Luahan bapa yang kecewa; "Macam ni ke makanan taska??"

lead image

Sebenarnya, nutrisi pemakanan kanak-kanak adalah sama seperti nutrisi pemakanan dewasa hanya perbezaan kuantiti nutrient yang mana di tahap umur berapa sahaja yang berbeza.

Bagi ibu bapa yang bekerja, taska sememangnya tempat mereka bergantung bagi menjaga dan menyediakan keperluan harian anak mereka, termasuklah makanan.

Sumber nutrisi yang baik amat penting buat tubuh manusia apatah lagi anak-anak kecil yang sedang membesar.

Baru-baru ini, seorang bapa prihatin, Zulfiqry Zulfakar meluahkan rasa kecewanya apabila taska dimana dia menghantar anaknya menyediakan makanan yang ‘menyedihkan’ untuk anak-anak jagaan mereka.

Menurut perkongsiannya itu, perkara ini sudah disuarakan kepada pengurus taska tersebut pada tahun 2016 namun hal ini masih berulang di tahun 2017.

Berdasarkan gambar yang dikongsikannya, anak-anak tersebut diberi makan sup kosong bersama lobak merah dan bawang, serta sepotong telur dadar yang nipis dan kecil.

Ramai juga berpendapat bahawa menu itu adalah memadai untuk anak-anak kecil itu.

Sebenarnya, nutrisi pemakanan kanak-kanak adalah sama seperti nutrisi pemakanan dewasa hanya perbezaan kuantiti nutrient yang mana di tahap umur berapa sahaja yang berbeza.

Senarai nutrient yang wajar dititik beratkan untuk tumbersaran anak-anak boleh dirujuk di pautan ini.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/2017/01/usda pyramid.jpg Luahan bapa yang kecewa; "Macam ni ke makanan taska??"

Imej ehsan USDA dan cooksden

Cadangan asas menu mengikut masa yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pemilik dan pengurus taska dalam merancang menu makanan anak-anak jagaan mereka:

Sarapan pagi

Menurut British Nutrition Foundation, kanak-kanak yang makan sarapan yang sihat akan kurang memilih makanan yang tinggi lemak kemudian dan mempunyai serapan nutrient yang lebih bagus sepanjang hari.

Selain itu, kanak-kanak yang mengambil sarapan yang sihat juga akan lebih mudah belajar.

Untuk sarapan, adalah disarankan makanan yang mempunyai kandungan nutrient yang padat dan membebaskan tenaga secara perlahan.

Contoh cadangan menu sarapan:

1/2 cawan buah

1/4 cawan bijiran

1/8 cawan daging/protein/kekacang

Menu: 1/2 biji epal, 2 keping lempeng/capati, 1 sudu daging ayam panggang

Minum pagi

Minum pagi selalunya adalah masa untuk snek atau makanan ringan. Memadai sesuatu yang ringkas seperti buah dan susu atau jus buah-buahan

Menu: 1/2 cawan anggur (dibelah dua), 1/2 cawan susu

Makan tengah hari

Menu makanan tengah hari perlulah lengkap dengan protein, bijiran dan serat bagi memastikan pemakanan yang seimbang.

Ini juga akan membantu agar anak-anak ini mendapat keperluan yang secukupnya dan membantu mereka biasa dengan pemakanan yang sihat.

Contoh cadangan menu makan tengah hari:

1/2 cawan sayuran

1/2 cawan buah-buahan

1/8 cawan bijiran

1/4 daging/kekacang/protein

Menu: 1/2 cawan sup sayuran, 1/2 biji epal, 1/8 cawan nasi, 1/2 ekor ikan goreng

Minum petang

1/2 cawan sayuran

1/8 cawan bijiran

Menu: 1/2 cawan jejari lobak (panggang), 1/8 cawan bijiran oat

Menurut perkongsian Kevin Zahri;

Panduan Asas

  • Elakkan kanak-kanak mengambil makanan segera seperti makanan dingin beku
  • Jangan jadikan makanan segera sebagai atau makanan ringan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak melakukan sesuatu
  • Sediakan buah-buahan sebagai makanan ringan dirumah bagi mengelakkan mereka memilih makanan yang tidak berkhasiat

Hidangan yang sihat sepatutnya tidak membebankan kewangan dan masa anda untuk menyediakannya.

Ajari anak-anak untuk suka dan biasa dengan makanan sihat dari kecil!