Lelaki ini terima bayi luar nikah kekasihnya bukti cinta sejati!

lead image

Sungguh murni cinta lelaki ini hingga beliau sanggup menerima seorang anak luar nikah lelaki lain sebagai anak kandungnya. Selami kisah cinta sejati ini.

Isu anak luar nikah di Malaysia

Anak luar nikah masih dianggap sebagai perkara ‘taboo’ yang tidak dipandang senang di kalangan masyarakat Malaysia. 

Tapi kalau nasi sudah jadi bubur, seorang wanita perlu kuat semangat untuk meneruskan kehamilan luar nikah walaupun diberi pandangan negatif oleh orang sekeliling.

Namun, tak semua lelaki akan bertanggungjawab sebagai seorang bapa apabila mendapati pasangan mereka hamil. Begitulah nasib Nicole Tee dan kisahnya yang telah tular di Facebook baru-baru ini.

Impian untuk memulakan keluarga sendiri telah berkecai apabila Nicole ditinggalkan oleh bekas pasangannya ketika hamil dengan anak mereka. 

Tapi bagaikan happy ending drama Korea yang romantik, Nicole telah bertemu dengan pasangan baru (Fang Seng) yang sangat mencintainya, dan rela menerima anak Nicole sebagai anak sendiri!

“Saya belum bersedia sebelum ini”

“Beberapa bulan lalu, ketika masih hamil, saya rasa sangat tertekan dan tak mahu bersosial dengan orang lain.

Saya tak mahu dipandang sebagai wanita yang sedang mengandung anak luar nikah. Ketika itu saya bertemu dengan teman lelaki saya sekarang, dan kami mula berkawan.

Walaupun Fang Seng tahu saya sedang hamil, dia telah menjaga saya dengan baik, dan memberi keyakinan kepada saya. “

anak luar nikah

Sumber gambar: Facebook

“Pada satu hari, dia datang jumpa saya dengan sejambak bunga dan telah meluahkan perasaannya.

Fang Seng telah memutuskan untuk menjaga saya dan anak saya walaupun tahu anak saya anak luar nikah.

Dia telah melafazkan rasa cinta, tapi saya tak menerimanya pada masa itu kerana saya belum bersedia.”

Untuk menunjukkan keikhlasannya, Fang Seng telah menjaga Nicole sepanjang kehamilan.

Hari demi hari, hati Nicole semakin lembut apabila menerima curahan kasih sayang dari Fang Seng. Akhirnya Nicole telah menerima Fang Seng sebagai teman lelakinya.

anak luar nikah

Sumber gambar: Facebook

Fang Seng menerima anak Nicole walaupun tahu anaknya itu anak luar nikah

Walau Fang Seng telah menyatakan dia akan menerima anak Nicole sebagai anak sendiri, Nicole masih takut Fang Seng akan menukar fikirannya.

Nicole telah berulang kali bertanya,

Betul ke kamu tidak kisah anak ini bukan darah daging kamu sendiri?”

Jawapan yang diberi Fang Seng benar-benar membuka hati Nicole. Fang Seng mengatakan – 

“Bayi ini mungkin tak ada DNA saya, tapi dia masih seorang manusia bernyawa dan kamu yang membawanya ke dunia ini.

Saya sudah memutuskan untuk bersama kamu, jadi saya juga akan menyayangi dan menerimanya sebagai anak sendiri.”

Apabila orang lain bertanya tentang bayi Nicole, Fang Seng akan memberitahu mereka dialah bapa kepada anak itu.

Selain itu, Fang Seng telah berusaha untuk menimba ilmu tentang kehamilan supaya boleh menyokong Nicole dan memastikan dia sentiasa selesa.

Pada hari kelahiran anak mereka, Fang Seng telah menutup kedainya dengan tergesa-gesa untuk bersama Nicole di hospital.

anak luar nikah

Dia bukan anak luar nikah, dia adalah anak saya, Sumber gambar: Facebook

“Hati saya sungguh tersentuh mengenangkan semua pengorbanan Fang Seng untuk saya dan bayi saya.

Selepas saya dan bayi saya balik dari hospital, dia masih mencurahkan kami berdua dengan penuh kasih sayang. “

Apabila saya melihat pasangan muda ini yang saling menyayangi, saya terfikir betapa bertuah kehidupan Nicole sekarang kerana akhirnya dapat bersama jodohnya. 

Jarang kita akan dengar seorang lelaki sanggup dan rela menerima anak luar nikah yang bukan anak kandungnya untuk dijadikan anak sendiri.

Kisah mereka adalah bukti bahawa masih ada cinta sejati di dunia ini dan kami dari AsianParent Malaysia mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk mereka.

 

 

 

 

 

 

Sumber: World of Buzz.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tip Menjadi Suami yang Hebat – Nasihat Dari Seorang Lelaki kepada Seorang Lelaki