Nafsu Kurang Ketika Hamil? Ini 6 Tip Elak Suami Curang Ketika Anda Sarat

Ramai ibu risau nak "main masa mengandung" takut ia akan membahayakan janin. Malah, nafsu pun kian menurun sejak hamil! Apa cara nak elak suami curang?

Bermesra dan main masa mengandung (seks) sebenarnya dibenarkan saja ketika hamil. Ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu mahupun perkembangan janin.

Malah, ada banyak kebaikan melakukan seks ketika hamil, lebih-lebih lagi ketika anda tengah sarat!

Namun sayangnya, ramai wanita yang mengadu nafsu seks mereka kurang untuk “main masa mengandung”. Kenapa ya? Adakah ia normal?

Tika inilah, ibu pun akan fikir bukan-bukan. Jika tak mahu “main masa mengandung”, nanti suami curang macam mana? Selalu kita dengar dan baca kes suami curang ketika isteri sarat mengandung.

Ya Allah, risaunya!

Main masa mengandung: Kenapa ghairah seks saya makin menurun?

main masa mengandung, main masa pregnant, sex ketika hamil, sex masa pregnant, sex ketika pregnant, sex masa pregnant, seks semasa hamil, seks ketika hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, nafsu meningkat masa hamil, nafsu meningkat masa mengandung, nafsu meningkat masa pregnant

Bertenang. Tarik nafas panjang-panjang. Jangan risau. Kehamilan memang akan menyebabkan pelbagai perubahan pada fizikal, malah nafsu seks. Setiap wanita hamil akan melalui perubahan yang berbeza-beza.

Ada yang mengatakan nafsu seks mereka makin meningkat ketika hamil. Tapi, ada juga yang tiada nafsu langsung!

Sebenarnya, hal ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya seperti:

  • Perubahan hormon: Pada trimester pertama, hormon estrogen dan progesteron akan meningkat, lalu nafsu pun makin kurang. Biasanya, nafsu akan kembali pada trimester kedua. Tapi bila masuk ke trimester ketiga, nafsu ini mungkin akan hilang semula.
  • Payudara sensitif, sakit dan aliran darah meningkat: Siapa yang selesa jika payudara rasa sakit semacam, walaupun disentuh sikit saja!
  • Risau dengan kesannya pada janin: Ramai ibu yang risau jika mereka melakukan seks, ia akan membahayakan janin. Tapi, sebenarnya ia tak membahayakan pun! Seks hanya dilarang jika anda ada komplikasi kehamilan tertentu seperti praeklampsia, plasenta previa, ketuban pecah awal, dan lain-lain
  • Nak beri fokus pada persalinan: Siapa yang sempat nak fikir pasal seks kan bila hati tengah dup-dap-dup-dap fikir anda bakal bersalin kelak!

3 tips mudah untuk main masa mengandung: Nafsu kurang? Cuba buat cara ini

main masa mengandung, main masa pregnant, sex ketika hamil, sex masa pregnant, sex ketika pregnant, sex masa pregnant, seks semasa hamil, seks ketika hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, nafsu meningkat masa hamil, nafsu meningkat masa mengandung, nafsu meningkat masa pregnant

Jika anda benar-benar tidak mahu “main masa mengandung”, cubalah cakap dengan sebaik-baiknya pada pasangan.

Terangkan yang anda tengah ingin menyesuaikan diri dengan bentuk tubuh dan hormon yang berubah-ubah ketika hamil ini.

Bina komunikasi yang bersifat terbuka dan jujur dengan pasangan. Jika pasangan memahami, pastinya dia akan menyokong isterinya yang tersayang ini. 

Seks semasa hamil boleh merapatkan lagi hubungan kalian berdua. Jadi, tidak salah juga jika anda cuba mengatasi nafsu seks yang makin menurun itu dengan melakukan 3 cara berikut:

  1. Berehat 8 jam setiap hari – Kurang tidur akan menyebabkan anda penat lalu malas nak berhubungan seks
  2. Cuba aktiviti seks yang lain – Kan ada oral sex, cuddling, foreplay, urutan dan sebagainya. Tak semestinya kena buat penetrasi juga!
  3. Bersenam dan makan makanan yang sihat – Ini agar fikiran anda menjadi lebih tenang

Main masa mengandung: Apa posisi yang selamat?

main masa mengandung, main masa pregnant, sex ketika hamil, sex masa pregnant, sex ketika pregnant, sex masa pregnant, seks semasa hamil, seks ketika hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, nafsu meningkat masa hamil, nafsu meningkat masa mengandung, nafsu meningkat masa pregnant

Antara posisi main masa mengandung yang anda patut elak sama sekali adalah posisi missionary. Ia kerana posisi ini boleh “menekan” bayi lalu membuatkan anda tidak selesa.

Akan tetapi, ada banyak lagi posisi main masa mengandung yang anda boleh cuba! Antaranya seperti:

Ha… sekarang tiada alasan lagi kenapa anda harus risau suami akan curang ketika anda sarat hamil! Semoga perkongsian ini berguna buat anda. Selamat mencuba!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Aulia dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

main masa mengandung, main masa pregnant, sex ketika hamil, sex masa pregnant, sex ketika pregnant, sex masa pregnant, seks semasa hamil, seks ketika hamil, seks semasa mengandung, seks ketika mengandung, nafsu meningkat masa hamil, nafsu meningkat masa mengandung, nafsu meningkat masa pregnant

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Tak Selamat Bersetubuh Di Awal Kehamilan? Ia Antara 4 Mitos Yang Salah!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!