X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

6 min bacaan
Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul

Dua hari lepas bersalin, doktor mendapati luka bersalin czer ibu ini dijangkiti bakteria pemakan organ. Nyawa ibu ini diambang maut! Ibu tahu apa tanda luka bersalin anda dijangkiti kuman?

Baru-baru ini, media digemparkan dengan kisah seorang ibu yang mengalami jangkitan kuman pemakan organ pada luka bersalin czer beliau. Semuanya bermula apabila ibu tersebut yang bernama Ashley, menderita prolapse ketika hamil, iaitu organnya telah “terjatuh” hingga ke vagina. 

Khuatir ia membawa kesan kepada kandungan, malah risau jangkitan boleh merebak ke organnya yang lain, doktor Ashley telah melakukan pembedahan czer kecemasan pada Ashley. Tapi selepas beberapa hari, luka bersalin czer Ashley dijangkiti bakteria pemakan organ, dan di situlah bermula segala mimpi ngerinya!

Jom ambil kisah ini sebagai pengajaran. Ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan tahu tak apa tanda-tanda jika luka bersalin czer anda telah dijangkiti bakteria?

Luka Bersalin Czer Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ

luka bersalin czer, luka czer, luka czer berair, luka czer terbuka, luka czer bernanah, luka czer bengkak, luka czer cepat sembuh, luka czer keluar cecair, luka czer keras, luka czer berlubang, luka dalaman czer, luka czer berbau, makanan selepas pembedahan, tanda luka bersalin sembuh, risiko bersalin secara pembedahan, tempoh luka bersalin pembedahan sembuh, merawat luka jahitan bersalin bernanah, cara berpantang bersalin czer, luka bersalin

Ashley Thompson, ibu kepada tiga orang anak ini terpaksa diletakkan ke dalam koma selama enam hari selepas doktor membuang organnya yang telah rosak. Menurut Ashley, selepas bersalin, dia masih tidak dapat membawa bayinya pulang ke rumah kerana bayinya ditahan di NICU untuk rawatan, akibat sukar bernafas.

Jadi, Ashley pulang dahulu bersama suaminya. Akan tetapi, selepas beberapa hari, ibu ini mengalami kesakitan yang melampau di bahagian perutnya. Tapi dia sangka semua ini tidak serius. Namun selepas mendapatkan pemeriksaan CT, doktor terkejut apabila mendapati ibu ini telah dijangkiti bakteria pemakan organ bernama Necrotising Fascitis!

Luka Bersalin Czer Dijangkiti Bakteria Terjadi Sekelip Mata

Sebenarnya, luka bersalin czer Ashley telah dijangkiti bakteria tersebut dan ia telah memakan sebahagian lapisan otot hingga ke kulit dan organ wanita ini! Untuk mengelak risiko bakteria tersebut lebih tersebar jauh dan merosakkan semua organ Ashley, doktor terpaksa membedahnya dengan segera.

luka bersalin czer, luka czer, luka czer berair, luka czer terbuka, luka czer bernanah, luka czer bengkak, luka czer cepat sembuh, luka czer keluar cecair, luka czer keras, luka czer berlubang, luka dalaman czer, luka czer berbau, makanan selepas pembedahan, tanda luka bersalin sembuh, risiko bersalin secara pembedahan, tempoh luka bersalin pembedahan sembuh, merawat luka jahitan bersalin bernanah, cara berpantang bersalin czer, luka bersalin

Para doktor terpaksa berlumba dengan masa – dan Ashley mungkin tidak akan dapat diselamatkan jika mereka bertindak lambat! Risiko kematian amat terang hingga doktor tidak sempat pun beri Ashley anestesia sebelum pembedahan.

Dalam pembedahan itu, pakar bedah terpaksa memotong semula luka bersalin czer Ashley dan membuang ototnya yang telah rosak. Badannya telah “membusuk” dengan sangat teruk sehingga ada beberapa kakitangan perubatan hampir muntah dan meninggalkan dewan bedah!

Selepas pembedahan selesai, Ashley diletakkan dalam keadaan koma supaya badannya boleh pulih dari trauma. Apabila Ashley sedar, dia tidak ingat suami dan anak-anaknya. Nasib baiklah selepas beberapa minggu, baru ibu ini semakin sembuh dan ingat semua perkara yang terjadi padanya.

Walau bagaimanapun, kesan daripada luka bersalin czer yang dijangkiti bakteria itu, Ashley masih menderita sakit di bahagian perut sehingga kini. Dia juga terpaksa berhenti kerja. Ashley tidak boleh berdiri terlalu lama, perutnya membengkak dan tisunya masih meninggalkan parut.

Apa Itu Prolaps Ketika Hamil & Bagaimana Ia Terjadi?

Prolaps rahim semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi antepartum, intrapartum, dan nifas. Komplikasi antepartum termasuk kelahiran pramatang, pengguguran, jangkitan saluran kencing, pengekalan kencing akut, dan juga kematian ibu1.

Menurut PubMed Central, prolaps rahim berlaku apabila terjadinya penurunan rahim dan serviks ke bawah saluran faraj menuju introitus. Prolaps rahim semasa kehamilan adalah kejadian yang jarang berlaku dengan kejadian satu dalam 10000-15000 kehamilan, tetapi ini mungkin sangat berisiko.

Hanya beberapa kes prolaps rahim semasa kehamilan telah dilaporkan dan kecekapan pengurusan berbeza dari pendekatan konservatif kepada rawatan laparoskopi.

Prolaps rahim adalah kes biasa pada wanita berumur yang tidak hamil. Walau bagaimanapun, prolaps rahim yang merumitkan kehamilan adalah kejadian yang jarang berlaku, yang sama ada wujud sebelum atau mempunyai permulaan akut semasa kehamilan.

Apakah Tanda-Tanda Luka Czer Dijangkiti Bakteria?

luka bersalin czer, luka czer, luka czer berair, luka czer terbuka, luka czer bernanah, luka czer bengkak, luka czer cepat sembuh, luka czer keluar cecair, luka czer keras, luka czer berlubang, luka dalaman czer, luka czer berbau, makanan selepas pembedahan, tanda luka bersalin sembuh, risiko bersalin secara pembedahan, tempoh luka bersalin pembedahan sembuh, merawat luka jahitan bersalin bernanah, cara berpantang bersalin czer, luka bersalin

Secara umumnya, perubatan moden dan praktis kebersihan yang diamal pakar akan mengurangkan risiko luka bersalin czer anda dijangkiti bakteria. Akan tetapi, ia tidak bermaksud kejadian seperti ini tidak boleh berlaku. 

Ibu, anda kena tahu yang setiap pembedahan memiliki risikonya yang tersendiri. Ini termasuklah pembedahan bersalin. Antara sebab-sebab mengapa luka bersalin czer anda berisiko dijangkiti bakteria adalah kerana:

  1. Anda kehilangan banyak darah
  2. Pembedahan yang berjalan lama
  3. Tidak diberi antibiotik atau penjagaan rapi sebelum pembedahan
  4. Tidak pergi ke pemeriksaan pranatal
  5. Cecair amniotik telah dijangkiti kuman sebelum ini
  6. Ada masalah kesihatan seperti kencing manis, HIV, atau obesiti.

Berikut antara tanda-tanda luka bersalin czer anda telah dijangkiti bakteria:

  • Sesetengah anggota badan bengkak dan sakit tekak
  • Sakit yang teruk di bahagian perut atau atas perut
  • Luka bersalin czer keluar nanah
  • Sakit ketika kencing
  • Pendarahan di vagina yang banyak
  • Kaki bengkak
  • Cecair aneh keluar dari vagina

Ibu, anda wajib tahu tanda-tanda ini supaya anda dapat mencegah jangkitan kuman selepas bersalin. Jika anda perasan ada tanda-tanda berikut pada luka bersalin czer, sila dapatkan rawatan dengan segera. 

Doktor boleh memeriksa luka bersalin czer anda dan memberi rawatan yang sepatutnya.

Risiko Jika Luka Czer Dijangkiti Bakteria

Untuk pengetahuan umum, jangkitan luka selepas pembedahan czer kebiasaannya berlaku selepas pembedahan, lazimnya disebabkan jangkitan bakteria pada kawasan pembedahan.

Mikrob merbahaya yang bersentuhan dengan luka atau memasuki pembedahan c-sec boleh menjadi penyebab jangkitan.

Umumnya, Staphylococcus Aureus merupakan jangkitan pada parut czer yang selalunya dialami oleh para ibu. Bakteria ini secara semulajadi hidup pada rambut dan kulit manusia.

Di bawah merupakan jenis-jenis jangkitan yang merbahaya jika luka czer dijangkiti:

#1. Impetigo

Boleh menyebabkan lepuh cecair yang akan pecah dan meninggalkan kerak yang berwarna coklat kekuningan. Ia sangat menyakitkan serta gatal.

#2. Benjolan Nanah

Ini merupakan luka yang dipenuhi dengan kulit mati serta nanah yang berkembang di bawah kulit. Mungkin akan menyebabkan sensasi hangat dan juga menyakitkan.

#3. Selulitis

Ia merupakan jangkitan pada kulit dan tisu di bawahnya. Jangkitan ini boleh merebak dengan pantas daripada luka pembedahan caesarean sehingga ke bahagian luar. Para ibu juga akan merasakan sakit, kemerahan dan sensasi hangat apabila disentuh.

Antara jenis bakteria lain yang boleh menyebabkan jangkitan pada luka jahitan czer adalah termasuk: Enterococcus dan Escherichia coli.

Kami mengharapkan agar artikel tentang tanda luka bersalin czer dijangkiti kuman ini berguna untuk anda semua.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Jangan lupa sebarkan info ini pada keluarga, saudara atau kawan anda yang juga bersalin secara czer agar mereka tahu tanda-tanda bahaya yang mereka perlu perhatikan. Semoga bermanfaat!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Kevin dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

National Library of Medicine | Uterine Prolapse in Pregnancy: Two Cases Report and Literature Review

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Waspada Berat Naik Mendadak Ketika Hamil, Ibu BERISIKO Sukar Bersalin & Kena Czer

Baca Juga: Ibu Yang Bersalin Czer Perlu ELAK Buat 23 Perkara Ini Agar Luka Jahitan Tidak Terbuka

Baca Juga: Jahitan Luka Czer Perlu Dicabut Balik? Mengapa?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Menjadi ibu bapa
  • /
  • Risiko Bersalin Czer Boleh Dijangkiti Bakteria Pemakan Organ, Pentingnya Penjagaan Luka Dengan Betul
Kongsikan:
  • Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?

    Luka Bersalin Czer Yang Guna Stapler Perlu Dicabut Balik? Apa Bezanya Dengan Jahitan?

  • Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

    Seorang Ibu Terkejut Lepas 2 Tahun Bersalin, Parut Czer Bengkak & Berdarah Balik!

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.