Berapa Lama Masa Diambil Anak Untuk "Buang" LEGO Yang Mereka Telan?

lead image

Anda pasti risau jika anak anda tertelan LEGO yang mereka main kan? Lagi-lagi mainan LEGO mini. Kajian mengatakan yang anda tak perlu risau!

Mainan LEGO antara mainan yang terbaik untuk anak dan ia boleh membantu perkembangan anak. Ia juga menyeronokkan! Sebab itu kita yang dewasa pun leka kalau main LEGO. 

Tapi, macam mainan lain, LEGO juga mempunyai bahagian-bahagian kecil yang boleh buat anak kita, lebih-lebih yang masih bayi, memasukkan dalam mulut mereka.

Jadi, apa yang berlaku kalau anak tertelan mainan LEGO?

mainan LEGO, tertelan mainan, tertelan objek, anak tertelan mainan, tertelan LEGO, anak main LEGO

Enam pakar kanak-kanak mengambil keputusan untuk mengkaji apa yang berlaku pada badan jika kita tertelan kepala mainan LEGO Minifigure.

Menurut kajian yang diterbitkan di dalam Journal of Paediatrics and Child Health, enam pakar ini telah menelan satu kepala mainan dan menjejaki berapa lama masa untuk kepala LEGO ini keluar melalui najis mereka.

Agak jijik, tapi ini semua dilakukan untuk sains!

Hasil kajian yang mereka temui adalah di antara 1-3 hari atau purata 1.71 hari.

Apa yang penting, kajian ini menemui, tak ada sebarang masalah atau komplikasi dari menelan kepala LEGO dan setiap saluran penghadaman peserta-peserta ini tak terkesan dari perbuatan tertelan itu!

Anda jangan risau! Kajian ini juga membincangkan tentang pergerakan usus kanak-kanak yang kurang matang berbanding orang dewasa.

Masa transit perjalanan usus kanak-kanak lebih cepat dari dewasa. Ini bermakna, kanak-kanak akan mengeluarkan objek melalui najis dalam jangka masa yang lebih cepat.

Kajian juga mendapati, antara enam pakar kanak-kanak ini (tiga lelaki, tiga wanita), wanita lebih mudah mencari kepala mainan LEGO dalam najis mereka berbanding lelaki. Seorang pakar kanak-kanak lelaki tak menemui kepala LEGO selama berminggu-minggu.

Memilih mainan yang sesuai dengan usia anak

mainan LEGO, tertelan mainan, tertelan objek, anak tertelan mainan, tertelan LEGO, anak main LEGO

Seperti mainan LEGO, mainan adalah lebih dari hanya permainan. Mainan adalah peralatan untuk membantu perkembangan anak.

Jadi, memilih mainan yang sesuai dengan usia anak akan berikan anak anda pembelajaran dan eksplorasi yang secukupnya.

Ini adalah beberapa idea mainan yang sesuai mengikut usia anak anda:

0-6 bulan: Bayi sukakan mainan yang boleh bergoyang dan membuat bunyi. Bayi mudah terpegun dengan pergerakan dan akan suka dengan mainan yang mereka boleh pegang, tarik, tendang, ramas dan usap.

6-8 bulan: Bayi yang lebih besar akan main mainan lama dengan cara yang baru. Mereka sedang belajar sebab dan akibat dan akan buat perkara berulang kali seperti menggerakkan mainan banyak kali.

8-18 bulan: Kanak-kanak pada usia ini mula untuk memahami yang setiap perbuatan ada kesannya. Jadi, mainan yang boleh ditolak dan ditarik, blok LEGO yang besar dan mainan yang boleh dibuka akan menjadi kegemaran mereka.

18-24 bulan: Mereka mempunyai minat untuk belajar mengajuk orang lain. Cuba untuk belikan patung mainan dan baju, set dapur, set minuman dan mainan kenderaan.

2-4 tahun: Mainan yang boleh memupuk kreativiti adalah bagus pada usia ini, seperti tanah liat, krayon dan LEGO. Peralatan muzik mainan juga boleh buat anak anda teruja.

Walaupun kajian ini mendapati yang ianya selamat jika anak anda tertelan objek kecil, pastikan anda tetap membawa anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka tertelan apa-apa objek.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Nicholasyong dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

6 Perkara Yang Anda Perlu Ingat Sebelum Beli Mainan Untuk Si Kecil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner