5 perkara yang suami mahu ketika aksi di ranjang, no #3 paling menyampah!

lead image

Pernahkah anda tertanya-tanya apa yang lelaki mahu dari wanita ketika beraksi di ranjang? Sebenarnya, ini 5 benda apa yang suami anda mahukan!

Pernah tak anda terfikir apa yang lelaki mahu dari wanita ketika berhubungan intim? Apa yang difikirkannya? Apa yang suami anda itu paling nak?

Adakah lelaki sebenarnya mengharapkan benda yang sama seperti wanita? Kalau wanita, mereka mahu sesi foreplay yang lebih panjang sebelum berasmara. Ia untuk pemanasan. 

Ataupun adakah lelaki mahu dari wanita sentuhan lembut juga? Dipetik dari Hallosehat, hari ini kami bawakan rahsia 5 benda lelaki mahu dari wanita ketika beraksi di ranjang.

Semua keinginan yang lelaki mahu dari wanita ini dikupas oleh doktor pakar kesihatan jiwa, merangkap penulis buku, Dr. Mark Epstein. Jom tengok apa yang lelaki mahu dari wanita ini!

5 perkara lelaki mahu dari wanita ketika berasmara

#1 Aksi foreplay

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/04/posisi seks 2.jpg 5 perkara yang suami mahu ketika aksi di ranjang, no #3 paling menyampah!

Sebenarnya, suami anda itu juga mahukan sesi foreplay atau pemanasan sebelum beraksi. Tapi mereka takut. Mengapa?

Mereka takut jika mereka menghabiskan masa dengan foreplay, nanti ketika tiba waktu untuk penetrasi, zakar mereka sudah sukar nak menegang

Malah, salah satu sebab mengapa mereka “malas” nak foreplay ialah kerana mereka takut akan terjadinya ejakulasi pramatang. Potonglah mood anda, kan? 

#2 Rasa diingini oleh wanita tersebut

Sebenarnya, apa yang lelaki mahu dari wanita ketika berhubungan intim ialah rasa diingini. Apabila mereka dapat melihat anda mengingini mereka, mereka akan lebih ghairah.

Jadi, tak mustahil aksi di ranjang akan jadi lebih hot, huhu! 

#3 Bersenggama dengan lampu yang cerah

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/cupleee.jpg 5 perkara yang suami mahu ketika aksi di ranjang, no #3 paling menyampah!

Lelaki ini merupakan makhluk yang tertarik dengan sesuatu melalui visual, itu bukan rahsia lagi, kan? Jadi sebab itu mereka ingin melihat anda sepenuhnya.

Maka, tidak hairan jika lelaki mahu dari wanita aksi di ranjang dengan lampu yang cerah menyala. Hal ini mampu membantu pasangan anda itu menatap anda sepuas-puasnya saat melakukan hubungan seks.

Anda suka tak berhubungan dengan lampu yang cerah? 

#4 Lelaki mahu dari wanita pelbagai posisi seks

Bukan lelaki saja yang akan bosan dengan posisi sama saja ketika berhubungan seks. Anda juga pasti akan bosan kan?

Sebab itu suami isteri perlu mempelbagaikan posisi seks yang boleh kalian cuba. Kami sarankan anda pilih posisi atau mana-mana gaya dari 99 cara bersetubuh ala Kamasutra ini.

Barulah tak bosan aksi di ranjang itu!

#5 Terus tidur lepas melakukan hubungan seks

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/black couple in bed sex love laugh happy e1474979133812 690x450 crop 80.jpg 5 perkara yang suami mahu ketika aksi di ranjang, no #3 paling menyampah!

Ya, aksi seks amat memenatkan. Tidak hairanlah mengapa lelaki mahu rehat selepas berhubungan seks. Sebenarnya, lelaki memang terbukti akan cepat tidur selepas seks pun!

Jadi, anda janganlah terasa atau kecewa jika anda ingin sesi afterplay seperti cuddling pula selepas itu. 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

6 benda yang dibenci suami ketika posisi missionary, no #2 pun mereka tak suka!