Selamat ke tak jika makan durian ketika hamil? Ibu yang teringin, anda perlu tahu info ini!

lead image

Menikmati buah durian semasa musimnya, memang terasa seribu nikmat. Terutama bila mengandung tiba-tiba saja rasa 'teringin' nak makan durian! Tapi boleh ke tak?

Meriah sungguh timeline Facebook, Twitter dan Instagram dengan gambar durian. Pernah juga saya nampak wanita hamil makan durian tepi jalan. Dalam hati terdetik mesti tengah mengidam itu. Kemudian saya terfikir, boleh ke makan durian ketika hamil?

Sebab saya dahulu agak ragu-ragu juga nak makan. Ha… apa kata pakar untuk isu ini?

Hal ini kerana, orang tua-tua kata kalau makan durian ketika hamil, ia akan menyebabkan beberapa risiko seperti bayi lahir tak cukup umur, kontraksi dan keguguran.

Tapi betul ke? Ada tak bukti dari kajian?

Makan durian ketika hamil – boleh atau tidak? 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/tribunnews.jpg Selamat ke tak jika makan durian ketika hamil? Ibu yang teringin, anda perlu tahu info ini!

Kredit: Tribunnews

Hal ini kerana sesetengah kaum di Asia masih mengekalkan pantang larang untuk tidak makan durian ketika hamil. Contohnya seperti Orang kaum Cina yang melarang wanita makan durian ketika hamil kerana buah ini bersifat panas. 

Namun begitu, tiada lagi kajian saintifik yang dibuat untuk mengkaji sama ada durian selamat atau tidak untuk dimakan ketika berbadan dua.

Malah tiada sebarang bukti bagi menyatakan durian boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau ruam lampin pada bayi baru lahir. 

Apa kelebihan dan keburukan makan durian ketika hamil?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/tribunews.jpg Selamat ke tak jika makan durian ketika hamil? Ibu yang teringin, anda perlu tahu info ini!

Kredit : Tribunnews

Namun begitu, jika ibu ‘teringin’ nak makan durian ketika hamil, ibu haruslah ambil dalam jumlah yang sederhana saja kerana buah ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi

Dua ulas durian bersaiz sederhana pun mengandungi 60 kalori, kalau yang lagi besar dan isi lebat, berapa agaknya kalori yang terkandung? Sebab itu, ibu hamil perlu mengehadkan pengambilan makan durian ketika hamil. 

Bagi wanita hamil yang menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, anda perlu mengelak makan durian ini kerana kandungan gulanya tinggi

Durian juga menghasilkan gas yang banyak dalam usus dan perut hingga ia menyebabkan ibu hamil kembung perut atau loya. 

Akan tetapi, beberapa kajian yang dilakukan juga menunjukan manfaat buah durian iaitu mengandungi organo sulfur dan triptofan. Bahan-bahan berkenaan mempunyai antioksidan yang baik.

Selain itu, durian juga mengandungi unsur anti mikrobial, anti bakteria dan anti fungus yang bagus untuk wanita hamil. 

Tips makan durian ketika hamil 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/impiana.my .jpg Selamat ke tak jika makan durian ketika hamil? Ibu yang teringin, anda perlu tahu info ini!

Kredit: Impiana.my

  • Jangan terlalu gelojoh makan durian, dikhuatiri tercekik biji. 
  • Jika rasa loya, pening dan  muntah, sila berhenti itu tanda badan tak selesa nak terima makanan itu. 
  • Memang ambil durian dalam kuantiti yang sedikit tapi jangan terlalu kerap. Memadai dua minggu sekali, cukup. 
  • Selepas makan durian, sulamkan dengan air kosong 

P/S: Kalau ibu rasa nak makan juga, cukuplah sekadar 2 ulas durian saja untuk mengubat rasa mengidam itu.

Tapi kalau ada yang tak kena dengan kandungan, jangan berlengah. Segara berjumpa doktor. Kongsikan artikel ini di laman Facebook anda. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Impiana.My 

Sumber: Baby CenterDr. Zubaidi 

Baca juga

Tak sangka 5 buah ini bahaya diambil ketika mengandung?!