak, bayi akan kelaparan, anda kepenatan, dan susu badan pun mula kurang!

Tanpa teknik lekapan yang betul ketika menyusu, ibu akan mengalami puting luka mahupun sakit ketika menyusu.

Namun, ramai ibu menyusu yang tidak sedar lacthing (teknik lekapan pada payudara) yang dilakukan bayi mereka salah. Biasanya, hal ini terjadi pada ibu dengan:

Sebab itu hari ini, theAsianparent Malaysia akan berkongsi apakah teknik lekapan yang betul agar bayi anda benar-benar mendapat susu badan yang amat berkhasiat itu. 

Jom kita sama-sama semak apakah teknik lekapan yang tepat ini.

Bagaimana ingin pegang bayi agar teknik lekapan betul?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/01/posisi menyusukan bayi 1.jpg Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

Ibu menyusu harus memegang bayi dengan rapat agar bayi anda itu bukan saja dapat memasukkan keseluruhan puting ke dalam mulutnya.

Malah, areola (bahagian gelap di puting) anda juga perlulah masuk ke dalam mulutnya. Akan tetapi, jika payudara ibu menyusu sedikit besar, jangan risau jika areola itu tidak masuk sepenuhnya.

Antara posisi menyusu badan yang tepat dan membolehkan bayi membuat lekapan yang betul adalah posisi: 

  1. cross-cradle
  2. cradle
  3. football
  4. side-lying

Pastikan posisi bayi anda selari dengan payudara anda. Angkat payudara dengan tangan dan tawarkan puting payudara ke mulut bayi.

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/01/posisi menyusukan bayi 2.jpg Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

Jangan cubit puting atau payudara anda semata-mata kerana inginnya timbul dan dihisap bayi dengan tepat. Jangan juga memaksa puting masuk ke dalam mulut bayi.

Bawa badan bayi ke arah payudara, bukan sebaliknya. 

Biar puting payudara menyentuh bibir bayi. Sebaik sahaja dia membuka mulutnya dengan luas seolah-olah ingin makan, barulah anda halakan payudara kepadannya. 

Puting payudara harus dimasukkan ke bahagian atas mulut bayi agar ia ke arah lelangit. 

Bagaimana nak pastikan lekapan yang betul dibuat bayi?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2018/01/b88604728z1 20170223144749 000ge8h0lpd2 0 l78u7sb7kw6qujeisn2 fct1542x1145x46x108 ct620x465.jpg Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

Untuk memastikan bayi anda telah melekap dengan tepat pada payudara anda, sila semak checklist ini:

  • Pastikan badan bayi anda (termasuklah leher, bahu & perutnya) menghadap dan selari ke arah anda. Dagu bayi harus menyentuh payudara
  • Mulut bayi terbuka luas dengan bibirnya sedikit menjuih ke depan
  • Bibir bayi harus meliputi ke semua kawasan areola anda. Jika areola anda besar, mungkin sebahagian besarnya tidak akan masuk ke dalam mulut bayi. Jangan panik. 
  • Bayi anda harus mula menghisap perlahan-lahan dan mendalam
  • Tiada rasa sakit pada puting payudara anda
  • Anda dapat melihat bayi menelan (ini maksudnya ada susu yang keluar dan bayi sedang minum susu badan dengan betul)

Berapa lama bayi perlu minum susu badan?

Jika teknik lekapan betul, bayi biasanya akan menghisap susu badan sehingga mereka puas dan kenyang. Biar bayi sendiri yang melepaskan payudara anda.

Hisapan yang elok adalah selama 20 minit hingga 40 minit bagi setiap sesi penyusuaan. 

Jika bayi anda menghisap lebih lama dari 40 minit, cuba semak semula bagaimana lekapan bayi pada payudara. Pasti ia dalam keadaan yang salah!

Sebab itu susu badan anda akan kurang keluar dan lama kelamaan, anda akan mengalami masalah susu badan berkurang. 

Bagaimana nak bagi bayi melepaskan payudara?

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/sites/6/2017/12/menyusukan bayi baru lahir kekerapan.jpg Teknik Lekapan Yang Salah Punca Bayi Kelaparan, Ibu Give Up & Susu Kurang!

Jika anda perlu melakukan sesuatu dan perlu melepaskan bayi dari payudara sebelum sesi penyusuan lengkap, jangan tarik terus payudara anda

Pertama sekali, cuba hentikan hisapan anak dengan menolak dagunya ke bawah atau anda boleh meletakkan jari di antara pipi bayi dan payudara anda. 

Kemudian, tekan payudara perlahan-lahan daripada bayi. InsyaAllah, bayi akan melepaskan payudara anda. 

Jika anda masih belum jelas bagaimana teknik lekapan yang betul dan bagaimana ingin memastikan bayi anda melekap dengan tepat pada payudara, sila semak video di bawah ini:

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda! 

Menyusukan bayi sudah tentu menjadi mudah jika dapat sokongan dari ibu-ibu menyusu yang lain, jadi join group Facebook Komuniti Ibu Menyusu ini untuk info dan berkongsi dengan ibu-ibu lain.

*Tips ini disediakan oleh Laman Web Pakar Penyusuan Ibu di  dengan bangganya disokong oleh Philips AVENT.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!