Bengang Tak Boleh Main PUBG, Remaja Sanggup Bunuh & Kerat Bapa Kandung Sendiri!
Ketagih main PUBG, anak sanggup bunuh bapa kandung sendiri!
Kini terlalu banyak game online yang boleh download melalui telefon bimbit dan ia menjadi kegilaan ramai tidak kira lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak.
Disebabkan itu, ada satu kejadian yang berlaku di Bangalore India apabila seorang pemuda ini bertindak kejam dengan membunuh bapanya menggunakan sebilah pisau pemotong daging kerana tak boleh main PUBG.
Pemuda tersebut bernama Raghuveer Kumbar, 25 melakukan perbuatan kejam itu selepas bapanya yang bernama Shankrappa Kumbar, 60 enggan memberinya wang untuk menambah kuota internet. Bapa suspek adalah seorang pesara polis.
Menurut laporan yang ditulis dalam India Times, akibat terlalu marah dengan bapanya itu, suspek bertindak mengunci ibunya dalam bilik dan kemudiannya mengambil sebilah pisau lalu membunuh bapanya sendiri.
Marah tak boleh main PUBG sampai sanggup kerat bapa!
Lebih mengejutkan, Raghuveer sanggup mengerat mayat bapanya kepada beberapa bahagian demi membalas dendam.
Jiran berdekatan rumah mereka yang terdengar jeritan dari dalam rumah Shankrappa terus membuat panggilan polis dan memberitahu kejadian yang berlaku itu.
Polis turut memaklumkan tindakan suspek adalah kerana terlalu ketagih main PUBG hingga melakukan tindakan sedemikian.
7 Video game paling ramai orang mati selepas ketagih main
#1. Blue Whale “Suicide game”
Hingga sekarang, Blue Whale adalah permainan video yang paling berbahaya setakat ini hampir kira-kira 130 orang remaja di Russia membunuh diri kerana bermain game ini.
Game Blue Whale ini berbentuk kuiz di mana pemainanya wajib menyudahkan permainan yang diberikan.
Dari satu level ke level yang lain, pemain perlu melukai diri sendiri hingga ke level terakhir dengan diminta untuk bunuh diri.
#2. Pokemon Go
Kalau nak tahu, Pokemon Go menduduki carta video games paling bahaya di dunia. Ini kerana sudah ramai yang mati selepas bermain video game ini. Mangsa pertama adalah seorang remaja di Guatemala City bernama Jerson Lopez de leon selepas dia dan sepupunya diserang hendap di jalan raya.
Ada juga kematian lain yang dicacatkan kerana Pokemon Go kerana mereka leka bermain sehingga dilanggar kereta. Atas sebab itu juga video games ini telah diharamkan di Arab Saudi kerana ada unsur perjudian.
#3. VR Star Wars
Seorang lelaki mati tanpa sedar selepas adanya pendarahan atas kepala kerana terlalu leka bermain VR Star Wars ini. Semasa kejadian dia menggunakan set VR sebelum tersadung dan jatuh atas meja kopi yang diperbuat dari kaca.
#4. Dota
Budak lelaki berumur 11 tahun di Filipina mati selepas ditikam seorang remaja 16 tahun sebanyak 40 kali gara-gara merosakkan akuan jaringan Dota miliknya.
#5. Farm Ville
Oleh kerana terganggu semasa bermain Farm Ville, seorang ibu sanggup membunuh bayinya yang baru berumur tiga bulan kerana asyik menangis semasa dia leka bermain game ini.
Walaupun ia hanya game tanam sayur dan buat kebun namun tak sangka ia boleh meragut nyawa orang dek kerana terlalu ketagih semasa bermain.
#6. Grand Theft Auto IV
Seorang cucu menembak neneknya sendiri di belakang kepala kerana terlalu terpengaruh dengan game ini. Padahal umurnya baru saja 8 tahun sudah jadi pembunuh.
Hal ini kerana, games ini terkandung aksi kekerasan yang mendorong pengguna games melakukan hal yang sama.
#7. Ever Quest
Seorang remaja tembak dirinya sendiri di kepala semasa leka bermain game. Disebabkan kejadian yang berlaku itu, ibunya menyalahkan game ini kerana telah membuatkan anaknya ketagihan bermain video games.
Apa pendapat anda tentang isu ini bila ada orang yang terlalu ketagih bermain game. Perlu tak kita beri kesedaran kepada mereka?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Astro Awani, Remaja
Baca juga: