''Nasib Baik Tak Arwah,'' Wanita Melambung, Telefon Disambar Petir Ketika Sedang Cas

Main handphone sewaktu hujan atau petir amat bahaya. Lebih-lebih lagi jika sedang cas, anda berisiko tinggi mengalami renjatan elektrik

Ketika waktu hujan atau sedang mengecas telefon elakkan main handphone kerana anda berisiko untuk terkena renjatan elektrik. Malah kebarangkalian untuk anda disambar petir juga adalah tinggi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Disambar petir ketika main handphone
  • Bahaya main telefon ketika petir: Tangan rasa kebas dan telinga berdesing
  • Elakkan penggunaan telefon ketika waktu hujan dan juga ketika cas telefon

Disambar petir ketika main handphone

handphone disambar petir

Setiap kali waktu hujan atau bunyi dentuman guruh di langit, pasti teringat pesanan orang-orang tua supaya jangan main handphone, bahaya!

Untuk pengetahuan anda, telefon yang telah disambung dengan kabel telefon sebenar mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik dan memungkinkannya disambar petir.

Seperti pengalaman yang telah dilalui oleh wanita ini iaitu Nik Nur Fila. Berkongsi mengenai kejadian itu di laman Facebook miliknya, Nik Nur Fila mengatakan yang ianya adalah satu pengalaman ngeri sepanjang hidupnya.

“Pengalaman ngeri seumur hidup. Bukan baru lepas lempang orang tapi,

Petir petang tadi kuat kan? Nasib baik tak arwah. Syukur, masih dipanjang umur hingga sekarang, menaip ni pun masih trauma ketar-ketar kebas tangan. Seriau nak pegang phone.

Betul la orang kata, bila dah kena kat diri sendiri baru la kau tahu rasa. And yes! Today is my turn. Innalillahiwaillahirajiun.

Sesiapa sebelum ni pun pernah pesan, jangan main phone masa tengah charge! Jangan pegang telefon masa hujan lebat.

Nak dijadikan sebab, maghrib tadi baru lima minit pegang phone sebab seharian jaga anak demam, tak sempat nak scroll newsfeed, tetiba terbaca satu berita seorang sahabat meninggal dunia hari ini. Baru je nak komen, tetiba petir berdentum satu rumah blackout. Plug hangus, screen phone pecah (mungkin dah rosak).

Bayangkan Mima yang tengah pegang phone masa kejadian, tak tahu macam mana dengan berat 77kg pun boleh melayang melambung sampai dari bucu katil sana hingga bucu katil sini.

MELAMBUNG WEII… Dia punya sakit jangan cakap laa, menangis sampai hilang suara, telinga berdesing, kepala bengang, tangan kanan tak rasa apa.

Kebas sampai sekarang, sendi semua sengal. Alhamdulillah syukur, nasib baik tak kena renjatan atau hangus tanpa taubat. Dahsyat tak dahsyat dinding bilik sampai retak teruk. Nasib baik takde litar pintas terjadi.”

Bahaya main telefon ketika petir: Tangan rasa kebas dan telinga berdesing

petir sambar ketika main telefon

“Peringatan kat diri sendiri jugak atau kat siapa-siapa yang suka main phone. Kalau hujan lebat tu boleh kot, slow-slow cabut plug yang mana tak guna.

Kena current dekat plug sebab tangan basah tu tak sama dengan kena current masa petir ni. Boleh maut kalau terlambat,

Alhamdulillah sekarang dah boleh gerak jari slow-slow, tapi tangan kanan masih kebas tak terasa, telinga masih berdesing, darah kat tangan masih belum stabil (pucat).

Nasib baik ada suami geng current juga. Boleh sama-sama ketawa sebab sama-sama dah rasa. LOL!

So hati-hati kalau phone yang tengah charge, kalau boleh tak payah sentuh pun phone kalau tengah charge atau hujan. Kalau tak nak rasa pengalaman gegar otak, bengong kepala dan sebagainya. Hihihi. Hati-hati korang.”

Elakkan penggunaan telefon ketika waktu hujan dan juga ketika cas telefon

elak main handphone

Keadaan negara yang mengalami perubahan cuaca yang tidak menentu telah menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon tanpa had. Terutamanya ketika waktu hujan dan juga semasa mengecas telefon amat membimbangkan kerana perbuatan ini mampu membawa maut.

Oleh itu, elakkanlah menggunakan telefon anda semasa mengecas dan juga ketika hujan supaya risiko terkena renjatan elektrik dan juga disambar petir tidak akan berlaku.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: BAHAYA Mainan Squishy Anak, Banyak Bahan Beracun & Boleh Meletup! Hati-Hati Parents

Baca juga:  Belon meletup masa majlis hari jadi, ibu bapa perlu ikuti langkah keselamatan ini!

Baca juga: Gara-gara mainan anak meletup, keluarga ini hampir hilang anak dan rumah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!