Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

lead image

Gara-gara selalu dikritik oleh mak mertua dan suami sendiri, seorang wanita akhirnya mengambil keputusan drastik yang sungguh kejam ini. Tak sangka kan!

Pernahkah anda terfikir kejadian seperti ini boleh berlaku? Gara-gara tidak tahan dengan kritikan dan tohmahan mak mertua, malah juga suami sendiri, akhirnya seorang wanita dengan berani mengambil keputusan untuk meracun kedua-dua mangsa!

Hal ini membuktikan bagaimana hinaan mampu membuatkan seseorang hilang kawalan dan tidak mampu berfikiran waras. Akibatnya? Nyawa yang melayang!

Itulah yang berlaku dalam kisah terbaru ini.

Menantu racun mak mertua dan suami sendiri, apa yang terjadi?

Kejadian berlaku di India. Seorang wanita yang berusia 28 tahun dilaporkan telah menghidang makanan yang beracun ketika melakukan majlis housewarming di rumahnya tempoh hari.

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/poison.jpg Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

Akibat diracun, lima orang tetamu mati dan 120 mangsa lagi sedang dirawat di hospital. 

Pihak polis di India menjelaskan,

“Selepas hampir lima hari mengumpul bukti dan menjalankan siasatan terperinci, seorang suri rumah bernama Pragya Survase ditahan dan akan didakwa atas tuduhan mencampurkan racun serangga dalam makanan yang dihidang kepada tetamu dan saudara mara ketika majlis housewarming di kampung Mahad, Isnin lalu.”

Polis berkata, ketika sesi soal jawab di kalangan keluarga, wanita tersebut akhirnya mengaku.

Punca kejadian ngeri ini ialah kerana hinaan dan tohmahan yang sering dilempar padanya oleh ahli keluarga dan mak mertua. Wanita itu tidak tahan lagi dihina. 

Malah, Survase mengatakan dia memang ingin membalas dendam pada suami, mak mertua dan semua ahli keluarga tersebut kerana mereka sering menghina dirinya dan masakannya. 

Polis akan mendakwa wanita terbabit dengan pertuduhan membunuh, cubaan untuk membunuh dan tuduhan konspirasi. Hukuman penalti boleh jadi hukuman mati. 

Jangan ambil lengah isu dalam rumah tangga

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/06/jealousy 3029711 960 720.png Menantu bunuh mak mertua dan suami sendiri kerana masakannya asyik dikutuk!

Pasangan suami isteri mana yang tidak bergaduh dan bertikam lidah, kan? Itu umpama asam garam perkahwinan. 

Tapi, segala isu yang timbul dalam rumah tangga anda tidak sewajarnya diambil ringan. Kalau anda ambil ringan sesetengah hal atau isu, maka takut pasangan terlalu “menyimpan” hingga timbulnya dendam.

Sebab itu jika ada masalah dalam rumah tangga, pasangan suami isteri harus bijak mengendalinya. Antara benda yang kalian boleh lakukan ialah:

  1. Komunikasi di antara pasangan – Ambil masa untuk bercakap dengan terbuka dan jujur, kongsi pandangan dan pendapat kalian
  2. Dengar dan faham – Jangan hanya mendengar tapi tidak memahami apa yang diluahkan pasangan
  3. Berusaha untuk jadi yang terbaik – Ramai pasangan yang suka cari alasan apabila mereka dikritik. Jangan begitu. Ambil kritikan dengan terbuka dan cuba jadi yang terbaik
  4. Perkahwinan adalah keutamaan anda – Hubungan anda suami isteri yang paling penting. Kalian memerlukan hubungan yang positif
  5. Kongsi masalah dengan pasangan – Jangan takut nak cakap atau meluahkan pada pasangan. Percaya pasangan anda.

Semoga kejadian seperti ini membuka mata kita tentang keburukannya menghina ahli keluarga yang lain. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel disumbang oleh: theAsianparent Singapore

Baca juga:

Suami Ini Bela Isteri Depan Mertua Bila Rumah Tidak Kemas