Linea Nigra: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Linea Nigra: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Pernahkah anda perasan terdapat satu garis menegak di antara butang perut anda dan kawasan kemaluan anda semasa anda hamil? Itulah “linea nigra” anda!

Linea Nigra: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Gambar: Holly Clark/Stocksy (What To Expect)

Pernahkah anda perasan terdapat satu garis menegak di antara butang perut anda dan kawasan kemaluan anda semasa anda hamil? Itulah “linea nigra” anda, dan ia sebenarnya sentiasa ada – ia hanya menjadi lebih gelap sekitar minggu 23 kehamilan.

Apa yang menyebabkannya?

Hormon kehamilan, yang juga bertanggungjawab untuk areola anda yang semakin meggelap serta pelbagai anomali kulit yang lain, adalah penyebab kemunculan linea alba anda (Latin untuk “garis putih”) – itulah garis putih antara butang perut anda dan pelvis anda yang anda tidak pernah perasan tetapi sudah berada di sana sebelum kehamilan anda.

Apabila anda hamil ia menjadi linea nigra (Latin untuk “garis hitam”) seperti kulit seluruh badan anda menjadi hyperpigmented (anda juga mungkin mendapati kulit pada wajah anda menjadi gelap dan kusam – yang dikenali sebagai chloasma, “topeng kehamilan” ).

Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Bayi anda sangat selesa dan gembira di dalam kandungan di dalam perut anda, walaupun ada beberapa perkara aneh yang sedang berlaku di luar.

Linea nigra mungkin lebih ketara jika anda mempunyai kulit gelap, tetapi tidak perlu risau: Ia akan pudar selepas beberapa bulan bayi anda dilahirkan.

Kata orang tua masa dahulu: jika garisan itu hanya sampai sehingga pusat anda, anda akan melahirkan seorang bayi perempuan – tetapi jika ia melalui butang perut anda sehingga berhampiran tulang rusuk anda, ia adalah bayi lelaki.

Apa Yang Anda Boleh Buat Mengenainya?

Biarkan sahaja – selepas bayi dilahirkan, garisan tersebut akan pudar secara beransur-ansur. Tetapi beberapa tips boleh membantu anda membuatkannya kurang ketara:

  • Pakai pakaian yang menutup kulit anda. Gunakan sunblock (sekurang-kurangnya SPF 15), atau memakai baju yang menutup perut anda.
  • Jaga pemakanan anda. Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa perubahan warna kulit berkaitan dengan kekurangan asid folik. Pastikan diet kehamilan anda sihat dengan asid folik daripada sayur-sayuran berdaun hijau, oren, dan roti gandum dan bijirin (tetapi janganlah terlalu obses, terdapat pelbagai khasiat di dalam makanan tambahan kehamilan anda). Sama ada ia adalah untuk mengurangkan linea nigra anda atau tidak, memastikan diet yang sihat adalah baik untuk bayi anda.

Rencana diterjemah daripada What To Expect.

Gambar: Holly Clark/Stocksy (What To Expect)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner