Lelaki Ini Ajar Cara Pujuk Isteri Merajuk Yang Terbukti Berkesan, Apa Lagi Suami? Cubalah!
Apa yang paling penting, ketika mencuba cara pujuk isteri merajuk ini, hati si suami pun janganlah keras sangat ya! Wujudkan taman sikit, demi isteri anda.
Dalam apa sahaja hubungan, pertelingkahan antara suami isteri memang “normal”. Biasanya, si suami akan mengelakkan situasi kecoh, atau apabila isteri hilang akal dan bertindak macam “hantu”. Tetapi, untuk seorang abang ni, dia tidak menggalakkan larikan diri dari masalah rumah tangga. Lebih-lebih lagi apabila isteri merajuk. Penting untuk setiap suami tahu cara pujuk isteri merajuk ya!
Abang Abu Hurairah Asifa mengajar kita macam mana nak pujuk isteri, walaupun isteri marah, merajuk dan mudah hilang pertimbangan.
Cara Pujuk Isteri Merajuk: Jangan Lari!
Bila isteri marah, memang senang untuk ambil kunci kereta, memandu ke kedai mamak untuk menonton “football” sampailah kemarahan isteri reda, barulah kita akan balik. Memang senang tapi, janganlah. Mungkin isteri marah entah pasal tapi, kita harus tengok kelakuan isteri.
Kalau isteri cakap diam, kita diamlah saja. Kalau isteri cakap “Kenapa diam???” Anda pun jawablah dengan sabar. Perkara ini akan berulang sampai akhir. Biar je isteri marah. Perasaan marah itu akan reda.
Cara nak pujuk isteri: Masa isteri marah
Bila isteri marah, beliau kehilangan akal dan tindakan. Isteri akan bertindak melulu, emo, dan macam hantu. Kalau tindakan isteri agak teruk, bawalah anak masuk ke bilk dan kuncikan bilik.
Paling marah pun, kemarahan mereka akan reda paling pun separuh masa kedua masa Manchester leading, dia akan OK.
Peganglah tangan isteri apabila mereka sedih
Peganglah tangan isteri, dan sapu air mata di pipinya. Cakap dengan hati kalau takde ayat dan IsyaAllah, hatinya akan lembut dan dia akan sandarkan kepalanya atas bahu anda. Dia akan menangis lagi, dan bila selesai, ajaklah isteri untuk berjumpa dengan anak, minta maaf dengan mereka. Mereka tak salah.
Cium dan peluklah mereka. Last sekali, ajaklah isteri mandi untuk bertenang.
Hati itu janganlah keras sangat. Buatlah taman sikit. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk para suami di luar sana. Selamat memujuk isteri merajuk anda!
Jangan anda pula yang merajuk juga ya? 😉
Gambar dan artikel dari laman Facebook Abu Hurairah Asifa
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sering Selisih Pendapat dan Persetujuan Dengan Pasangan? Cuba Tips Komunikasi Berkesan Ini