Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

undefined

Ibu bapa sering mengajar anak-anak mereka tentang peraturan menaiki basikal, bermain air dan keselamatan di jalanraya. Tapi, bagaimana dengan penderaan seksual? Mari ajar mereka dengan 10 cara ini!

Tahukah anda…

Yang kanak-kanak perempuan lebih terdedah kepada masalah pencabulan berbanding kanak-kanak lelaki? Menurut laporan Children Welfare Information Gate, kanak-kanak perempuan lebih terdedah untuk dicabul, memiliki 1 daripada 4 peluang, berbanding lelaki.

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

Dan statistik terbaru mendedahkan kanak-kanak yang kurang berupaya memiliki kecenderungan sebanyak 2.9% lebih tinggi untuk dicabul! Percayalah… dunia ini aneh. Pencabul dan perogol di mana-mana. Jadi bagaimana ingin menjaga keselamatan anak-anak anda? 

Dengan mendedahkan mereka tentang kes penderaan seksual! Mereka harus tahu tentang apakah itu penderaan yang melibatkan seksual. Hakikatnya, majoriti kanak-kanak tidak pernah melaporkan kes penderaan seksual yang mereka alami kerana takut dengan reaksi keluarga.

Mengapa mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya penderaan seksual itu penting?

Ya, anda sebagai seorang ibu bapa masih belum bersedia untuk bercakap tentang hal seperti ini. Ia umpama topik “seks”. Dan biasanya, orang Malaysia mengganggap “seks” satu topik taboo! Tapi, jika anda sayang akan anak-anak anda, ubah pemikiran ini! Ajar anak anda tentang penderaan seksual agar mereka tak menjadi mangsa.

Tapi bagaimana? Kami tahu anda khuatir dan cemas dalam masa yang sama. Tapi, apa kata anda cuba 10 cara ini:

#1 Cakap dengan penuh kasih sayang

Jangan anggap topik penderaan seksual ini satu topik taboo lagi! Kanak-kanak berhak untuk tahu yang jika ada orang menyakiti dan mencabuli mereka – anda ada!

Jika anda bercakap tentang ilmu seks seperti “satu perkara aneh”, anak-anak akan berasa pelik. Bertenang. Anda tak akan merosakkan mereka, percayalah!

#2 Mula cakap tentang isu ini seawal usia 2 tahun

Mungkin kedengaran terlalu awal, kan? Tapi hakikatnya, kanak-kanak yang berusia bawah daripada 12 tahun paling berisiko untuk terdedah kepada bahaya penderaan seksual.

#3 Ajar anak anda tentang nama sebenar bahagian kemaluan mereka

Ada satu kes, seorang kanak-kanak yang telah dicabul gagal memberitahu ibunya yang beliau telah dicabul kerana kanak-kanak itu memanggil farajnya sebagai “perut”. Apabila dia dicabul, dia mengatakan “perutnya sakit“. Jadi ibunya tak sedar dia dicabul! Bahaya, kan?

Jadi, ajar anak anda nama sebenar bahagian kemaluan itu. Jangan beri nama-nama “comel”. Ajar mereka juga tentang anatomi badan lelaki dan perempuan juga.

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

#4 Hanya orang tertentu boleh menyentuh dan melihat alat sulit 

Apa yang paling penting, anda harus ajar mereka yang tiada sesiapa patut menyentuh dan melihat alat sulit mereka – melainkan jika mereka ingin membersih dan menjaga kesihatan.

Contohnya begini, hanya pengasuh/ibu bapa yang boleh menyentuh alat sulit mereka ketika mandi. Ataupun doktor yang ingin memeriksa kesihatan mereka. Jika ada orang lain buat perkara sama, dan anak anda kesakitan, minta mereka beritahu ibu bapa dengan segera!

#5 Ajar mereka rahsia tetap rahsia walaupun jika mereka beritahu ibu bapa 

Biasanya, kanak-kanak yang dicabul akan diminta untuk “merahsiakan” kes penderaan itu. Jadi, ajar anak anda, jika mereka beritahu sebarang rahsia pada anda pun, rahsia itu masih kekal rahsia.

Contohnya jika mereka bermain sebarang “permainan aneh” dengan mana-mana orang dewasa atau kanak-kanak lain. Ataupun mungkin ada sesetengah kes di mana mereka diminta untuk menyimpan rahsia kerana takut “sesuatu yang buruk akan terjadi”.

Ajar anak anda untuk melaporkan hal sedemikian pada anda!

#6 Alat sulit adalah bahagian peribadi

Usah rasa malu. Mulakan percakapan dengan nada kasual. Beritahu mereka tentang kepentingan dan keistimewaan alat sulit ini. Oleh itu, mereka tidak boleh membenarkan sesiapa menyentuhnya. Ajar juga tentang tidak elok memegang alat sulit orang lain! 

#7 Mereka anda hak untuk mengawal badan mereka

Bukan semua orang dewasa itu betul. Ajar mereka tentang hak mereka untuk mengawal badan sendiri. Cara mudah untuk mengajarnya? Jangan paksa mereka memberi pelukan dan ciuman pada mana-mana jiran atau keluarga anda. Biar mereka lakukan sendiri. Baru mereka tahu mereka ada “kuasa dan hak” ke atas tubuh badan mereka sendiri.

Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!

#8 Terangkan yang tiada sesiapa patut mencederakan mereka secara fizikal, terutamanya di kawasan alat sulit

85% daripada kanak-kanak yang terlibat dengan kes penderaan seksual telah dicabul oleh orang dewasa yang mereka kenali. Orang dewasa tersebut termasuklah ibu bapa sendiri, keluarga, rakan dari keluarga, jiran, cikgu atau pengamal agama. 

Sesiapa pun boleh jadi pencabul! Jadi anak anda harus tahu yang tiada sesiapa boleh mencabul mereka!

#9 Galakkan mereka untuk mempercayai “kata hati” bila sesuatu terjadi

Ibu bapa tidak seharusnya menanam rasa “takut” dalam diri anak-anak. Galakkan mereka untuk mempercayai “kata hati” atau naluri mereka jika sesuatu terjadi.

#10 Anda akan mempercayai kata-kata mereka jika mereka dicederakan

Kebanyakan pemangsa akan menggunakan reversed psychology untuk menundukkan mangsanya. Oleh itu, kanak-kanak akan takut untuk memberitahu ibu bapa mereka kerana menganggap ibu bapa tidak akan mempercayai kata-kata mereka. 

Jangan benarkan ia berlaku!

Semoga perkongsian ini membantu. Mari lindungi anak-anak kita!

Sumber rujukan: NSOPW dan Our Kids Center

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!