GEMPAR: Letupan Di City One Megamall, Kuching - Apa Parents Perlu Buat Jika Bawa Anak?

lead image

Gempar! Terdapat letupan di City One Megamall, Kuching baru-baru ini. Parents, ambil tahu panduan apa anda patut buat jika menghadapi situasi ini dgn anak!

Gempar – Letupan City One Megamall Kuching

Tergempar! Satu letupan dikatakan telah berlaku di City One Megamall Kuching pada lebih kurang pukul 3:30 petang hari ini. Punca kejadian masih belum diketahui dan masih disiasat.

Menurut laporan Berita Harian dan Channel News Asia, hingga kini, terdapat seorang pekerja cedera dalam kejadian letupan dari sebuah premis perniagaan dalam Pusat Beli Belah City One tersebut, manakala 18 lagi cedera. 3 orang dilaporkan maut.

Difahamkan, premis perniagaan terbabit dalam proses pengubahsuaian ketika kejadian berlaku.

Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan letupan besar telah bunyi sekitar pukul 3:30 petang tadi.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/47318162 361644361076181 8085535775946440704 n.jpg GEMPAR: Letupan Di City One Megamall, Kuching   Apa Parents Perlu Buat Jika Bawa Anak?

Ketika kejadian, dia sedang duduk di sebuah cafe berhampiran dengan Dreamtown, sibuk menemani anaknya yang bermain di taman permainan indoor terbabit.

Tiba-tiba, satu bunyi letupan besar kedengaran dan siling pusat membeli-belah itu keretakan. Laporan juga mengatakan terdapat gas yang meletup dalam sebuah kedai makanan Korea.

Apa anda harus buat jika berhadapan situasi ini dengan anak-anak?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/47484863 567040900376666 4458959502527430656 n.jpg GEMPAR: Letupan Di City One Megamall, Kuching   Apa Parents Perlu Buat Jika Bawa Anak?

Nasib baiklah saksi yang bersama-sama dengan anaknya itu berjaya keluar dari letupan City One Megamall dengan selamat. 

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga dan sebagai pengajaran, sila rujuk panduan di bawah tentang cara-cara berhadapan dengan situasi ini jika anda bersama anak-anak.

  1. Segera keluar dari bangunan tersebut mengikut panduan kecemasan/emergency responder
  2. Jauhkan diri dan anak-anak daripada tingkap
  3. Jika anda terperangkap di dalam bangunan, cari tempat yang boleh melindungi kepala seperti bawah meja
  4. Jangan menyalakan api
  5. Cari kawasan yang selamat dan berjauhan dari bangunan tersebut
  6. Guna tangga, jangan guna lif
  7. Ikut arahan yang diberi oleh krew kecemasan

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar semuanya selamat sahaja dalam kejadian letupan City One Megamall, Kuching ini.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!