Lihat Bagaimana Organ Anda Bergerak Memberi Ruang Kepada Bayi Anda Setiap Minggu
Lihat bahan yang telah di sediakan oleh Sains dan Industri Muzium di Chicago, ia menunjukkan bagaimana dalaman anda melaraskan kedudukan setiap minggu.
Pernahkah anda terfikir bagaimana badan anda boleh menyediakan ruang untuk bayi yang beratnya lebih kurang tiga kilogram, ditambah lagi dengan kehadiran plasenta semasa mengandung?
Perut anda yang secara semulajadinya adalah elastik dan mampu membina ruang untuk ahli baru.
Semua organ ini akan bergerak dan menghimpit satu sama lain sementara uterus anda membesar.
Inilah salah satu punca simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman yang anda alami semasa hamil.
Proses kehamilan yang indah!
Walaupun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari luar, perubahan dalaman yang dialami badan anda semasa kehamilan adalah sangat menakjubkan!
Lihat bahan yang telah di sediakan oleh Sains dan Industri Muzium di Chicago, ia ada menunjukkan bagaimana organ dalaman anda melaraskan kedudukannya setiap minggu selama 9 bulan mengandung.
Mari mulakan dengan minggu ke 5 dan ke 8 kehamilan anda.
Anda mungkin tidak tahu yang anda sebenarnya hamil, namun pundi kencing anda sudah pun dipenyek. Dan ini menjelaskan mengapa anda ingin ke tandas setiap lima minit.
Ia mula menjadi semakin menarik pada minggu ke 9 hingga ke 12. Jika perut anda mulai buncit, ianya masih dianggap kecil kerana uterus anda sedang melenyek usus anda!
Percepatkan masa ke 40 minggu, usus yang sama akan ‘hilang’ atau tersorok, yang menyebabkan sukar untuk anda makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus.
Proses seterusnya sangat menakjubkan!
Pada pertengahan kehamilan, perut anda akan ditolak hampir 45 darjah ke atas sehingga sama tahap dengan usus anda.
Ini menyebabkan pedih ulu hati anda semakin terasa dan boleh menjadi teruk.
Di dalam trimester ke tiga, organ anda akan terus “menghilang” kerana hati dan paru-paru anda akan dipenyek oleh perut dan usus.
Inilah sebabnya mengapa anda mula merasakan yang nafas anda pendek, terutamanya bermula pada 31 minggu kehamilan.
Bahan yang disediakan oleh pihak muzium tersebut juga menunjukkan perjalanan plasenta yang melalui pelbagai perubahan di dalam 40 minggu.
Bermula dari saat badan anda mula mencipta organ plasenta tersebut, dari tiada apa-apa untuk menampung bayi anda, sehinggalah ia sempurna terbentuk bagi melindungi bayi anda sehingga ke waktu kelahiran.
Anda juga boleh melihat bagaimana organ anda kembali kepada saiz, bentuk dan posisi asal semasa berpantang.
Ia juga menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh uterus anda untuk mengecil ke saiz asal.
Melalui grafik menarik ini, ia memberikan kepada anda perspektif terhadap perubahan yang terjadi di dalam badan anda.
Kini, anda akan mula faham dan tahu bagaimana rasa tidak selesa sepanjang kehamilan itu boleh terjadi. Ia adalah kerana badan anda terpaksa memberi ruang untuk bayi anda membesar!
Siapa sangka badan anda boleh membuat sesuatu yang sungguh menakjubkan, bukan?
Ia memberikan kita lebih sebab mengapa kita harus menghargai dan menjaga diri kita dengan baik.
Antara perkara yang anda mungkin alami semasa hamil:
- Kerap ke tandas, anda akan rasa tandas merupakan tempat yang paling kerap anda kunjungi semasa hamil.
- Mengalami rasa sakit pinggang. Badan anda berubah hanpir 360 darjah! Malah berat juga bertambah. Disebabkan itulah anda rasa sakit pinggang
- Sembelit. Seperti rajah di atas, usus anda dihimpit dan dipenyek. Sembelit adalah salah satu perkara yang sering dialami ibu hamil. Minum air secukupnya.
- Tanda regangan (strechmarks). Perut anda mengembang demi memberi ruang untuk bayi anda, tentu saja kulit anda merenggang. Namun, tidak mustahil untuk mengelakkannya.
- Kekejangan kaki. Badan anda semakin berat dan kaki anda terpaksa menanggung beban yang lebih biasa. Salah satu punca mengapa kaki anda mudah kejang.
Tidak kiralah sama ada saiz badan anda kecil atau besar, semua wanita hamil akan mengalaminya.
Para suami, lihatlah secara visual apa yang dialami isteri anda. Ianya sungguh menakjubkan!
Sumber: whattoexpect, womenshealth