Tak sangka 5 buah ini bahaya diambil ketika mengandung?!

lead image

Hati-hati ibu, tak semua buah boleh dimakan dengan kerap semasa mengandung. Cuba kawal pengambilan 5 buah ini, ya!

Memang benar, makan buah semasa mengandung sangat digalakkan kerana banyak kebaikan untuk kandungan ibu. Selain itu, jika anda makan buah semasa mengandung, ibu dan anak akan dapat vitamin dan nutrisi dari buah. Tapi ada juga buah yang boleh membahayakan kesihatan ibu sepanjang kehamilan. Justeru, ibu perlu lebih berhati-hati kala memilih buah-buahan atau makanan lain ketika hamil. Antara buah yang patut dielak ialah:

Makan buah semasa mengandung: Elakkan kurma, nenas dan pisang kerana tinggi gula!

  • Kurma

makan buah semasa mengandung, makan buah ketika hamil, buah-buahan dilarang ketika hamil, makan buah ketika mengandung, jenis buah penyebab keguguran,

kredit : meja tulis

Terkejut apabila kami mengatakan kurma berbahaya untuk dimakan ketika mengandung? Ya betul, kurma berbahaya tapi ia untuk ibu yang mengalami kencing manis sahaja.

Hal ini kerana kurma mengandungi gula yang terlalu tinggi dan boleh membuatkan ibu yang ada diabetes sukar mencerna glukosa yang terkandung dalam kurma. Sebaiknya, ibu yang ada diabetes membataskan makan buah kurma ini sehingga bersalin. 

  • Nenas 

makan buah semasa mengandung, makan buah ketika hamil, buah-buahan dilarang ketika hamil, makan buah ketika mengandung, jenis buah penyebab keguguran,

Buah nenas ini boleh dikatakan favourite semua orang. Terutama bila nenas dicicah bersama sos kicap. Perghhh memang sedap tak terkata!

Tapi untuk ibu, makan buah semasa mengandung seperti nenas mampu membahayakan bayi dalam rahim kerana akan terjadi kontraksi awal sebelum due date.

Adalah lebih baik jika ibu mengelak dari makan nenas ketika kehamilan. Dalam nenas mengandungi enzim yang dipanggil bromelain yang boleh melemahkan otot serviks yakni penyebab pada keguguran. 

  • Pisang 

makan buah semasa mengandung, makan buah ketika hamil, buah-buahan dilarang ketika hamil, makan buah ketika mengandung, jenis buah penyebab keguguran,

 

Adakah pisang buah kegemaran anda? Jika ya, ketika mengandung, hadkan pengambilan buah pisang dalam menu seharian.

Makan buah semasa mengandung sebaiknya tidak mengandungi karbohidrat yang tinggi kerana ia boleh menyebabkan gula dalam darah naik lalu terjadinya diabetes.

Meskipun pisang mengandungi sumber potasium yang baik untuk kesihatan tapi pisang juga ada korbohidrat tinggi yang menyebabkan gula meningkat dalam darah.

Makan buah semasa mengandung, elak kulit anggur dan betik muda  

  • Anggur

makan buah semasa mengandung, makan buah ketika hamil, buah-buahan dilarang ketika hamil, makan buah ketika mengandung, jenis buah penyebab keguguran, Anggur juga menjadi buah berbahaya semasa mengandung kerana kulit buah ini sukar dicerna lantas menyebabkan ibu sembelit.

Buah anggur juga mengandungi karbohidrat yang boleh menjadi gula tinggi dalam tubuh. Jadi, boleh diambil tapi dalam kuantiti sedikit. 

  • Betik muda

makan buah semasa mengandung, makan buah ketika hamil, buah-buahan dilarang ketika hamil, makan buah ketika mengandung, jenis buah penyebab keguguran,

kredit: blazinghotwok

Betik muda merupakan buah berbahaya semasa mengandung kerana betik jenis ini mengandungi lateks yang boleh menyebabkan kontraksi awal. Ibu dilarang sama sekali mengambilnya ketika berada di trimester ketiga hingga bersalin.

Meskipun begitu, betik masak digalakkan kerana ia memudahkan ibu membuang air besar dan menyihatkan tubuh badan, selain memiliki antioksidan dan vitamin yang tinggi. 

Oleh itu, makan buah semasa mengandung perlu dilakukan secara rutin. Walaupu  ia nampak sedap tapi pemakanannya harus dikawal terutama mereka yang menghidap diabetes. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

5 Makanan Mengejutkan Yang Patut Dielakkan Apabila Hamil

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!